Apa dah terjadi?!

Hmm..dah lama sangat ke aku tak menguruskan blog ni? dah lama sangat ke aku tak mendampinginya? apa dah terjadi sebenarnya..hehehe..tak apa-apa yang terjadi pun..aku je yang ntah tak tau kenapa hari ni..hehehe ^_^ sebenarnya ada sedikit keraguan dalam diri aku..adakah aku sorang je mengalaminya atau semua pengguna lain?? tu la sebabnya aku menulis entri pada kali ni.. ^_^

hmm..sebenarnya aku baru perasan hari yang wordpress telah menukar bahasa penghantar pada dashboard a.k.a papan kenyataan mereka (istilah yang digunakan wordpress sendiri) hmm..apakah aku je yang mengalami perubahan ini, atau pun semua yang menggunakan wordpress mengalami benda yang sama? aku perasan keadaan ni berlaku setelah aku membelek-belek blog aku tadi..sepatutnya apa yang tercatat pada tempat tersebut adalah site admin, tetapi suatu istilah baru telah digunakan untuk mengantikannya iaitu laman selaras..cukup memeningkan aku..aku ingat semua ni En.Bilik Sebelah sengaja menukarkannya..tetapi perkara lebih mengejutkan berlaku setelah aku memasuki dashboard@papan kenyataan..hampir semua perkataan pun dah jadi bahasa melayu@bahasa indonesia..persoalannya adakah aku sorang je mengalaminya? tampilkan la sebarang komen anda..aku cukup risau.. ^_^

Ok topik kat atas dah abis..ni nak berseloro je..hehe..dah dekat 2 minggu aku kat rumah..apa yang boleh aku katakan adalah aku gembira, seronok, dan boring…hahaha..apa yang aku dapat buat adalah makan,tengok TV,tengok komputer, tidur dan tak lupa solat..hehehe..nak kuar dari rumah ni hari-hari pun ongkos tak de..apa la cerita rakan aku En.Bilik Sebelah ye..bagi la komen-komen..aku rindu bangat sama kamu..hahahahahahahaha..^_^ jangan fikir lain ye bro..

p/s: kepada semua pengunjung biliksebelah.wp aku ucap kan ribuan terima kasih kerana terus mengunjung blog kami..walaupun tiada apa yang baru yang kami tampilkan..teruslah menyokong kami ^_^ tanpa anda tidak la blog hit kami mencecah 14 +++ hari ni..hehehe..

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Disember 5, 2007, in Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 32 Komen.

  1. hmm..aah la..dah gne bahasa melayu la..agaknya nak memartabatkan bahasa melayu n bahasa indon kot..hehehe..tahniah ye..sebab blog hit dah mencecah 14+++..🙂

  2. hahahahaha mmg lawak la. nyusahkan aku je semalam. terkial2 nak hapdate blog sendiri. ahhahahaha

  3. hehehe, memang kelakar, tapi satu cubaan yang baik lah kot.. aku mula-mula mereng jugaklah nak edit ngan post..

  4. @rean: hmm..mcm pnh masuk papan kenyataan wordpress je..hehehe..xpe la..sy ade sertakan gmbr..blh tgk la kan..

    @KNizam: xde la susah mane tapi agak kelakar je la..hehehe..aku ingat worpress nak wat lawak je..tapi memang btl la en.wordpress dah tukar bahasa penghantar..hehehehe😉

    @azrul: percubaan yang baik untuk tunggang terbalikkan bahasa..hehehe..bukan edit la..sunting..hehehehe😉

  5. hmm..memangla sy xpenah masuk papan kenyataan wordpress..tapi tgk kotak komen ni je pun dah bleh tau..dulu bukan bah inggeris ke..tp sekarang dah bah melayu..

  6. @rean: hmm..pemerhati yang hebat…hehehe..bagus la anda perasan perubahan yg berlaku ke atas en.wordpress..😉

  7. hehe..nasib baik puji saya..saya sebenar xdala pemerhati yang hebat..hehehe..biasa2 je..tp pd pendapat anda la..kenapa bah melayu digunakan utk menggantikan bah inggeris🙂

  8. hahaha..aku dah tukar ke bahasa inggeris semula..pening dengan bende baru cam bahasa melyu kat wordpress ni….hahaha😀

  9. @rean: ye la 2…hmm..ntah la..suke hati wordpress la diorg nak tukar or x..

    @zuriaf: boleh tukar kue..mcm mne? ajar la kau.. hehehehe😀

  10. kau masuk kat user @ pengguna, kau klik kat profile..pastu kat bahasa interface tu tukar ke en-english…

  11. kunjungi link di bawah. Aku persembahkan sebuah animasi baru dan segar.

    http://homeworkstudio.blogspot.com/2007/12/makhluk-menara.html

    Bersama martabat animasi tanahair, tanahapi, tanahangin dan tanahpamah.

  12. oh..cam 2 ke..xpela..thankz..sudi jgk jwb wlpn nmpk xikhlas..sori la menyemak dalam kotak coment ni..

  13. @rean: bukan xikhlas..memang kami pengguna wordpress xtau ape motif penukaran bahasa penghantar 2..lagipun hanya sebahagian sahaja yang ditukar..😉

  14. uit,kate buhsan tahap cipan..? apdet la blog. bleh gak komen² nnt bile da boring stadi utk exm (mcm skrg ni). kui3.

  15. @ixora: bukan xnak hapdate blog, tapi…..hehehe..nud cuti dah melekat dalam diri la..hikhik😉

  16. wahai saudara yang bakal menjadi cikgu….update la blog ni…bosan lak tiap kali aku masuk cuma menambahkan stat kau tanpa melihat entri terbaru..muahahaha😀

  17. Assalamualaikum Bro dan semua..

    Sory lar lambat jenguk2 ke Bilik Sebelah ni.. Duduk rumah malas nak main komputer.. Hehehe..

    Ni aku nak tanya, blog Bilik Sebelah seperti macam dah alih bahasa semuanya.. Bukan setakat dalam “Dashboard” je.. Tengok la, kotak komen dah jadi “Tinggalkan Jawapan”… dan sebagainya..

    Jadi, adakah orang lain pun tengok benda yang sama??????????????????????????????????????

    P/S: bro, kita nak tukar BI ka tak??

  18. Apa sudah jadi.. baru aku perasan, laman web LELABU dah kene hack oleh orang2 di Indonesia.. Mungkin pasal geram dengan perang komen “dulu” kot.. Sian Lelabu.. Mana dia sekarang..

    Sory kalu aku yang lambat perasan.. kiki..

  19. Wohoo! Aku cuma tukar bahagian front-end ja jadi bahasa melayu, dalam dashboard tak penah kacau lagi, huhu..

  20. @Mr. Bilik Sebelah: hmm..komputer dah kat depan mata pun malas nak on..hehehe..xpe2 aku faham yang dikau sekarang berada dalam kondisi cuti2kan diri..hehehe.. tukar BI semula pun ok gak..aku malas nak tengok perkataan ‘barang anda’ lagi..aku nak tengok ‘your staff’ semula..hehehehe😉 dah lame la benda kat lelaby 2..ape la xperasan..hehehe..😉

    @Bat: try la kacau kat dashboard@papan kenyataan plk..hehehehe😉

  21. @Mr. Bilik Sebelah: hmm..komputer dah kat depan mata pun malas nak on..hehehe..xpe2 aku faham yang dikau sekarang berada dalam kondisi cuti2kan diri..hehehe.. tukar BI semula pun ok gak..aku malas nak tengok perkataan ‘barang anda’ lagi..aku nak tengok ‘your staff’ semula..hehehehe😉 dah lame la benda kat lelabu 2..ape la xperasan..hehehe..😉

    @Bat: try la kacau kat dashboard@papan kenyataan plk..hehehehe😉

  22. Nasron al-Jauhari

    walaupun saya fasih berbahasa indon, tapi saya tak suka tengok perkataan2 format weblog wordpress saya diindonkan!

    dah la translate tak betul, tak habis pulak tu. suka-suka dia aje!

    mmm… sabor je laaa…

  23. @ibnukaduk: nak wat mcm mne..dah itu yg wordpress nak lakukan..😉

    @Nasron al-Jauhari: btl2..bahasa die xbrape tepat..mungkin yang translaet 2 pun bukan melayu or orang indonesia😉

  24. saya dah terlajak kapal dah kot ni. hehe.

  25. @ainzs: kapal ape yg ainzs naik..mcm mne boleh terlajak..brek rosak ye..hehehehe😉

  26. selamat hari natal buat kalian semua…handphone

  27. Aku pun dah lama tak jenguk ke wordpress ni..sekali dah tukar ayat laa pulak..

    Aku pernah terbaca yang wordpress carik orang malaysia nak tukar bahasa wordpress ke BM.. so ni laa jadinya..

    Kadang2 buruk gak aku tengok bahasa dah kena tukar..Tensen pun ada..Tu yang sampai si affuan nyaris2 nak bawak baju seluar semua tinggalkan wordpress..muakakaka..

  28. @rizwan: sekarang makin banyak pulak diepnye penukaran perkataan@istilah..dashboard dah jadi papan pemuka plk..😉

  29. Nasron al-Jauhari

    kira OK la tu papan pemuka… kalau papan lapis, lagi haru…

  1. Pingback: Mari belajar english « BS: Bilik Sebelah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: