Menawan Gunung..

hehe..selamat bertemu lagi kepada semua blogger-blogger.. ^_^

aku ingat aku dah tak berkesempatan lagi nak buat entri baru tapi aku curi-curi masa sikit untuk menulis entri baru sebelum ‘bercuti’ menulis entri-entri buat seketika..hehehe..ok aku terus kepada cerita aku untuk kali ni..aku nak berkongsi dengan blogger-blogger semua berkaitan apa yang aku telah lakukan dari 14/11 hingga 16/11..sebenarnya kehilangan aku buat seketika bukan ke mana-mana, tapi aku telah pergi menyertai aktiviti yang telah dianjurkan untuk batch kami iaitu 3-PPISMP ambilan Julai 2006..aku telah menyertai aktiviti riadah yang di dalamnya lebih menumpukan kepada ekspedisi pendakian Gunung Nuang..

Aku cerita serba sedikit tentang Gunung Nuang ni..

Mount Nuang (Malay: Gunung Nuang) is located in Malaysia with the height of 1493 meter. Its peak marks the meeting point of three Malaysian states; Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. The mountain itself is the highest point in Selangor and part of the Titiwangsa Mountains.There are three hiking routes to the peak and all of them were built by Malaysian Department of Wildlife and National Parks. Two of them start in Selangor; one at Kuala Pangsoon in Hulu Langat and another at Kampung Kemensah in Gombak. The third path originates from Bukit Tinggi in Bentong, Pahang. Genting Highlands is visible at night from the peak.(minta maaf, aku malas nak translate ^_^)courtesy wikipedia
sedikit maklumat tambahan berkaitan Gunung Nuang ni, gunung ni merupakan tempat latihan bagi pendaki-pendaki yang bakal@akan mendaki Gunung Everest..begitu la yang boleh digambarkan betapa sukarnya untuk Mendaki Gunung Nuang ni sehingga pendaki-pendaki Gunung Everet pun membuat latihan-latihan terakhir mereka di situ..^_^

Hmm..aku terus masuk ke cerita tentang ekspedisi pendakian itu..ekspedisi kami bermula dari tapak perkhemahan yang pertama terletak berhampiran dengan pejabat hutan@ base camp..sebenarnya base camp adalah tempat perkhemahan yang paling jauh dari puncak Gunung Nuang..tetapi untuk mendapatkan sedikit cabaran (bukan nak dapatkan cabarantapi kat base camp ni lebih mudah untuk membuat persediaan seperti memasak untuk kumpulan besar dan juga kemudahan-kemudahan asas di base lebih lengkap berbanding dengan campsite-campsite yang lain) ^_^..

Pendakian kami bermula seawal pukul 4 pagi..perjalan kami bermula dengan menumpuhi jalan yang berkerikil atau lebih mudah digambarkan seperti laluan balak..walaupun laluan ini agak mudah tapi aku telah mengelar laluan ini dengan lalaun yang tidak berpenghujung@neverendless path..aku mengelarkannya dengan nama tersebut kerana jalannya cukup panjang.. ^_^ setelah berjalan hampir 2-2 jam 30 minit kami berhenti rehat di kawasan berhampiran dengan air terjun atau kami mengelarkannya renjer..di situ kami berhenti untuk menunaikan solat subuh..

Kemudian pendakian kami bersambung kembali setelah berhenti rehat lebih kurang setengah jam..jam di tangan aku ketika itu menunjukkan pukul 7..laluan pendakian kami bertukar kepada jalan hutan..tiada lagi lauan balak..setealh menempuhi jalan hutan yang sudah mula berbukit yang agak landai selama lebih kurang 1-1jam 30minit, kami tiba di kem perkhemahan pertama iaitu kem Lolo..di sana kami rehat untuk sarapan..kami berehat lebih kurang setengah jam di situ..dalam perjalanan untuk sampai di kem Lolo kami menempuhi 3 anak sungai..

Pendakian kami bersambung semula untuk menuju kem Pacat yang mengambil masa 2jam 3o minit-3 jam..kem pacat merupakan kem terakhir sebelum pendakian kami diteruskan untuk sampai ke puncak Gunung Nuang..cuaca pada ketika itu cerah..tiada tanda-tanda untuk hujan..tetapi walau bagaimana pun suhu sudah semakin rendah, tekanan pula semakin tinggi..di sana kami berehat untuk makan dan menjana semula tenaga kami yang sudah hilang..^_^ ketika tiba di situ jam di tangan aku telah menunjukkan jam 1030 pagi..setelah berehat kira-kira 1 jam sambil menunggu kumpulan-kumpulan belakang yang sudah terpisah jauh..kami meneruskan perjalanan menuju puncak Gunung Nuang pula..

Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 1130 pagi..aku adalah antara beberapa orang yang berjaya menyahut cabaran untuk sampai ke puncak Gunung Nunang yang jarak perjalanannya memakan masa 1 jam 30 minit-2 jam..pendakian menuju puncak Gunung Nuang menghidangkan kami dengan bentuk muka bumi yang lebih sukar..kebanyakkan laluan pendakian adalah akar-akar kayu dan batu-batan..di setengah-setengah tempat kami perlu memanjat seperti membuat rock climbing..setelah suku pendakian, aku terasa amat letih dan tak bermaya dan aku hampir berputus asa..walaubagaimanapun dengan sokong pensyarah dan rakan-rakan aku gagahkan semua kudrat yang ada untuk meneruskan pendakian ^_^cabaran pendakian menjadi semakin sukar kerana pendakian kami diiringi dengan hujan walaupun hanya hujan ranyai-renyai..setelah menempuh cabaran yang sukar tadi, pukul 1230 kami tiba di Puncak Kasih..Puncak Kasih merupakan yang harus kami lalu sebelum tiba di puncak Gunung Nuang..

Perjalanan kami dari Puncak kasih bertambah sukar kerana hujan yang tadi hanya renyai-renyai bertambah lebat..walau bagaimanapun laluan yang kami tempuh agak mudah berbanding laluan dari Kem Pacat hingga Puncak kasih..setelah 30 minit membuat pendakian, kami tiba di puncak Gunung Nuang..alhamdulillah..aku bersyukur kehadrat Ilahi aku berjaya sampai ke puncak Gunung Nuang..puncak Gunung Nuang terletak kira-kira 1493m dari aras laut..walaupun di tengah perjalan tadi aku hampir berputus asa aku tetap berjaya menawan puncak Gunung Nuang ^_^ ..terima kasih kawan-kawan dan pensyarah yang membantu aku dalam ekspedisi pendakian kali ni..aku tak dapat membalas jasa baik dan budi kalian semua..

Di sini aku sertakan beberapa foto tetapi aku minta maaf kerana tarikh yang dipaparkan dalam gambar tersebut adalah tidak betul..tarikh yang sebenar adalah pada 15/11/2007 ^_^


Gambar ketika di Puncak Kasih


Berteduh dari hujan setelah tiba di puncak Gunung Nuang


Kami berjaya menawan puncak Gunung Nuang


Bukti aku telah menawan puncak Gunung Nuang


kiri sekali: pensayarah yang telah memotivasi aku untuk terus berusaha


Bersama rakan-rakan yang turut berjaya menawan Gunung Nuang

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on November 17, 2007, in Khas, Pengarang. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. Tahniah sy ucapkan sebab dah berjaya mendaki gunung nuang..mesti byk penglaman menarik kat situ🙂

  2. @rean: hmm..tq..tq🙂 ade la pengalaman skit2..hehehehe..biasa la..kalau dah pnjt gunung 2..mesti la pnt..hahahaha..tapi masa dah smpi atas viewnye mmg cntk..xblh nak ckp la😉

  3. Hehe..ye ke..bestnya..en. avatar pegi untuk 3 hari 2 malam ka..apa aktiviti pd waktu mlm..nape x cerita sekali..hehe..ada ambik gmbr view x..klu ada bleh la tunjuk kan..🙂

  4. @rean: hmm..hbs pendakian smpi ke puncak, kami mesti la kne trn semula btl x? kami mengambil masa 10 jam untuk turun semula hingga ke base camp (2 catatan masa yg sy wat la)..disebabkan hujan yang turun lebat dlm pendakian 2..kami terpaksa berhenti 2 lolo untuk menunggu sungai agak reda untuk membolehkan kami melintas sungai tersebut..jadi kami sampai d base camp lebih kurang kul 11 malam..2 la aktiviti kami..sampai di base camp pada malam 2..kami di hidangkan sup, ikan n ayam bakar🙂
    hmm..mintak maaf, gmbr view masa kat atas xdpt disertakan la🙂

  5. lepas ni blogger pulak naik gunung kinabalu. hehehe. promote.

  6. Oh..mcm 2 ye..lama sungguh ye masa yg diambil utk turun semula..hmm..mencabar sungguh pendakian en. avatar dgn hujan lebat lagi..tahniah sy ucapkan sekali lg..pengalaman yg sungguh menarik..sedap ya mkn mlm terakhir 2..huhu..🙂
    hmm..xpela..sy igt en. avatar ada gmbr view masa kat atas🙂

  7. waahhhh…aku macam teruja je nak pegi sana..takpe one day i will come gunung naung…

    ni yang rasa cam nak buat program pegi sana…mesti best kan…

  8. @ladymariah: ni cadangan or pemberitahuan🙂 bagus la kalau blogger nak g naik g.kinabalu plk..kita same2 mengharumkan nama blogger😉

    @rean:hmm..kalau nak dikutkkan masa untuk turun adalah lebih pendek berbanding masa yg diambil untuk mendaki..tetapi di sebabkan ada maslah, masa yang diambil bertambah, ditambah pula keadaan kami yg sudh mula keletihan😉

    @zuriaf: try la g gunung nuang 2..aku pasti ko akan mendapat satu pengalaman yang menyeronokkan🙂 sng ckp ko pasti puas😉

  9. saye suka naik gunung!!..masa nak naik tu penatnye mcm menyesal je join…dapat pulak 90 degree punye cerun…pergh…dah sampai atas….rase nak stay je situ sbb view yang superb cun…Allah maha pencipta

  10. @lydiarayyan: betuul 2..sy setuju dengan apa yang anda ckp..masa mendaki untuk stage terakhir, sy dah hmpr gie up..tapi alhamdulillah sampai jugak😉 Allah maha pencipta😉

  11. Tahniah di atas kejayaan kumpulan anda menawan puncak
    Gunung Nuang itu.Syabass.Dpd;

    Eziz Shukman,
    Jabatan Penjara Malaysia,
    Penjara Kajang,Selangor.
    ( Kelab Kembara Penjara Kajang, Selangor. ).

  12. @eziz: terima kasih atas ucapan tersebut..😉

  13. huhu………… seronok dgr ko cter kan semula pasal expedc naik gunung nuang 2…… teringat la memory2 indah mase tu….. hehehe….. tapi memang best and adventure la……

  14. @ifah: ok la 2..kurang2 aku bileh kongsi pengalamn n keseronokan dengan org lain😉 lg seronok kalau smpi puncak😉

  15. tahniah krn berjaye menawan puncak tertingi d selangor..x teringin ke nk teruskn dengan menawan puncak tertinggi di semenanjung m’sia..anda akn merase berade di “kerajaan atas langit” bile berade di atas puncak TAHAN..

    *next week br brksmptn nek g.nuang..1st training tok menawan TRANS V2..doakan kejayaan saye & rakan2

  16. @kingkong: Expedisi seterusnya ialah menawan gunung Kinabalu bulan Mei ni.. Huhuhu…

  17. thanks 4 da info…ni lah 1st time i nk mjejakkan kaki ke gng.nuang..
    doakan kjyaan…

  18. @ryna: semoga berjaya, pesanan sy wat la sebaik mungkin kalau boleh terus ke puncak..mcm kawan sy yg g tp xsmpi puncak, diorg menyesal sbb bukan senang nak sampai c2😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: