citcat.com: review

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp..alhamdulillah hari ini aku diberi kelapangan dan sedikit ruang untuk menulis sesuatu dalam blog ini.. ^_^ apa yang aku ingin ceritakan hari masih ada kaitannya dengan KLIBF2008 yang masih berlangsung sekarang sehingga 13 April 2008..aku mendapat maklumat berkaitan informasi yang bakal aku sampaikan ini di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia.. ^_^ aku harap informasi yang bakal aku sampaikan ini dapat dikongsi dan memeberi manfaat kepada semua pembaca@pengunjung biliksebelah.wp.. ^_^

citcat.com

Sama ada anda tahu atau tidak..citcat.com telah dilancar lebih setahun yang lalu..apa yang ada dalam citcat.com ni? laman untuk kita bersembang secara maya ke? jika anda berpendapat sebegitu ternyata anda salah..citcat.com merupa sebuah laman web memberikan kemudahan kepada pengguna internet untuk mengakses laman-laman web yang menggunakan bahasa asing terutama bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar..apabila anda menggunakan citcat.com, anda boleh menukar bahasa penghantar laman web tadi kepada bahasa lain sebagai contoh bahasa melayu..bukankah itu sesuatu yang menarik? ^_^ di dalam citcat.com ini terdapat 4 zon utama yang boleh anda akses dan ia menyediakan kemudahan yang berbeza..4 zon tersebut adalah zon hijau, zone jingga, zone merah jambu dan zon biru..

Zon hijau menyediakan kemudahan kita melayari laman-laman web yang kita ingin terjemahkannnya kepada bahasa lain..selain itu, zon hijau juga menyediakan kemudahan menterjemah sesuatu teks, kemudahan bersembang, kemudahan berkomuniti dan juga kemudahan membeli-belah..

citcat-green

Zon jingga merupakan zon yang menyatakan latar belakang citcat.com..zon jingga juga membolehkan kita menghubungi pihak pentadbiran citcat.com..

citcat-orange

Zon merah jambu merupakan zon di mana anda boleh mendaftarkan diri untuk menjadi pengguna citcat.com..sebenarnya anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran bagi menggunakan kemudahan citcat.com..tetapi sekiranya anda mendaftarkan diri anda akan mendapat satu lagi zon yang terkandung di dalam citcat.com..

citcat-pink

Zon biru merupakan zon yang bakal anda terima sekiranya anda mendaftarkan diri di zon merah jambu..

citcat-blue

Seperti yang kita sedia maklum, citcat.com adalah laman web yang membolehkan kita menterjemahkan sesuatu kepada bahasa lain..saya sebagai pengguna telah cuba menterjemahkan satu teks pendek dan inilah hasilnya..

Teks asal..

A book is a set or collection of written, printed, illustrated, or blank sheets, made of paper, parchment, or other material, usually fastened together to hinge at one side. A single sheet within a book is called a leaf, and each side of a leaf is called a page. A book produced in electronic format is known as an e-book.

Books may also refer to a literature work, or a main division of such a work. In library and information science, a book is called a monograph, to distinguish it from serial periodicals such as magazines, journals or newspapers. The body of all written works including books is literature.

Teks yang telah diterjemah..

Sebuah buku adalah satu perangkat atau koleksi ditulis, dicetak, berilustrasi, atau kepingan-kepingan kosong, diperbuat daripada kertas, kertas kulit, atau bahan lain, biasanya terpasang bersama-sama untuk bergantung di satu pihak. Satu satu lembaran dalam tempoh sebuah buku adalah dipanggil sehelai daun, dan tiap-tiap pihak sehelai daun adalah dipanggil sehelai halaman. Sebuah buku dikeluarkan dalam bentuk elektronik dikenali serupa satu e buku.

Buku-buku boleh juga merujuk untuk satu kesusasteraan kerja, atau satu bahagian utama demikian satu kerja. Dalam perpustakaan dan sains maklumat, sebuah buku adalah dipanggil sebuah monograf, untuk membezakannya daripada periodicals bersiri ibarat majalah-majalah, majalah-majalah atau akhbar-akhbar.

Jika kita teliti hasil terjemahan, ianya bukanlah terjemahan secara terus seperti yang kita lihat pada sarikata bahasa melayu pada CD@DVD cetak rompak..terjemahan yang dilakukan adalah terjemahan mengikut konteks ayat..mungkin berlaku beberapa kesalahan kecil tetapi ia tidak mengapa kerana kita juga sering membuat kesilapan dan mungkin juga kesilapan lebih besar daripada itu..

Akhir kata dari aku, gunakanlah kemudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya..kepada pelajar-pelajar seperti aku, laman web ini mungin dapat membantu kita semasa membuat tugasan-tugasan ^_^ sebelum aku terlupa,untuk maklumat lanjut anda boleh melawat gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia selagi KLIBF2008 berlangsung atau melayari laman citcat.com sendiri

Sekian..

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 7, 2008, in Khas. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. wahhhh menarik neh

  2. Wah.. Boleh translate tak journal2 dari internet? Dan boleh tak translate text yang kita copy dari MS Word?

  3. @KNizam: memang menarik sgt2..masa aku diterangkan berkaitan citct.com ni..aku berasa sedikit teruja bila baca CNN. newspaper dalam bahasa melayu..hehehehe😉

    @mr. bilik seblah: boleh sgt2 bro..kalau nak wat penterjemahan, masuk kat zon hijau..ada satu tab tulis terjemahan..terjemahan boleh di buat daripada apa2 sumber pun..tapi ada limit perkataan..kalau bro blm daftar jadi ahli, had perkataan 100 patah, kalau dah daftar naik skit 200 pth perkataan..😀

    sebarang kemusyikilan boleh la letak di kotak komen ni😉

  4. Hmm..maknanya klu kita nak wat asignment n kita cari bahan kat internet dlm BM..bleh la translate terus ke BI ye..hehe..senangnya..nape la lmbt sgt dpt tau benda ni🙂

  5. @rean: lebih kurang la..tapi kalau blh jgn terima bulat2 benda yg diterjemah 2..cuba periksa dahulu baru la blh gnekan bahan tersebut😉

  6. hehe..ok..rean mesti periksa dulu pye..dah dapat info ni pun dah cukup baik..thankz sbb sudi kongsi info ni dengan pengunjung BS😉

  7. @rean: sme2..sebarkan la kpd rakan2 anda yang ingin mengetahuiye😉

  8. ohoh!

    saya selalu menggunakan laman web ini

    untuk men’translate’kan jurnal2 yang kena translate

    bahasa dia boleh tahan la..

    kene edit2 jugak pastu

    but.. mmg i love this laman web!

    (^.^)

  9. @Nadia: Love Bilik Sebelah too.. ok? (“,)

  10. cit cat translate nie mmg bagus dn byk mmbantu liz untuk bkomunikasi sbb kt opis liz xleh ckp bm lgsung,tp xsemua yg d translate kan 2 betul..kna baca dulu dan edit balik sbb kadang2 ayat 2 jadik klakar..

  11. @cherlyza: biasa la 2..sekurang-kurangnya citcat.com ni dah memudahkan kerja kita untuk menterjemah. jimat masa dan hanya perlu edit semula sahaja😉

  12. saya ,biasa je nak berkongsi satu peluang je,nak ubah taraf ekonomi kita dan sahabat handai k,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: