Dua Kisah Kau dan Kawan Kau..

Salam kembali semua..Hmm, aku nak cerita pasal dua perkara dalam post kali ni dan aku rasa semua orang pernah alami keadaan macam ni..

Kisah satu:
Korang semua pernah tak sekali-kali terfikir tentang seseorang dan seseorang yang korang fikir tu pun memikirkan tentang korang jugak dalam waktu, hari dan masa yang sama… Tak main la kalu dekat2, ni aku maksud kan korang dan kawan korang tu jauh., macam kawan lama ker..

Contohnya la, korang terfikir yang korang nak call member korang ni, dan dalam beberapa minit kemudian, kawan korang tu pun call korang.. Walaupun korang tak da berjanji2 nak call, tapi tbe2 dan dia macam tau2 je korang fikirkan dia waktu tu?

Huh,begitu la apa yang pernah terjadi kepada ku.. Huahuahua.. Korang agak semua ni ape? kuasa pemikiran ke atau naluri hati seorang manusia?

Kisah dua:
Korang pernah perasan tak, yang seseorang tu tetap akan bertanya tentang apa yang dia tahu atau dah terang2 dia nampak depan mata? Benda ni baru je jadi kat aku, dan dah banyak kali.. Semuanya dikawal semasa aku dalam separa sedar.. Korang faham tak ni?

Ok la, aku bagi contoh, korang dah nampak yang kawan korang ni tengah basuh kain, tapi korang tetap bertanya, “Oit, wat pe tu bang, basuh kain ker..??”.. Tak pun, korang nampak kawan korang tu jalan berdua, tapi korang tetap tanya, “kau kuar sorang ke..?”

Huh, dan ini lah jugak yang terjadi kepada ku.. Pelik2 yang berlaku walaupun dah cuti lama.. Hehehehehe… Poning kpalo memikirkan-nyo… Ngape aku lagu nie?

P/S: Aku baru blajar menulis blog semula, dah lama tinggal, kekok rasanya.. (“,)

Posted on Januari 12, 2008, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Hehe..welcome back Mr. bilik sebelah..dah lama gak rean xtinggalkan coment dalam ni🙂

    hmm..kisah satu tu memang jarang berlaku la..tapi rean pernah alami sekali..masa tu rean mmg rindu sgt ngan bestfren yg dah lama xjmpa..pastu tiba2 jek dia msg..mgkn ada connection kot..hehehe🙂

    kisah dua tu..rean rasa la..dah jadi lumrah manusia kot..hahahaha🙂

  2. Aku kerap kali juga mengalami situasi pertama. Bila call member dia cakap dia baru nak call. Bila nak cakap sesuatu, org terlibat pun bersuara serentak dgn subjek yg sama. Ada orang lama bagitau yg roh kita telah terlebih dahulu berhubungan yg mengakibatkan secara spontan naluri kita bertindakbalas memberi signal kepada kita.

    Situasi kedua mungkin sipelaku tak dak idea utk memulakan bual bicara. Ucapan itu sebagai intro la gamaknya. Namun kebiasaannya memang menjadi. Dari kata mula tersebut boleh membawa kepada sessi muzakarah yg begitu panjang.

  3. Komen untuk Kisah Pertama:
    Itulah yang dinamakan “taqdir”. 8)

    Komen untuk Kisah Kedua:
    Yang ini pulak kes “menyatakan sesuatu yang sudah jelas”, atau kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai “stating the obvious“. Macam peribahasa “sudah terang lagi bersuluh” la kot? Memang lumrah manusia gamaknya. Dan betul jugak, sebagai pemula bicara, kalau di antara dua orang tu kelu tak tahu nak cakap apa, haha!

    Teringat pulak siri Batman versi lama² dulu (yang lawak tu, bagi penumbuk keluar bunyi dalam bentuk tulisan tu!). Haha, watak Robin dalam siri tu suka buat macam tu. Dia dah tahu Batman dah nampak benda tu, tapi dia akan kata juga “Holy (apa² situasi atau musuh yang mereka nampak atau sedang hadapi) BATMAN!“.

  4. aku xtau nak tinggalkan komen ape la..😉

  5. @rean: Lama tak jumpa bestfren ke boifren.. hahahaha.. Gurau jer rean…

    @ajet66: Mungkin betul roh kita semua saling berhubung, ada jgk yang cakap, yang kita mimpi tu sebenarnya kita apa yang terjadi pada roh kita… Yang pasal sebagai pemula bicara tu, aku setuju, tapi bukan kita tak boleh cakap hal lain, macam, “ko sihat?”.. Kan?

    @Saladin Convoy: Aku setuju utk dua2 komen ni.. Memang dah takdir kan, tapi mungkin jugak kebetulan.. Huhuhu…

    @avataraang: Letak smileys pun ok dah bro.. Huhuhu…

  6. hehehehe yang kes kedua tuh mmg selalu la. woit tgh blog ke? hehehehe

  7. Kisah satu:
    Korang semua pernah tak sekali-kali terfikir tentang seseorang dan seseorang yang korang fikir tu pun memikirkan tentang korang jugak dalam waktu, hari dan masa yang sama… Tak main la kalu dekat2, ni aku maksud kan korang dan kawan korang tu jauh., macam kawan lama ker..

    Contohnya la, korang terfikir yang korang nak call member korang ni, dan dalam beberapa minit kemudian, kawan korang tu pun call korang.. Walaupun korang tak da berjanji2 nak call, tapi tbe2 dan dia macam tau2 je korang fikirkan dia waktu tu?

    Pernah jadi kat saya juga…🙂

  8. kes 1 tu mmg penah terjadi.. tatau nk komen sgt..
    tapi kes ke-2 tu kerapkali terjadi.

    kita nmpk makcik tu sedang sapu sampah di laman tapi kita tegur beliau;
    “tgh menyapu ke makcik?” atau “rajin menyapu..?”
    mmg terang2 kita nmpk apa yg beliau sdg buat tapi kita tegur jugak.
    kenapa? sbb mmg budaya atau adat kita sbg org melayu khususnya yg suka bertegur sapa dgn org yg dijumpainya. kalau tak tegur nnt dikata sombong pula.

    saya lebih suka ubah soalan yg selalu saya dengar kpd soalan yg lebih logik.
    cthnya kalau nmpk jiran tgh sidai pakaian, tak pyh la tnya “rajin sidai kain??”
    lorr,dh mmg lps cuci kena sidai.. nak tanak kena la buat.
    sy tnya je soalan lain.. mcm “dh siap memasak?” atau apa saja ayat yg relevan.

    Tapi kadang2 tu saya pn sama je mcm org lain.. dh nmpk org tu jalan sorang,lg mau tnya. haha. tu sbb da takde idea sgt nk tnya apa. hehehe. sekian.

  9. erm…kes yg ke 2 tuh mmg slalu..ala..org malaysia kan brsopan santun..dats 1 of d way nk greet org la…i mean nk start prbualan…
    yg 1st tuh…ade gak trjadi…n u’ll feel like cam ade chemistry gle ngan dat person..lg 1, org kate kalo kt tgk jam, n tyme tu kul 11.11,dat means ade org ingtkn kt…org 2 adelah org yg ade dlm fikiran kt on dat tyme…it happened 2 me twice…tp xtaw la plak kesahihannye….huhu…

  10. @angelic atirah: ehem, ehem.. Sape yang diingatinya tu… Hehehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: