Serangan Orang Minyak!!

MINYAK HITAM..

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur (IPTKL) di Jalan Yaacob Latif di sini, ‘gempar’ apabila kaki lima pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) institut tersebut disimbah dengan ‘minyak hitam’ semalam.

Perbuatan itu dipercayai berpunca daripada perasaan marah dan kurang puas hati segelintir pelajar di institut tersebut kerana pembayaran elaun bulanan yang lewat pada setiap bulan.

Kosmo! difahamkan dilakukan oleh pelajar institut itu yang juga bakal guru kerana segala urusan pembayaran elaun dilakukan oleh pihak HEP.

“Bagaimanapun ketika Kosmo! sampai di tempat kejadian mendapati, kawasan yang disimbah dengan minyak hitam itu sudah ditutup dan ditabur dengan sejenis bahan berwarna putih.

Usaha untuk mendapatkan reaksi pelajar gagal kerana mereka enggan membuka mulut mengenai kejadian tersebut dan sekadar memberitahu mereka baru sahaja mengetahui tentang perkara tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarahnya, Rosenah Mohamed Noor meminta supaya perkara tersebut tidak diperbesar-besarkan kerana menganggap kejadian tersebut adalah masalah dalaman mereka.

“Tidak perlulah diperbesar-bersarkan, ini masalah dalaman.

“Hari Isnin ini mereka akan dapat elaun mereka, kita pun sudah jelaskan kepada semua pelajar, saya harap perkara ini tidak lagi jadi isu,” ujarnya.

PETIKAN KOSMO!  05 JULAI 2008

Posted on Julai 5, 2008, in Khas, Semasa. Bookmark the permalink. 21 Komen.

  1. Laa.. ingatkan main2 je tadi. Rupa2nya betul.

    p/s – err,tade CCTV ke kat situ? ngee..

  2. @ixora: Betul la.. Sy bangga jd warga orang minyak ni tau.. Oppss, saya tak buat..

    p/s: cctv? kalu ada, mesti kosmo! dh lapor sape yang buat..

    Hmm,minyak mahal tp diaorang bazir2kan pulak..

  3. saya tak baca Kosmo.. tu yg ingat ni main2 je. sekali check kosmo online,mmg betol. huhu

    Isnin ni dpt elaun la ye? ahaks~

  4. @ixora: a’ah.. kayo pak cik.. hehe..

  5. ala bro..minyak yg diorang pakai bukan minyak petrol or diesel..minyak ‘curi’ je pun..hehehehehe..xkaya manenye..

    tp aku geram skit la dgn og minyak ni..elok2 aku nak berehat2 sebab semalam kelas cuma kul 8-9 je tiba2 ade perjumpaan plk..sakit hati btl😉

  6. aku ngantok..
    nak tdo🙂
    kacau jew la org minyak neh…

  7. Pasaipa minyak? Apakah signifikannya? Hohoho!:mrgreen:

  8. pakcik kayo?? wah,bleh la blanje pitza~~ ngehehe

  9. @avataraang: Ala,biasa la tu.. Kot2 la kalu ko tido pagi hari tu, terlepas solat jumaat.. Hah?

    @izie: Tido lar.. Orang minyak tak mau kat ko nyer… Ngeeee… Hehehehehe.. Melawak je weh..

    @Saladin Convoy: Minyak kan dh mahal.. Elaun pulak skit.. Tu la signifikasinya.. Harharhar.. Ntah la, ce tanya orang yang wat tu, npe dia guna minyak..

    @Ixora: Pitza? McD pun xtau ble nih.. Hehehehehehe..

  10. Hehe, janganlah makan McD, cari la alternatif lain, KFC ka contohnya, kekeke (sekali aku buat pesanan komuniti daa!). Nanti bila pihak HPA berkembang skit lagi nanti, ada la kot yang bukak francais RADIX FRIED CHICKEN pulak di tempat anda. Setakat ni baru ada di Sungai Petani ja. Sapot produk Muslim, yeah!

    Sekian iklan untuk hari ini.:mrgreen:

  11. La..benda ni betul ke..
    sy pun mcm ixora..igt kan main2 td..
    nape la diorang wat mcm 2..
    benda ni bleh di bawak berbincang..
    nape la jln singkat mcm ni yg dipilih🙂

  12. @rean: takper.. Avataraang dh tak terlibat.. Hehehehehehe.. Dun wurry k..

  13. mohdfaizalrasid

    masalahnya elaun ttp x masuk pada hari Isnin sebagaimana yang telah dicanang di dalam Kosmo. tiba-tiba keluar notis kata elaun hanya masuk pada hari Rabu 9hb Julai… huhu… ntah apa la budak2 ni nak buat lepas ni plak?

  14. @mohdfaizalrasid: Ntah la pejal.. KOSMO pun tak le pecaya.. kuang3… Pasni masuk buletin utama lar..

  15. salam…sy dh tau ttg penangguhan duit elaun IPTKL cz kak sy mktb situ…sy pun bakal msuk IPTAR,Srawak…so pa2 pun,mulakn dgn bncg elok dan klu xbleh gak,buktikan KUASA PELAJAR…jgn jd mcm org suruhan ja..tp kna la pakat ramai2 dlm bsuara..

    papun,HIDUP PELAJAR HIDUP MAHASISWA

  16. @one_ummah90: Owh, kakak anda tu batch ape? tahniah dpt masuk IPG.. Trima kasih atas semangat anda.. Teruskan sampai bile2..

  17. bkn mcm la bro..aku tdo untuk relax2..tgh hr bgn la g solat jumaat..hehehehe..teruk betull.tunggakan tetap masuk lambat juga..hehehehe..🙂
    sabar je la..😀
    kalau baca kosmo hr ni ade plk satu kenyataan balas dr NUTP ttg kes ni..kalau xsempat beli kosmo..rajin2 surf la KOSMO online..hehehehe😉

  18. Mr BS : tggu la saya kaya pastu kita p makan mekdi ye?😉 skang kita makan pitza dulu. huhuhhuhu

    Saladin : saya tak minat sgt makan kepsi.. tp saya minat cheezy wedges. haha

  19. @Saladin: A’ah.. ada tgk kat tv pasal RADIX FRIED CHICKEN.. Tgk ramai gak customer ek..

    @avataraang: ada bace kosmo online.. tapi tak pasti lak pasal NUTP ckp ape..

    @ixora: Hmm,cheese wedges.. My favorite too.. Nyum2..

  20. Hehe, hamba tak makan McD sebab bercanggah dengan prinsip hidup. Komplikated nak menerangkannya di sini. Sebab tu layan KFC tu. Tapi, sekarang ni alternatif makin banyak. Sokonglah produk Muslim! 8)

    Yeah, sungguhpun dah sebulan lebih, RFC punya pelanggan tu masih jugak ramai, macam ketika baru dibuka. Kalau pi petang² (pengalaman aku), mau sejam nak queue sampai dapat ambik pesanan. Maknanya, dari segi sokongan tu, Insya Allah tak putus² la yang membelinya tu.

    Pi waktu pagi² ketika orang bekerja, tak ramai la kot, hehe!

    Seronok tengok staf depa semua berpakaian yang menutup aurat.

    Ulang sekali lagi, sokonglah produk Muslim! 8)

  21. @Saladin: Ya.. Ya.. Bukan saja produk muslim, tapi ayam tu dimasak bersama herba2 kan? Tu yg bagus tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: