Wahai Lampu Ajaib..

ย Lampu Ajaib Padang Pasir

Katakanlah benda ini betul-betul terjadi.. Bukan cobaan… (Baca cerita ini sambil pejam mata.. Bayangkan… Bayangkanlah… P/S: Kalu pejam mata macam mana nak baca wei..!)

“Pada suatu hari, anda naik kapal terbang.. Kapal terbang yang korang naik itu tiba2 dirosak di udara.. Maka, dipendekkan cerita, anda pun terhempas di padang pasir yang anda tidak tahu dimana..

Penumpang yang lain semuanya mati.. Kecuali kamu!… ya kamu yang malang yang masih hidup.. Jadi, sekarang anda berseorangan… Tanpa bekalan makanan dan minuman, hanya pakaian…

Anda yang didalam ketakutan berjalan berseorangan di Padang Pasir.. Dalam keadaan yang panas terik, ribut pasir dan angin yang kuat.. Kala jengking di sana sini, dan ular yang berlingkar… Dan, setelah beberapa ketika, anda mula berasa dahaga.. Mula lapar… Mula kepenatan…

Sedang anda mengalah mahu membiarkan diri anda mati ditengah Padang Pasir, tiba-tiba.. Jeng Jeng Jeng…. Anda tersepak sebuah lampu lama… Anda mengangkat lampu itu dan mengelapnya.. Lalu keluarlah makhluk bernama Jin Tocang…

Sebagai tanda terima kasih, Jin Tocang itu akan menunaikan hajat anda.. Tapi bukan 3 macam cerita Aladin, cuma satu.. Ya… Satu… Setelah lama anda berfikir, dan berfikir… Anda membuat satu hajat…..”

Ok, sampai situ je cerita… Sekarang, jawab soalan ni..

Kalau korang la yang boleh membuat hajat, apa hajat korang? Cuba bagitau apa dan kenapa korang pilih nak buat hajat macam tu?

Posted on November 11, 2007, in Khas, Merapu Post, Minda dan Permainan. Bookmark the permalink. 16 Komen.

  1. hajat saya: saya berhajat akan diberi sepuluh hajat lagi, heh. bolehkah begitu?
    kalau tidak, saya berhajat saya tak pernah wujud. sebab? entahlah. tapi rasanya itu pilihan yang baik.

  2. hajat saya ialah untuk membuang hajat. ekeke. takde la.. just kiddin!

    okay,hajat saya ialah supaya saya dpt dihantar pulang ke rumah saya dgn selamatnya. jadi, tak perlu risau ttg lapar & dahaga dan segala macam bahaya kt pdg pasir tu lg..

    sekian.

  3. sokong azrul!!aku nak lagi banyak hajat…sbb aku gile kuasa!!kalau dia tak kasik..aku mintak dia robot doraemon…

  4. Hajat aku supaya perkara itu tak berlaku…
    Sebabnya aku suka naik kapal terbang, tinggal sorang-sorang, jalan kaki kat padang pasir!!!! Tapi aku suka ular dan kala jengking. Bolehka jawab macam ni.he..he..he..

  5. salam!!

    bru jumper site untuk lepak2..
    ๐Ÿ˜€

  6. hajat? hajat dikurniakan akal yang pintar – boleh selesaikan apa jua masalah, insyaAllah dengan pertolongan Allah la.

  7. @azrul, ixora, lydiarayyan, ajet, bayan: Huhuhuhuhu.. Macam2 hajat korang yek.. Ape pun, kalau aku la, aku nak ikut mcm azrul dan lydiarayyan.. Mintak hajat lebih lg.. Sebab, lain kali kita boleh berhajat lagi.. dan lagi.. dan lagi… Tiap masa boleh berhajat.. Kan? Nak mintak balik rumah pun boleh, nak makan boleh, nak mintak robot doraemon boleh, nak mintak holiday kat padang pasir dgn kala jenking ngan ular boleh dan nak mintak akal yang pintar pun boleh.. Huhuhu…

  8. doremon object yang best..cuma nobita je tak reti guna….huhuhu

  9. @lydiarayyan: actually, doraemon tu ditugaskan membetulkan nobita tu dari sikap dia yang lembik dan malas.. tapi, doraemon tu cepat kesiankan nobita.. selalu sangat tolong pada benda yang nobita patut berdikari sendiri.. ada sesetengah perkara benda yang doraemon bagi tu, mengajar nobita… tapi ada jgk benda2 yang wat nobita makin jadi pemalas, dan makin lembik yang menjadi2..

    Huhuhu.. macam pandai je aku ni nak cakap pasal doraemon.. wakaka.. jgn marah lydiarayyan…

  10. itulah, kalau manusia diberi banyak pilihan, mereka tak akan pua, dan kurang mengambil iktibar dari apa-apa yg berlaku.Mereka kurang bersyukur dan sentiasa menganggap yang mereka berhak dapat yang lebih baik, sehingga lupa takdir tuhan.

    sebab tu saya tak suka pilihan. pilihan buat saya tak sedar kekurangan diri. hehehhe pendapat saya la, dan saya selesa dengan pilihan yang kurang.

  11. @Bayan: Betul tu, kadang2 pilihan yang banyak ni boleh wat kita stress jer… Yela, nak pilih kan?

    Tapi kalu pilihan ada banyak, dan kita boleh dapat semua tu, tu yang syok sgt2 tu.. Kikiki…

  12. ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง

    Hajat saya supaya saya sentiasa berada di samping ‘nya’ selalu.. Amin…

  13. @ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง: Alhamdulillah, itu yang sebaik2 nya kita mahukan.. Tapi hajat tu tak boleh la di mintak pada JIN TOCANG dalam cerita ni kan? Kita kne mintak pada-Nya.. Betul x?

  14. ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง

    Betul….

  15. hai manusia..aku anak jin..aku mau makan kfc…hehehehehehe…๐Ÿ˜‰
    kalau aku..aku nak mintak kebahagian dunia dan di akhirat…amin…
    hehehehehe๐Ÿ™‚

  16. macam mane nak nampak kalau pejam mata abang/ kakak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: