Ahh-choo!!!

bersin1

Bertemu lagi kita hari ini..hari aku dah tak nak menyentuh bab-bab raya lagi..suka hati anda la nak beraya atau tak nak ^_^ hehehe..hmm..hari ni aku nak berkongsi maklumat, fakta dan dongengnye topik bersin..anda semua tau tak apa tu bersin? kalau tak tau bersin , tu dah kira satu masalah besar la..hehehehe bersin juga dikenali dalam bahasa inggeris sebagai sneeze ^_^ aku tertarik dan ditarik untuk menulis post ni sebab masa aku balik kampung hari tu pak cik akau kata kita tak boleh bersin perlahan-lahan..kalau nak bersin biar la satu kampung dengar..aku ni mana la boleh nak bersin kuat-kuat..dah dari kecik aku memang bersin secara sopan dan santun..hehehehe

MACAM MANA BERSIN BERLAKU

Mula-mula aku cerita serba sedikit bagaimana bersin ni boleh berlaku..bersin akan berlaku sekira sesuatu benda melalui nasal hair (bulu hidung) dan terkena nasal mucosa (hinggus@lendir dalam hidung)..semua ni akan menyebabkan histamine (alah@rasa nak bersin) berlaku dan sampai ke pada nerve cells (saraf) yang kemudiannya menghantar isyarat kepada otak untuk menghasilkan bersin..selain itu bersin juga boleh berlaku sekiranya kita terdedah kepada cahaya yang sangat terang dan keadaan ini dipanggil photic sneeze reflex (tindak balas bersin photic) ^_^ apabila seseorang itu bersin, dengan sedar atau tidak sebenarnya kita telah melepaskan berbagai penyakit daripada dalam diri kita dan kita sekurang-kurangnya melepaskan 40000 titisan halus.. ^_^

bersin2

KEPERCAYAAN KARUT PASAL BERSIN

Kalau dah kata kepercayaan karut ni, kita mungkin boleh percaya sikit atau tak perlu percaya langsung..hehehe..pada zaman kerajaan rom dahulu, terdapat seorang jeneral tentera bernama Xenophon..jeneral ni telah ditugaskan untuk mengalahkan tentera Parsi..Xenophon ni memberi la kata-kata semangat kepada anak buah beliau sebelum nak bertempur..pada akhir pengucapan beliau, tiba-tiba Xenophon ni bersin..semua anak buah beliau tunduk menyembah beliau kerana mereka percaya bahawa tuhan mereka telah memberi petunjuk baik kepada mereka..

kepercayaan lain pulak berlaku pada Odyssey dalam cerita epic Homer..pada ketika itu beliau sedang berkata sesuatu yang baik kepada isteri beliau dan tak semena-mena anak lelaki beliau bersin dan isteri beliau ketawa dengan senang hati kerana dia beranggapan itu satu petanda baik daripada tuhan..

orang Japan pulak percaya bahawa jika seseorang bersin dengan tiba-tiba, itu bermakna ada orang sedang mengumpat mengata kita di belakang.

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN JIKA ADA ORANG ATAU ANDA SENDIRI BERSIN

Dalam dunia ni, ada banyak kebudayaan dan kepercayaan..dan ada berbagai cara juga yang di lakukan oleh sesuatu masyarakat yang mengamalkan kebudayaan tertentu..antara masyarakat yang ada melakukan sesuatu jika ada seseorang bersin atau diri mereka bersin adalah masyarakat jerman, masyarakat sepanyol, masyarakat romania, masyarakat hebrew dan lain-lain lagi..

Sebagai umat islam kita ada juga cara jika kita ada orang lain bersin..menurut satu hadis rasulullah yang berbunyi seperti ini..

“Jika salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah kamu menyebut ‘Al-Hamdu-Lillah’ dan jika antara kamu berhampiran dengan mereka (orang yang bersin) maka hendaklah kamu menyebut ‘Yarhamuk-Allah’. apabila kamu mendengar sahabat kamu menyebut ‘Yarhamuk-Allah’ maka kamu hendalah menjawab ‘Yahdeekum Allah wa yusliha baalakum’ “

FAKTA MENARIK BERKAITAN BERSIN (PERSONALITI)

Cara bersin: bersin kecil dan habis, serta kamu memalingkan kepala ke arah lain. Personaliti: anda suka berkawan, dan suka keadaan yang tenang. benda yang paling penting dalam hidup anda adalah hubungan baik dengan orang lain. anda tak suka akan masalah dan suka ikut kemahuan orang lain, hal ini menyebabkan anda terpaksa bekorban demi orang lain. anda seorang yang setia, tenang, bergantung harap, suka membantu, dan juga seorang pendengar yang baik.

Cara bersin: menutup mulut semasa bersin. Personaliti: anda seorang yang berhati-hati, berfikir sebelum membuat keputusan. anda ada akal dan cadangan yang baik tetapi tidak mempunyai peluang untuk menyatakannya. suka bekerja senri dan berehat-rehat. anda juga mahu orang lain melakukan apa yang anda lakukan.

Cara bersin: suka menahan bersin dan jika tak tertahan bersin anda akan menjadi terlalu kuat. Personaliti: anda seorang yang pantas dan agak lurus. anda beharap semua orang akan melakukan perkara yang sama. anda sseorang yang effisyien dan dan ringkas. tidak bergantung kepada orang lain kerana anda seorang ketua. anda suka mengarah dan memberi arahan.

Cara bersin: bersin secara kuat dan berulang kali. Personaliti: anda seorang yang berpengaruh dan mampu mempengaruhi orang lain. anda juga seorang yang kreatif. anda mampu memotivasi dan memberi aspirasi kepada orang lain. anda mengalu-alukan kawan baru dan peluang-peluang baru. anda juga seorang yang optimistik dan spontan dalam melakukan sesuatu.

SEBENARNYA AKU BERCERITA BERSIN HARI NI SEBAB APA?

hmm..sebabnya aku dapati ramai yang dah mula bersin-bersin kebelakangan ni..sebabnya banyak sangat minum air batu..maksudnya dah nak mula selsema dan nak mula demam..^_^..hahaha..aku harap anda semua dapat manfaat dengan post aku hari ini..

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Oktober 23, 2007, in Kesihatan. Bookmark the permalink. 17 Komen.

  1. tiba² aku teringat iklan susu di televisyen…boleh ke tahan bersin dengan tapak tangan sedangkan bersin bergerak lebih pantas hehehe…

  2. @tongah: hmm..aku ak masukkan juga pasal iklan 2 td..tapi…..terlupe la..hehehe..

    agak-agak encik tongah ni bersin dengan cara apa ye..xnak berkongsi dengan pembaca@pengunjung Bilik Sebelah ke?

  3. aku bersin gaya yang pertama campor yang kedua hehehe…menutup mulut sambilo berpaling ke arah lain hehehe…apakah personality aku sebenarnye hehehe

  4. Mari lah kita sama2 belajar cara2 bersin yang sopan santun gitu di blog ini..🙂

  5. @tongah: hmm..campur la dua2 personaliti kalau macam 2..hehehe..encik tongah ni nampak sangat la sorang yang bersopan santun..hehehehe😉

    @Affuan: bagus cadangan encik Affuan 2..hehe..kalau nak tau lebih lanjut tanya la en. Affuan sendiri..heheheh😀

  6. saya rasa saya bersin paling comel. sume orang pun cakap gitu. hehehehe…achumm…

  7. @Bayan: comel ke..untung la kalau semua orang mengakuinya..hehehe…😉

  8. Comel? Cemane? Bersin sambil tersipu2 malu kerana air hidung terkeluar? Kui3.

  9. @Affuan: ala..layan je la cik bayan 2..hehehe..die rasa comel xpe la..hehehehehe…😉 comel yg mcm mne xtau la..hehehehe..

  10. yeke aku sopan santun hehehe…ok la…aku terima…hehehe…

    cik bayan ni mengaku comel lak hahaha…

  11. @tongah: jangan perasan lebih2 tau..xelok..hahahaha..

    biar la cik bayan 2 wahai encik tongah..hehehehe😉

  12. Aku bersin kat muka orang.. hahahaha…

    “I’m back~!”

  13. @Mr.Bilik Sebelah: ish3..terok btl la Mr.Bilik Sebelah..hehehe..xksh la macam mane pun bersin..janji kita bersin..hehehehe

    hmm..xkan tulis i’m back je..post2 xde ke?…hehehehe😉

  14. bagilah peluang pada saya yang sedang mendung ini untuk mencomelkan diri. jangan bagi mendung mengikuti saya. esok nak ke kuantan, ada simposium penulisan. please….achuuummmm…

  15. @Bayan: sedih bunyi cik bayan..ye la..cik bayan comel..dengar 2 semua blogger..cik bayan comel..
    cik bayan ape?..cik bayan comel..
    cik bayan ape?..cik bayan comle..
    cik bayan ape?..cik bayan comel..
    hehehe..semoga selamat pergi dan selamat pulang🙂

  16. terima kasih. hikhikhikhik…saya dah balik.

  17. hmm..balik je ke bayann..buah tangan2 xde ke? hehehehe😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: