Suara blogger untuk masa depan

Sejak kebelakangan ni,kes-kes berkaitan kezaliman terhadap kanak-kanak cukup banyak disiarkan..kes yang seakan-akan kes allahyarham adik Nurin itulah yang aku maksudkan..yang terbaru, kejadian di gombak, kes seorang kanak-kanak yang dirogol dan diliwat sebelum dibunuh seakan-akan kes allahyarham adik Nurin( berita yang aku baca daripada akhbar kosmo hari ini, Ahad 4/10/2007)..persoalan yang ingin aku timbulkan di sini, apakah negara kita Malaysia yang dikenali dengan masyarakat yang harmoni dan sebuah negara yang aman damai ini tidak selamat lagi? Di mana silapnya sehingga kes-kes sebegini kerap berlaku?


Kanak-kanak sering menjadi mangsa kezaliman orang yang tidak berperikemanusiaan

Alhamdulillah..hari ini aku membaca pula satu artikel tentang sistem keselamatan yang melibatkan kanak-kanak..mungkin ini adalah jawapan bagi kegusaran ibubapa dan rakyat Malaysia tentang kes-kes yang melibatkan kanak-kanak yang semakin kerap berlaku..

Nurin Alert sistem pantas kesan budak hilang

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

KUALA LUMPUR: Sistem amaran khas yang bertindak lebih pantas menyamai Amber Alert atau Nurin Alert bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak adalah antara kandungan draf Dasar Perlindungan Kanak-kanak (CPP) yang akan dibentang pada Kabinet, tidak lama lagi…

…Manakala Nurin Alert atau Nationwide Urgent Response Information Network (Rangkaian Maklumat Tindak Balas Segera Kebangsaan) adalah sistem amaran tempatan diusahakan penulis blog yang bersimpati dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8…(courtes: Berita Harian Online)..selanjutnya

Sistem yang diberi nama Nurin Alert ini bakal dibangunkan akan dapat membantu siasatan kehilangan kanak-kanak dengan lebih cepat dan pantas..jika masa ini, kehilangan kanak-kanak masih tertakluk pada undang-undang yang memerlukan kehilangan itu mesti melebihi 24 jam barulah kes itu disiasat, tetapi dengan sistem ini undang-undang itu mungkin digubal..

Yang lebih membanggakan..suara blogger telah diambil kira dalam pembangunan sistem ini..tahniah kepada blogger ^_^ kita kini bukan sahaja boleh berkata-kata di blog, tapi kini suara-suara yang kita utarakan mungkin akan diambil kira..kepada blogger-blogger teruskan berkata-kata..mungkin suara kita bakal merubah negara kita satu masa nanti ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on November 4, 2007, in Komentar, Semasa. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. aku juga cukup risau dgn senario zmn skang.
    bunuh, rogol, culik..
    budak² pun dh pndai bunuh membunuh..
    hopefully sistem tu akan mengurangkan atau lebih baik melupuskan lgsg masalh yg timbul pada zmn skang nie…

    suara blogger? WOW! tahniah untuk beliau!

  2. @bulus-san: btl 2..hidup kita xtentu selamat lagi sekarang ni..😉 ape2 pun kita yg harus menjaga keselamatn diri dan keluarga kita@org yg kita syg😀

    aku masih mencari siapakah blogger itu..hehehehe😉

  3. Hi Tuan Punya blog. Jom kita sama2 usahakan for a better Malaysia melalui Nurin Alert. Mungkin usaha tak seberapa tapi suatu yang positif. Kalau kita mengeluh saja nasib kita tentu tak akan berubah. I’ve added your interesting blog to my Bloggers for Nurin Alert blogroll. Cheers!

  4. Hmm..sy sendiri pun cukup risau dan takut dgn masyarakat di sekeliling kita ni..
    xtaula kepuasan apa yg diorang dapat dgn merogol,membunuh dan sebagainya..masalh sekarang bukan hanya melibatkan org dewasa..tp kanak2 pun dah jd mangsa..oleh itu,marilah kita bersama2 menjaga adik2 kita yang masih kecil dan tidak berdosa 2..🙂

  5. Umat AKHIR ZAMAN… Dosa Pahala macam bahan mainan..

    Nurin Alert tak boleh hapuskan kes2 mcm ni..

    Yang penting, Iman dan Taqwa dalam setiap umat Islam..

    Tapi semua itu mungkin tidak dapat di capai lagi,
    kerana kita bukan seperti umat Islam terdahulu,
    yang takut membuat dosa kerana takut ke Api Neraka.. Umat sekarang?
    (Sory to say.. But not all like dat..)

    Moga kita dijauhkan dari bala-NYA atas dosa2 kita dan orang disekeliling.. Amin..

  6. @Tembam: Insyallah..kami memyokong sistem ini..kami sentiasa menyokong usaha-usaha murni demi kesejahteraan negara Malaysia..terima kasih kerana menyenaraikan blog kami dalam blogroll Nurin Alert..😉

    @Rean: betul 2..dengan pengawasan pihak penjaga, mungkin perkara sebegini akan dapat dikurangkan..tetapi dengan adanya Nurin Alert ni..diharapkan sekiranya berlaku kes-kes sebegini..kita tahu adanya satu sistem yang mampu menanganinya..😉

    @Mr.Bilik Sebelah: hmm..tazkirah berkaiatan agama..betul 2..umat sekarang dah tidak kenal dosa pahala lagi..kita xblh memaksa tapi kita boleh saling mengingatkan..amin…

  7. Hi Mr Bilik Sebelah, just alerting you that the latest issue of TELL magzine is all about NURIN Alert. Cepat bro, blog about it and let all your blogger pals know about it.

    Cheers bro!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: