Action Figure

Action Figure Bilik Sebelah

Baru2 ini, aku tengok adik aku telah membeli beberapa figura aksi WWE. Jadi tetiba, datang la idea untuk aku membuat entri pasal figura aksi ni. Lagi pun, kawan2 aku yang boleh dikatakan tua (23 tahun) juga mempunyai beberapa buah figura aksi. Kelakar2. Tapi tak salah kalu orang tua pun minat figura aksi ni, tapi jangan la sampai kantoi dengan kawan ketika anda sedang bermain dan berkhayal bersama figura aksi korang tu. Huhu..

Hmm, figura aksi.. Figura aksi selalunya berbentuk manusia. Tapi, patung itu setahu aku tidak dikategorikan sebagai figura aksi macam barbie doll dan sebagainya. Ini kerana, figura aksi adalah patung yang boleh buat macam2 skill macam kepak tangan dan kaki, kepala pandang kiri kanan, pinggang lentok..

Menurut wikipedia yang telah ditranslate aku:

Figura aksi ialah plastik sebuah karakter berbentuk figura yang boleh di”posing”kan (posable) yang biasanya direka berdasarkan filem, komik, game, dan program televisyen yang popular. Pasaran figura aksi ini ditujukan khas buat budak lelaki. (namun bapak budak pun ada main tau..). Figura aksi yang pertama adalah model aksi GI.Joe (cerita yang aku minat giler waktu kanak2), digunakan oleh Hasbro pada 1964.

 

Action Figure Power Rangers

Aku juga pernah mengalami zaman kanak2. Korang pun kan? Jadi, mesti ada terdetik dihati anda untuk memiliki figura aksi sendiri. Jangan tipu la. Seingat aku, figura aksi pertama yang aku ada ialah figura aksi Power Rangers. Ala, yang boleh tukar kepala tu. Kemudian aku advance skit (beli mahal skit la), dengan membeli figura aksi heroin ala-ala Tomb Rider.

Action Figure Son Goku

Sebenarnya, banyak dah figura aksi yang korang boleh lihat di pasar-pasaraya, pusat beli belah mahupun kedai runcit. Contohnya figura aksi Pemain Bola, Askar, Dragon Ball, WWE superstar, Superman, Batman, Power Rangers, SpongeBob dan macam2 lagi.

Action Figure WWE

Bagi korang yang teringin sangat tapi tak mampu, kat Giant, Jaya Jusco dan Tesco (Mydin tak tau) ada jugak menjual figura aksi yang cantik, hebat tapi murah. Tapi bagi sesiapa yang pentingkan kualiti dan ketelitian, boleh lah mencuba beli figura aksi RM150 dan ke atas. Dekat Times Square banyak.

 

 

Action Figure CrouchBagi aku, melalui figura aksi ni, walaupun ia nampak childish dan bodoh bile bermain, tapi, bagi kanak2 ia adalah sesuatu hobi yang baik. Ia dapat memupuk daya pemikiran dan kreativiti serta imiginasi yang melampai batas umur kanak2 tersebut. Tak percaya? Korang lihat video ni..

So, ape pendapat korang tentang kanak-kanak tua yang bermain figura aksi? adakah korang ada satu, dua atau tiga dirumah? Kongsi la..

Posted on Oktober 31, 2007, in Khas, Merapu Post. Bookmark the permalink. 25 Komen.

  1. Heheh, rajin sungguh yang buat video tu! Sebenarnya banyak lagi video camni di Youtube, paling best kalau yang buat cerita guna robot² Transformers!

    Ehem, tadak apa yang perlu dimalukan kalau minat kumpul action figures ni.

    Afdlin Shauki dan Faizal Tahir (ex-Mirwana tu!) pun minat gak benda camni. Malah Afdlin tu, khabarnya dia “balas dendam” mengumpul semua tu dalam umurnya sekarang sebab waktu dia bebudak dulu, mak pak dia miskin, jadi tadak duit nak beli “mainan” camtu. Jadi bila dah kerjaya sebagai artis yang lumayan camni, apa lagi, beli la! Kalau kita tengok rumah dia, peh, koleksi gila babeng punya banyak.

    Tapi kalau beli yang jenis macam watak Power Rangers ka, memang la orang akan “pandang serong” (gelak) kat kita. Sebaliknya kalau beli Gundam ka, ataupun baru ja kita habis demam iaitu TRANSFORMERS, orang akan “respek” sikit kat kita kot. Hamba ada sorang kenalan, dia ni perempuan, tapi minat kumpul Gundam, hohoho!

    Hamba pun minat benda camni, tapi sebab tak kerja dan tak ada pendapatan (DUIT!) sendiri, jadi terpaksalah layan “gambar” action figure di internet saja. Nak beli sendiri tak mampu!

    P/S: Zaman bebudak dulu (mak pak yang belikan!), ada kumpul LEONARDO, RAPHAEL dan MICHELANGELO dari kartun Ninja Turtles versi 80an dulu. Sayang tak pernah sempat beli sekor lagi iaitu DONATELLO. Ghostbusters pun pernah ada versi “penakut” (bila tekan tangan watak akan buat reaksi takut) untuk watak PETER VENKMAN dan RAY STANTZ (tak sempat beli EGON SPENGLER dan WINSTON ZEDDEMORE), dan ada patung STAY-PUFT MARSHMALLOW MAN (hantu putih yang besar tu). Transformers pun rasanya pernah ada, tapi tak ingat watak siapa. He-Man pun ada satu, dan salah sorang watak dari kartun CENTURIONS (ni kartun old-school ni, mesti hangpa tak kenal ni). Kesimpulannya, tak pernah ada SATU pun koleksi yang lengkap (mesti akan tertinggal satu).

    Hoho, hangpa semua kenal atau pernah dengar tak (paling koman pun SEPARUH) daripada nama² karekter yang hamba sebut ni? Ish ish ish, nampak sangat aku ni dah “tua” (budak zaman hujung 80an/awal 90an).

  2. @Saladin Convoy: Kalu Ninja Turtles, He-Man, Ghost Buster tu kenal la.. Yang lain, belum lahir lagi masa tu. Huhu.

    Hmm, baru aku tau ramai gak yang minat action figure ni. Tapi tak salah kan?

    Betul gak cakap anda, kalu kumpul Power Rangers tu agak memalukan la bila dah tua2 ni (jangan marah bg yang terasa), Gundam dan Transformers okay la jugak. Ni sume sebab harga kot. Tapi kalu model aksi Power Rangers tu kompleks, cools serta boleh tahan harganya, confirm2 la member respek! Tak gitu En.Saladin?

    Ape pun, ini satu hobi yang tak berdosa. (Kecuali la anda wat tak senonoh dengan figura aksi korang tu!)😉

  3. bagi aku..aku ada simpan juga niat nak beli figura aksi ni..tapi aku ni bukan berpendapatan tetap(student lg) kalau dulu masa sekolah menengah, aku selalu g usha figura aksi gundam dengan member2..aku ingat lg member aku sorg 2..punya la mengidam..die kata nak kumpul duit..sampai skrg die dah ada ptptn pun xpenah 1 figura aksi gundam die beli..hehehe😉

  4. aku ade kawan, dia suke main figura aksi dia sambil berlawan dgn figura aksi tersebut…pelik bukan???

  5. @Avataraang: Mungkin sekarang dia dah besar, dia rasa duit itu lebih baik digunakan kejalan yang bermanfaat.. Seperti beli top up, belanja awex, main bowling dan tengok wayang bersama rakan.. Wakaka..

    @faerrin: Tak la pelik sangat.. (sikit je pelik).. Dia mempunyai daya imiginasi yang tinggi tu.. Dan kekuatan khayalan yang kuat.. Ok la dia main lawan2 dari buat benda bukan2.. Betul tak?

  6. Ehhh saya pernah masuk sini ek… Bila ek? (Based on data kat borang reply ni dah siap terisi)

    Owhhh ini lah kawan babat yang pecah rahsia pasal teka-teki tu ya… Tgklah malam esok.

    Apapun, aztion figure saya baru lengkap gundam wing ngan shen long. Itupun kecik skala 1/144. huhuhuhu

  7. Wah,wajah baru~! hehee..

  8. @Azhar Ahmad: Babat? Mr.Bat IM ke? Owh.. Hmm, ok la tu ada gundam sebijik kat bilik.. Dari aku? Tak da satu pun lagi.. Dulu2 punye dah xda.. Huhu..

    @ixora: Wajah semakin baru, post makin banyak, harap2 hit pengunjung dapat la mencapai target admin2 blog ni bile blog ni genap usia setahun bulan empat 2008 kang… Doa2kan la..

  9. Ish ish, orang nak sembang pasai action figure, dia dok kalut nak capai “target”. Ketahuilah, apa yang berlaku kat blog sahabat anda tu (sampai seribu lebih komentar tu!) agak sukar nak diulang kejayaannya. Entah camnalah sahabat anda tu buat ya? Apa rahsianya?😛

    Err… minta maaf kerana mempersoalkan target anda. Hamba doakan semoga kalian berdua berjaya mencapai target yang dikehendaki, amin…

    Balik pada “topik”, kalau dah hobi punya minat tu, beli ja, tak perlu ambil pusing apa orang kata, duit kita, kan kan kan?

    Tentang dosa atau tidak tu, pada pendapat hamba (mengambil pendapat paling “liberal”, heh), kalau yang jenis bentuk patung macam manusia biasa tu, elak²kanlah daripada meng’display’kannya di khalayak ramai, atau lebih tepat lagi, tak usahlah dibuat perhiasan. Kan ada larangan memiliki dan menyimpan patung yang menyerupai manusia di rumah.

    Tapi action figure dah jatuh kategori permainan, jadi gunakanlah ia dengan cara yang betul. Mainlah dengan permainan anda. Biar pelik, asal tak berdosa, hahah!😀

  10. @Saladin Convoy: Betul tu.. Barang2 mcm ni tak leh wat perhiasan.. Macam mengagung2kan benda tu pulak.. Tu yang berdosa tu.. (betul kan kalu aku salah)..

    Hmm, daripada 10 komen sekarang ni, 4 dari aku.. Cis, macam memonopoli pulak.. hehehehe…

    Kalu nak komen sampai seribu boleh, SPAM kan komen anda.. huhuhu..

  11. takpe, ada masa lagi utk capai target yg diidamkan. semoga blog anda (dan saya juga) berjaya mencapai target sasaran. amin!

    erm,blog siapa yg capai lebih seribu komen itu.?

    p/s~ maaf la en Saladin convoy kerana komen2 ini tidak berkaitan entri di atas. hehee..

  12. huhu…figura aksi…xde pon collection..dulu my lil bro ade la…power rangers,batman..ade gak curi2 main dye nye action figure..skang dh ade yg WWE nye eyh??xtaw pon…thanx 4 dis entry…actlly sy mmg SUKE SGT2 tgk WWE..i love JOHN CENA,SHAUN MICHAEL,REY MYSTERIO,CARLITO(even kdg2 dye jht sket),TRIPLE H,UNDERTAKER,EDDIE GUERRERO,rmi lg r..kalo nk list,mmg pnjg gler..tp malu la plak nk bli action figure WWE nih..kt pmpuan kan??4 me..ok jew kalo bdk2 main action figure ni..blh tlg kembangkn minda..hihi…
    p/s:action figure WWE DIVAS ade x??huhu!!

  13. @ixora: Blog yang mencapai seribu lebih komen tu adalah blog al-marbawi.. Sila check page blogship.. Tgk post yang tertinggi.. Lebih2 lagi pasal “Mutiara Hati”..

    Hmm, xpe la Mr. Saladin tak marah tu.. I hope dia ada blog, mari kita sama2 tgk blog dia.. Kalu dia bloggers, mesti dia sehati dengan kita.. .Huhu.. Jangan marah En.Saladin..

    @angelic atirah: Tak pasti la WWE Divas ada ke x.. Nanti sy kne tanya my lil bro.. Ala, xsemestinya kne WWE Divas kan.. Tomb Rider, Resident Evil pun boleh tahan.. Mesti ada figura dia kat kedai..

    Hmm, WWE.. Minat gak.. Tapi bosan kalu ada scene bercakap2.. Bile la nak lawan.. Hmm, BATISTA lg cool la.. Huhu.. Dan figura batista pun banyak..

  14. hmm.. rasanya memang ada figura aksi yang pengeluarannya memang ditumpukan kepada golongan tua. ada yang memang buat koleksi, dan ada juga yang buat ornamen hiasan.. kalau untuk pelukis pula, biasanya gunakan figura aksi untuk rujukan postur badan. kalau kanak-kanak biasalah, gunakan untuk imaginasi. Jadi sebenarnya ia dah lama diterima pelbagai lapisan umur. Sebab dah memang ada figura khas untuk pelbagai jenis pembeli..

  15. @azrul: Waaa.. Macam orang profesional pulak bg komen.. Tahu secara mendalam.. Bagus2.. Budaya memberi komen bermanfaat seperti ini lah yang kita cari2.. Hehehe.. Ikhlas puji ni..

  16. hehe, tapi tu pun komen tak berasas sangat.. main komen ikut suke..

  17. ske buat patung sendiri…beli patung biase..operate jadi mummy, patung pompuan..tukar jd gothic..D.I.Y

  18. @lydiarayyan: Perghh.. Tu kreatif giler namanya.. Bagus2.. Kalu boleh tunjukkan la gambar patung yang dah di “operate” tu.. Boleh?

  19. hm..nantilah bebiler free ku letak di entri baruw….ekekeke…

  20. @lydiarayyan: Boleh tak bagi URL blog ko? Kalu ada lar..

  21. http://lydiarayyan.wordpress.com

    blog saya comot….saya budak baru belajar

  22. @lydiarayyan: ok aper blog anda.. nanti sy akan letak di blogroll kami k…

  23. saya amat setuju dengan komen azrul, artis guna sebagai rujukan. ekspressi wajah, ada rakan2 saya dalam bidang macamni mesti ada sekurang-kurangnya 2-3bijik atas meja komputer.tu tak kira yg dalam laci lagi. Umur?… senang cakap kebanyakan dah jadi bapak orang. sanggup belanja ratusan ringgit atau beli kat luar negeri semata-mata mahu yg rare. ada action figure untuk org tua macam keluaran mcfarlane, neca dan sbgainya memang tak sesuai untuk kanak2. saya sendiri beli kalau ada yg berkenan terutamanya keluaran mcfarlane atau neca ni. koleksi masa saya kecil dulu he-man dan thundercat.😛 (atuk saya dulu marah dia kata “huuuuu uuu nanti dia ambik nyawa!!” masa tidur ) .. tapi memng malaikat tak masuk rumah kalau pamer action figure. so pandai2 la simpan la tempat yg sesuai.

  24. @pixelfire: Ermm. ape koleksi yang ada sekarang??

  25. I had two action figures right now Rooney n Giggs from ZC Worlds…is nice to having it ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: