Avatar bersantai..

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..hehe..aku hari ni aku nak lari skit dari cerita-cerita serius, hari ai aku nak merapu je.. ^_^ kalau korang semua perasan dua tiga hari ni aku ada post entri-entri baru..tapi agak lambat daripada biasa, betul tak? hehe ^_^ apa yang aku buat? ^_^ hehe..dua tiga hari ni aku asyik berjalan-jalan je.. ^_^ aku ni masih tak sedar diri lagi sebenarnya..minggu depan aku dah final..walaupun dua paper je yang tinggal, tapi dua paper ni la soal hidup dan mati aku..hehehe ^_^ malas betul aku nak study.. ^_^ dah la aku tak nak melalut pasal study..aku nak larikan diri daripada tension-tension ni dulu ^_^

Sebenarnya dua tiga hari ni aku beraya lagi ke rumah teman-teman dan pensyarah-pensyarah..aku tahu walaupun tempoh raya tak la berapa panjang lagi..tapi niat aku nak merapat ukhwah sesama kita..hehehe ^_^ aku cerita la serba sedikit perjalanan raya aku..hehehe

Pada ahari sabtu..aku bangun seawal kul 9 pagi ( tak de la awal mana)  danbersiap-siap..hari ni (hari sabtu, 3/11/2007) ada dua rumah yang harus aku kunjungi..mula-mula rumah teman sekelas aku,nama dia Ata yang terletak kat Wangsa Maju..hari ni aku membeli pas bersepadu untuk RapidKL..dalam pengiraan aku, penjimatan kos perjalanan akan berlaku.. ^_^ lebih kurang pukul 11 aku tiba di rumah Ata..setibanya aku di sana aku terpaksa menunggu beberapa orang lagi teman aku..agak lama kami di situ lebih kurang 2jam..kat rumah Ata, kami di jamu dengan Laksa Johor dan soto..terima kasih Ata kerna menjamu kami dengan makanan yang enak.. ^_^ kemudian pukul 1 aku dan rakan-rakan aku kami beransur untuk bergerak ke Kepong pula..lebih kurang pukul 3 kami tiba di Kepong..kali rumah teman aku yag bernama Jannah pula..kat sana kami dijamu dengan bi hun sup dan soto..alhamdullialah..perjalan kami untuk hari ni berhenti di sini sahaja..


avataraang: bergambar kenangan beramai-ramai bersama-sama tuan rumah.

Keesokannya..kami bergerak pula ke arah Kerinci (ye ke..aku pun tak ingat sebenar, tapiyang aku pasti aku berhenti di stesen putra di universiti la ^_^) kali ni rumah teman aku juga yang bernama Ifa..hari ni jalan satu rumah je..jadi perjalanan kai agak lambat iaitu pada pukul 11.. ^_^ kami di jamu dengan laksa penang, nasi himpit, lodeh, sambal kacang dan bi hun goreng ^_^ kami di situ agak lama juga lebih kurang 3jam..


avataraang: tengah makan, sempat pose lagi.

Isnin, 5/11/2007..petang tadi kami bergerak mengunjungi rumah seorang pensyarah kami..ustazah huda namanya.. ^_^ niat kami tidak la untuk beraya sepenuhnya tetapi lebih kepada melawat baby beliau yang baru lahir..perjalanan yang tidak agak jauh..kami hanya pergi ke Ampang (accuatually stesen cahaya, kalau naik star lrt la ^_^)..durasi kami di situ hanya la 2jam..hehe..

hmm..aktiviti aku hujung minggu lepas..esok dengar-dengar cerita, kawan kawan aku masih ada perancangan untuk beraya di rumah pensyarah lagi..walaupun penat aku tetap nak ikut..hehehe ^_^ok sekian saja untuk merapu aku kali ni..esok aku post semula apa-apa entri yang lebih bermakna..sekali-sekali seronak juga bersantai dan berkongsi cerita pasal apa yang kita santaikan ni.. ^_^

p/s

  • aku harap Mr. Bilik Sebelah tak marah aku sebab menulis entri yang agak keperibadian ni..
  • aku ada sedikit foto je, hari sabtu teman-teman tak bawa kamera, petang tadi kamera teman aku bateri kong pula.. ^_^
  • thank pada teman-teman dan pensyarah aku yang menghidangkan makanan yang sedap-sedap..Ata, Jannah, Ifa dan Ustazah Huda(Ummi).. ^_^
  • tu je la aku nak merapu..doakan aku berjaya skor dalam paper minggu depan ye.. ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on November 5, 2007, in Merapu Post, Pengarang. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Tak da kuasa aku nak marah.. Tunggu la aku dh pas exam.. Aku akan tulis “Bersantai di Bilik Sebelah” pulak.. wakakaka…

  2. @Mr.Bilik Sebelah: huhuh..jgn tension2 ye..gud luck tuk exam..do the best..hehehe😉

  3. Wah,hujung minggu yg padat dgn aktiviti rumah terbuka! hahaha.. bestla dpt makan-makan dgn kenyang..

    All the best in ur exam!🙂

  4. @ixora: memang padat..letih pun xhabis lagi..hehehe🙂 memang best dapat mkn kenyg2.. thank 4 the wish..Mr. Bilik Sebelah pun tgh exam ni..😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: