Jangan salahkan Along..

Ah Long

Kalau korang fikir yang “ALONG” tu adalah Along yang bagi pinjam duit secara haram atau Along yang lintah darat.. Bermakna korang betul!

Kenapa aku nak cakap tentang ALONG ni? Padahal ALONG tu jahat, suka suki jer bunuh orang.. Kan? Senang2 jer nak ugut orang lain.. Tapi pasal ape diaorang wat macam tu? Sebab diaorang marah.. Marah sebab orang yang berhutang tak nak bayar hutang diaorang..

Ada yang tutup no plat kereta, takut dikesan.. Lari kat rumah kawan, takut ditemui.. Report polis, macam diaorang tak ada cari pasal dengan ALONG tu.. Betul tak?

Dalam paper, orang selalu salahkan ALONG sebab kacau orang yang berhutang tu.. ALONG jugak dipersalahkan kalu cuba mintak duit dia balik.. Tapi cuba la kalu korang yang jadi pemiutang a.k.a pemberi hutang.. Kalau orang tu tak bayar hutang korang, korang marah tak? Marah kan? Kalau dah sekian lama diaorang tak bayar hutang, korang tak rasa ke nak belasah nasihat orang yang berhutang tu? Dah la tu, diaorang wat2 bodoh pulak bile dimintak.. Siapa tak menyirap kan?

Mesti korang pelik kan, kenapa aku macam sokong je tindakan ALONG tu, aku sebenarnya tak sokong pun tindakan diaorang nak bunuh2 orang, pukul2 orang.. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini, sesiapa pun akan marah kalau orang yang berhutang tu tak nak bayar hutang diaorang..  Sedangkan adik beradik yang berhutang pun boleh bergaduh, inikan orang yang tak kaitan dengan kita dan tak ada pertalian langsung..

Lagipun, bagi aku, salah orang yang men”cari” ALONG tu lar.. Bukan salah ALONG kalu dia nak pergi tuntut hutang.. Fikirlah baik2 kesan dia.. Jangan la lari nak bayar.. Dan jangan pinjam kalau tak mampu bayar (termasuk dia punya flower)..

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya. (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)
**Dipetik dari opzaney.wordpress

P/S: Aku tak tau nak tulis aper sebenarnya.. Hehehehehe…

Posted on Februari 20, 2008, in Merapu Post, Renungan. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. Aah la.. kalau saya pn bising gak bila org yg hutang tu tanak bayar balik. Sape tak marah,kan? Tapi yg tak patut tu bila Along ni kenakan kadar bunga yg agak melampau. Tu yg peminjam tu tak dpt nk byr balik pinjaman diorg.

    Tapi apa-apa pn, kalau boleh cubalah jangan berhutang dgn ALONG ni. Bahaya! huhu.

    p/s~ mcm kenal je org dlm gambar tu. ekeke.

  2. @ixora: Gambar? Hehehehehe.. Ape pun, saya bukan Along, Alang la.. Anak no 3..

    Hmm, ala, kalu Along tak letak bunga pun, ramai jer yang lari tak nak bayar.. Biasa la, manusia.. Kan?

  3. Oh,samalah kita.. Alang. ekeke.

  4. @ixora: Alang jugak ke? Nasib baik kita Alang kan.. Sian kat Along, dia la tempat kne pinjam duit / support duit semestinya untuk adik2.. Coz, dia kan abang / kakak.. (mcm dalam iklan)

  5. yup2.. btol tu. br smlm sy ‘pinjam’ duit dr ‘Along’. hahaha. kondisi kewangan yg tak stabil membuatkan saya terpaksa menghubungi beliau walaupun tak sampai hati.. huhu..

    Eh,mana kata2 peransang itu..??!

  6. korg bedua alang rupenye..hehehe..aku pun bukan along..n bukan juga alang..😉

  7. @Avataraang: Habis ape? Kalu ko bukan along atau alang, tak leh la masuk rancangan kanak2 A.L.O.N.G… ALONG!! (Ingat tak rancangan ALONG ni? Ala, yang maskot kucing tu..)

  8. A.L.O.N.G.. alonggg..!! hehe

    siti sifir glemer tau dlm rancangan tu. agaknya da besar bdk tu skang ni..

    btw avatar, ko ape? angah ek? ke acik? huhu

  9. aku angah le..hehehehe😀

  10. o0oo.. angah..?? kitorang muda skit la pasal kitorang alang. ko angah,kan? tua la tu.. kih kih kih =p

  11. Sebabkan ko Angah, jadi kami Alang2 disini nak pinjam duit ko… Hahahahahahaha… Ko kan “abang”..

  12. haa.. btol tu. btol.. bagi la kami pinjam skit.. tgh pokai ni.. hukhuk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: