Pertemuan…

SALAM..
Bertemu sekali lagi dalam entri baru di BilikSebelah.wordpress. Pertama-tamanya, ingin sekali saya memohon maaf andai blog ini tidak diselanggara dengan kerap kerana kami penulis-penulis di sini perlu memenuhi komitmen lain.

Dah la. Aku tak nak menulis dalam mood serius lagi. hehehehe. Sebenarnya entri aku hari ni seharusnya telah berada dalam blog ni sejak malam semalam lagi. Walaubagaimanapun, aku tak berjaya nak menyudahkan tugas tersebut. ^_^ . Hari aku perlu menyudahkannya juga walau bagaimanapun.

Selama ini, secara sedar atau tidak sebenarnya kita (blogger/pengunjung-pengunjung blog) telah mengadakan satu ikatan yang kita sendiri tak perasan. Ikatan yang dimaksudkan adalah ikatan persahabatan. Mungkin ada di antara kita yang sudah berkenalan sebelum berblog dan ada yang hanya berkenalan di alam/ruang/bilik maya ini. Ikatan persahabatan maya ini lebih kurang sama kuatnya dengan persahabatan sebenar dan kerana itulah pemilik BilikSebelah.wp dan pemilik FlyOverMe.wp telah bertemu setelah sekian lama hanya berkenalan di ruang maya ini sebagai blogger. ^_^ .

Pertemuan yang ringkas yang diakan di KLCC telah merapatkan lagi persahabatan kedua-dua pemilik blog ini. hehehehe . Pertemuan ini juga turut dihadiri dua pengunjung@penyokong kuat biliksebelah.wp. Tentatif pertemuan bermula dengan penantian ketibaan semua hadirin (penantian yang ternanti-nanti ^_^ ) kemudian setelah semua tiba di KLCC, aktiviti diteruskan dengan makan tengahari bersama-sama. Kami (sebenarnya Mr.BilikSebelah yang cadangkan ^_^ ) untuk makan tengahari di FoodCourt KLCC. Sewaktu makan tengahari, sempat juga la masing-masing membuka mulut unutk berkomunikasi secara terus jika sebelum ni hanya dapat balas-membalas komen atau berkata-kata memlalui instant messaging. Aktiviti diteruskan lagi dengan menonton wayang. ^_^ . Secara tidak langsung, kami semua telah menonton filem yang hampir terkini iaitu The Dark Knight. hehehehe . Selesai sahaja menonton wayang bersama-sama, perpisahan bagi pertemuan ini pun bermula. Pertemuan seketika ini amat bermakna bagi mengeratkan hubungan blog dan blogger juga. ^_^ .

p/s: Kepada blogger2 lain yang ingin membuat pertemuan sebegini amat dialu2kan.

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 27, 2008, in Khas, Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 20 Komen.

  1. Hehe..sy pun turut serta dalam pertemuan ni..
    seronok bertemu ixora,mr.bs n mrs. bs..
    tp mintak maaf ye klu rean agak malu2 semalam 😉

  2. Err.. Nape mcm ayat rasmi jer yang ko pakai nie?

    Ermm.. Mana ixora? Dia tak bg komen pun.. Malu lagi ker?

  3. @Rean: Seronok ker? Nape mcm nak cepat balik jer..??

  4. dah lama tak singgah bilik sebelah neh. hehe🙂

  5. @Mr.Bilik Sebelah: aku cuba menyiapkannya sewaktu kepala berada dalam mood assignment.. sebab 2 ngopenye begitu..hehehehehe😉

    @KNizam: rajin2 la menjenguk kami di bilik sebelah je..hehehehehe😀

  6. ni saya nk bg komen la ni.. tadi da masuk tapi takde idea nk komen. ayat avatar tu formal sgt.. bunyi mcm tgh baca laporan pn ada. hahahahaha

    korang kenal afham tak? dia ada cakap nk join kita tapi kalau kita kuar mggu dpn la. haha

  7. @!x0r@: dah 2 orang cakap mcm baca laporan..sedey tull..xtau nal tulis mcm mne la..hehehehe..minggu depan ke..kalau 2hb Ogos,i’m not here la..hehehehehe..

  8. heee.. jangan la majuk. gurau je la. ok ape tulis cmtu.. baru best skit nk baca. dah lama tak baca ayat cmtu,tau😉

    p/s – 2 ogos kamu pegi mana?

  9. xmerajuk la..hehehe..sy pun rasa mcm 2..pelik skit penulissan hr ni..mcm nak peksa UPSR🙂

    2hb sy nak pulang ke rumah😉

  10. @avataraang: hmm, aku pun bnyk gile assignment ni bro oii..

    @ixora: Hah, baru nak komen.. Sebenarnya hari tu dh agak dh.. awk akan pakai baju belang2.. Huahuahua.. 2hb ni pun sy xda lar.. kne balik dah.. 4hb kne pg SBE (school Based Experience).. pg skolah.. 2 mggu..

  11. avatar :
    oh,balik rumah? erm,nasib kita kuar 26hb.. at least, semua free.. hehe

    mr bs :
    aik, mana awak tau saya pakai baju belang2?😯 haha.. mulai 2hb saya tak free. ada kelas dr kul 1pm smpi 4pm. huu,pasni takleh berpoya-poya di hari sabtu lagi.haha

    p/s – SBE tu kira mcm praktikal la kan?

  12. hmm..rean jauh la mr.bs..lagipun ada nak beli barang ri tu..
    sori……

  13. @ixora: SBE tu mcm praktikal lar.. Tapi bkn praktikal.. Huhuhu.. Aiseh, malas nk pg skolah..

    @rean: Ala rean nie.. Bukan slalu kita jumpa..

  14. Ala..jgnla mrh rean..sedih rean mcm ni😦

  15. @Rean: Marah jugak!! Erm, actually muka rean sikit familiar ah. .Tapi tak tau la tgk kat mana.. Atau mmg pelanduk dua serupa.. Kihkihkih..

  16. Ala..marah rean ye..sedih la mcm ni..rean mintak maaf 😦
    ye ke..penah tgk ker..mgkn la 2..pelanduk dua serupa

  17. kalau ade peluang n waktu, kita mungkin bertemu lagi..hehehehe..2hb semua ade hal masing2, xmungkin berjumpa pada tarikh tersebut..😉

  18. apakata organise perjumpaan dengan suma blogger baru la syok. jumpe berdua nanti jadik macam ixora plak. kelu…hahaha…

  19. Q :
    jumpa berdua? mana adaaa… berlima la.. hahaha

  20. @qdetactive: mane ade kitorg berjumpe 2 org je..kami berlima la..hehehehehe😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: