Letih + sedih = entri baru

Selamat bertemu kembali kepada semua pengunjung yang dihormati..aku menyusun sepuluh jari sekiranya aku dan mr. bilik sebelah sudah lama tidak meng’update’ blog ni..bukan kami sudah melupakan blog ini tetapi disebabkan halangan-halangan tertentu kami terpaksa meninggalkan sementara blog ini.. ^_^ sedih sangat bunyinya permulaan entri aku kali ni, tapi nak buat macam mana memang aku berasa sedikit sedih kerana tidak dapat mengemas ‘bilik sebelah’ yang aku sayangi ni..hehehehe ^_^

Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa isi yang aku nak selitkan dalam entri kali ni, tapi aku tetap mahu juga menulis untuk memuaskan hati pengunjung-pengunjung yang senantiasa mengunjungi blog ini walaupun kami tidak mengemasnya..bersepah-sepah dah bilik ni.. bermacam jenis sampah dah ada..hehehe ^_^

letih + sedih

Kalau dikaitkan dengan tajuk..aku cakap letih sebab minggu ni merupakan minggu aku dan mungkin juga untuk mr. bilik sebelah untuk menghantar tugasan-tugasan yang cukup banyak..adat sebagai pelajar, memang banyak tugasan yang kita perlu selesaikan terutama dah nak habis-habis semester ni..dah dua tiga hari aku bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan-tugasn yang ada..mungkin anda akan berfikir aku buat tugasan pada saat akhir, tapi sebenarnya tidak..tapi memang pun..hehehe..^_^

berbalik kepada tajuk..aku menyatakan aku sedih..memang aku berasa sedih kerana, aku tak dapat menunaikan tanggung jawab aku sebagai pemilik bilik ini..aku tak dapat untuk mengemas bilik ni..orang datang tengok bilik bersepah-sepah aku rasa malu pula..hehehehe ^_^

Ok lah..sampai sini je aku nak melalut..kita jumpa dalam entri berikut..dengan informasi yang lebih menarik..hehehe..kami tulis, anda komen.. ^_^

Sekian…

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 4, 2008, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 17 Komen.

  1. Sepah giler bilik ni.. Kita upah orang gaji nak? Hehehehe…

  2. kamu upah la saya~ saya kan rajin ngemas. wekeke๐Ÿ˜›

  3. ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง

    saya pun leh ngemas2 kan jugak….huhu..

  4. hehehe..dah cantik sikit bilik sebelah ni..๐Ÿ™‚

  5. @mr. biliksebelah: ala bro..xyah la ckp nak cari orang baru..kita cr comrade baru je la..hehehe..jimat dan senang kira..hehehehe๐Ÿ˜‰

    @ixora: nnt bilik ixora sape plk nak kemas..hehe..tpai kalau ade masa lebih ape salahnye nak kemas bilik seelah ni..

    @nurnana: bagus la 2..boleh tlg ixora kemas bilik ni..๐Ÿ˜€

    @rean: thakz kearan memuji bilik yang bersepah ni..hehehehe..nnt la..ade badjuet2 skit nak beli sofa rasanye..hehehehe

  6. la..baru nak beli sofa ye..selama ni duk kat lantai je ye..
    hehehehe..jgn mrh ye..gurau2 jek๐Ÿ™‚

  7. bilik kamu mesti besar,kan sampai nak beli sofa.bilik saya tak muat dah nak letak apa-apa. heuheuheu

  8. bilik bukanlah hakmilik kekal.. ihihi

  9. yosh…lama tak singgah sini..๐Ÿ˜€

  10. @rean: Selama ni kami ada tikar buruk jer.. Jadi alas.. Mana ada sofa2 ni.. Kihkihkih..

    @ixora: Bilik je besar, dalam xda papa.. hehehehe…

    @en_me: Ya, bilik bukanlah milik kekal kalau tak bayar sewa.. Mesti kne tarik balik.. Huhuhu..

    @zuriaf: mana ko pegi? Tak pe la, dah datang ni mai la pekena laksa.. Kuang3…

  11. @avatar aang: Aku dan ko kan bz (sbnrnya pemalas) kihkih.. Jadi kita cari la orang rajin nak kemas bilik ni…

  12. see?? ramai yg offer nk tolong kemaskan ‘bilik’ ni,tau.. hehehehe

  13. @mr. bilik sebelah: thank tlg jawabkan komen sebagai wakil aku..buka la offer..sape2 yg rajin nak jadi ‘orang xbergaji’ bilik sebelah ni..๐Ÿ˜‰

    @ixora: aku dapat satu idea la..esok ahadkan..apa kata kita ramai2 bergotong royong bersihkan blk sebelah ni๐Ÿ˜‰

  14. saya nak offer jugak. nak tolong tengok je. hahaha. bilik saya pun sepah jugak. help. help.

  15. @AyUmI: mari lah kita bersama-sama wat iklan cari pembantu bilik..hehehehehe..๐Ÿ˜‰

  16. salam..tak da halla…yang perlu diutamakan, utamakan dahulu..yang kemudian, dikemudiankan….
    macam fardhu wudu’…”Tertib”….

  17. @loko9691963: terima kasih kerana berkunjung ke ‘bilik’ kami..thankz di atas nasihat di atas๐Ÿ˜€

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: