Tak mengeluh, Tapi berpeluh..

Anak dan Mak
Steal from: picasaweb.google.com

Korang mesti perasan kan, sekarang ni (bukan sekarang la, sejak dulu lagi), ramai anak2 yang kurang ajar dengan mak kita sendiri.. Mak kandung sendiri pulak tu..

Korang ada lihat tak, bagaimana emosi mak-mak kanak2 yang hilang tu kat TV? Diaorang bersedih, tertekan, risau, hanya kerana siapa? Anak dia tau tak.. Tapi, adakah kita sebagai anak, turut sayang seperti mana mak kita sayangkan kita..

Masa kita kecik dulu, mak selalu bagi duit belanja pegi sekolah, tapi sekarang ni, bile korang dah kerja, ada korang bagi mak bapak korang duit? Tak payah nak tipu la.. Tak da kan? Sebab apa? Lupa la, tak cukup la.. Kan?

Korang percaya tak, yang ada anak2 muda zaman sekarang ni, panggil mak diaorang setakat, Hoi, dengan Wei je.. Apa dia ingat mak dia bibik (orang gaji lar)? Tu aku tak cite lagi pasal anak2 yang bagi “tangan” dan “kaki” kat mak bapak diaorang..

Hmm, aku rasa tak payah la aku nak cakap banyak, korang jugak tau kan macam mana mak kita berkorban utk kita? Tiap2 hari buat kerja yang sama.. Tiap2 hari..

5.30 pagi: Siapkan sarapan.
6.00 pagi: Mandi dan siapkan anak2 ke sekolah.
7.00 pagi: Drive pegi keje dan hantar anak.
8.00 pagi: Masuk ofis. (tekanan keje, bos marah2 ke)
5.00 ptg: Balik (dengan jem + rushing ambik anak)
6.00 ptg: Masak makan malam.
8.00 mlm: Basuh kain. (baju sekolah: basuh pakai tangan kan?)
10.00 mlm: Sidai kain.
11.00 mlm: Lipat baju.
12.00 mlm: Gosok baju.
1.00 pagi : Layan suami.

Korang renung kan la sendiri, macam mana mak korang tu.. Diaorang tak mengeluh, tapi berpeluh.. Berpeluh melayan kita ni, seorang atau berorang-orang anak yang nakal.. Bayangkan ada 10 orang anak yang kene jaga..

Korang sayang mak tak? Sape duduk jauh tu, kalu boleh, balik la..

Posted on Januari 16, 2008, in Renungan, Semasa. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. “Masa kita kecik dulu, mak selalu bagi duit belanja pegi sekolah, tapi sekarang ni, bile korang dah kerja, ada korang bagi mak bapak korang duit? Tak payah nak tipu la.. Tak da kan? Sebab apa? Lupa la, tak cukup la.. Kan?”

    tak semua orang yang dah bekerja tak hulur duit pada mak bapak lah dik.. ada jugak yang kedekut beli barang untuk diri sendiri demi membantu ibu bapa dan adik-beradik yang lain..🙂

    so nanti, bila awak dah bekerja.. beringat2lah ok… biar tak cukup duit untuk diri sendiri tapi jangan sekali-kali belanja untuk mak dan ayah diabaikan.. kadang2 ada yang datang dari keluarga berduit fikir yang mak dan ayah diorang tak perlukan duit daripada diorang.. tapi sebenarnya.. jauh di lubuk hati, diorang akan rasa sangat dihargai kalau dapat merasa duit anak-anak.. sejuk perut ibu mengandung..🙂

    kalau gaji banyak, kasilah lebih sikit.. kalau gaji cukup2 makan… still kena kasi walaupun sedikit… sebab harta yang Tuhan bagi pada kita ni ada portion utk orang2 lain di dalamnya.. kita yang dapat cuma sebagai perantara.. ada yang kita ambil dan ada juga bahagian yang perlu diberi kepada orang lain (ie: ibu bapa.. adik-beradik.. nenek.. bayi baru lahir.. etch)

  2. kdg2 masalah anak2 ni, sbb mak bapak diorg gak, dulu kecik2 slalu wat jahat dgn org tua diorg, pastu bila da jd mak bapak baru merasa susahnye org tua diorg jaga diorg dulu2..

    so kita yg bakal dan telah menjadi mak bapak ni kene la selalu muhasabah diri, tak semua yg kita pk tu terbaik utk org2 disekeliling kita…

  3. bro..kat dalam dunia ade yang baik dan ade yang buruk..bukan semua anak2 xbaik terhadap ibu bapa mereka..tapi entri ni ok la untuk mengingatkan orang tentang kepentinga mereka terhadap ibu bapa..kadang2 kita semua ni terlupa..😉

  4. 4g1rlt3lls4ll: Huh, mmg la ada, tapi post kali ni nak bg nasihat untuk mereka2 yang lupakan mak bapak mereka.. Kalu anak2 tu ingat kan mak ayah, bagus la.. Kan?

    anakkawi: betul2… Kadang2 itu balasan tuhan atas dosa kita dulu.. tapi mungkin jugak ianya ujian dari Nya utk ukur iman kita..

    Avataraang: itu yang aku maksudkan, post ni nak bagi orang ingat tntg kepentingan menjaga mak bapak mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: