Oit, Bangun-LAH Malaysia-ku..

Malaysia Ragam dan Gelagat

-Gambar ini hanya HIASAN-

Errm.. Terima kasih kepada internet yang sungguh “pantas” yang membolehkan aku mengupdate blog ini..

Rasanya dah lama aku tak coretkan ape2 kat dalam biliksebelah ni.. Ape boleh buat, banyak lagi yang aku perlu siapkan.. Tapi, dalam kesibukan aku, aku tetap memerhatikan gelagat dan telatah yang terjadi di bumi Malaysia ni..

Dalam kurang dua minggu lagi dari entri ni ditulis, Malaysia dengan megahnya akan menyambut kemerdekaan yang ke 51.. LIMA PULUH SATU.. Kalau diikut pada umur manusia yang bekerja kerajaan, tak lama je lagi dah nak pencen..

Mungkin dalam umur negara yang ke 51 ni lah, macam2 yang berlaku dalam negara ni.. Aku sebagai “remaja” kecil yang mungkin kurang layak bersuara, hanya memerhati gelagat orang2 besar dan berkuasa yang bermain peranan dalam negara. Entah lah, makin tua umur negara, makin banyak pulak rasanya perkara yang terjadi.. Serupalah dengan manusia, makin tua makin banyaklah ragamnya.. Dari politik ke olimpik, membuatkan aku terfikir sejenak.. Kenapa dengan Malaysia ni? Apa yang tak kena?

Semalam aku tengok debat di TV, aku suka tengok orang berdebat.. Namum ape yang aku tak sukanya, mereka berdebat bukan nak cari jalan penyelesaian, tapi nak salahkan satu sama lain.. Ape tak malu ke kalau orang luar tengok? Mesti diaorang tepuk tangan sebab orang2 “besar” negara berselisih sesama sendiri.. Sory la agendadaily, aku cakap jer.. Tapi memang bagus ada debat, sume rakyat boleh tau ape yang terjadi.. Tapi tolong lar, jangan jadikan debat sebagai kail untuk pancing rakyat masuk parti politik masing2..

Tadi aku “intai” blog orang, ada yang aku sokong, ada yang aku bangkang dalam apa yang diaorang tulis dalam blog mereka.. Apa yang aku sokong? Aku sokong yang Malaysia akan berpecah belah kalau Melayu sendiri tak bersatu dan tak bekerjasama dalam membangunkan negara.. Pentingkan la parti politik korang tu, tapi kalau sampai Malaysia huru hara, nak digadai.. SORY! Aku tak mau kompromi.. Cukuplah negara2 luar kita jadikan teladan dan sempadan.. Aku tak mau tragedi buruk Melayu berbunuh sesama Melayu dalam negara ni..

Tak lupa, tahniah kepada atlit badminton negara, Chong Wei yang bakal bergelar “Datuk”.. Biarlah dia bergelar “Datuk”.. Penat dia main badminton walaupun pada final dia kureng skit.. Biasa la tu, main di tempat lawan dan juga fight dengan pemain ranking number one, Lin Dan.. Berjasa dia bawak balik pingat perak pada negara.. Tu la satu2 nya pingat yang Malaysia dapat tau setakat ni.. Tolong hargai sikit.. (Kepada sape2 terasa, sory ok)

Sudah lah tu, kalau nak cakap pasal Malaysia, banyak lagi.. Tapi sebab aku banyak lagi hal yang perlu dibuat, sampai disini sahaja.. Lain hari lain cerita.. Sebelum tu aku nak tanya, kalau lah parti2 dalam Malaysia berbalah satu sama lain, masa depan negara bergantung pada siapa? Kalau Melayu bergaduh sesama sendiri, sape nak jaga anak2 dan cucu2 Melayu kita ni?

Ape pun, bak kata Nabil..

“LU FIKIR LAH SENDIRI~!!”

P/S: Nak komen tapis2 skit.. Sekarang blog dah dipasang “hidden cam”.. Huhu.. Jangan sampai masuk TV sebab entri dan komen marabahaya sudah ler..

Posted on Ogos 22, 2008, in Renungan, Semasa. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. Lepas aku baa post ni, aku terfikir sejenak tentang malaysia yang dah dikatakan gemilang ini..šŸ˜‰

  2. @avataraang: Erm.. Malaysia-ku gemilang.. Merdekanya terbilang.. Berdaulat dan makmur, berjaya kami syukur..

    Kepada semua.. Tengok baik2 gambar HIASAN diatas.. Lihat pada ketiga2 pemimpin parti politik anda.. Bayangkan jika mereka bersatu.. Malaysia boleh jadi KUAT.. Seperti Kuat Harimau.. Harimau Malaya la..

  3. Saya tak pandai nak komen bab2 politik ni.. karang salah cakap lain pulak jadinya.

    Erm,macam mustahil ketiga-tiga pemimpin tu boleh bersatu.. tapi tak mustahil jugak kalau tiba-tiba mereka bersatu dlm memimpin Malaysia. Mesti bagus,kan?šŸ™‚

  4. Wahaa, penting bagi seseorang bakal guru ni memahami soal politik. Golongan inilah yang nak mengajar anakĀ² negara. Kalau salah, akibatnya “rosak” la masa depan anakĀ² nanti.

    Hehe, apabila hang mintak depa bertiga tu “bersatu”, aku jadi tertanya, nak bersatu dalam apa? Satu parti politik?

    Oh ya, dalam tiga gambar kat atas tu, secara prinsipnya, DUA daripada individuĀ² berkenaan sudahpun “bersatu” taw? Tinggal yang sorang lagi tu saja yang “terpisah” dari yang keduanya itu, haha!šŸ˜†

    Sebenarnya, partiĀ² politik ni hanyalah “alat” untuk perjuangan masingĀ². Sesuatu yang normal sebenarnya kalau mereka kelihatan seperti “tidak bersatu”. Selagi ideologi masingĀ² tak dikompromikan, selagi itulah mereka tidak akan “bersatu hati” secara prinsip dan dasar.

    Tapi itu TAK BERMAKNA mereka ini berpecah-belah, berbalah ataupun BERPERANG. Adatlah dalam sistem macam negara kita ni, parti politik saling bertanding merebut undi.

    Adatlah, manusia memang boleh berbeza pendapat. Tapi ianya tidaklah sampai ke peringkat nak menggadaikan negara.

    Yang aku nampak, apa yang diperjuangkan, adalah untuk mempertahankan negara. Ada yang menganggap pihak yang lagi satu lagi tu sudah banyak membuat onar sampai ke peringkat memang nak menggadaikan negara, sementara satu pihak lagi pulak tak mahu mendengar sebaliknya mengalihkan pandangan rakyat kepada isu lain. Itulah dia kunci/punca “perbalahan” keduaĀ² pihak yang berbeza pendapat ini. Kalau dapat selesai masalah ini, Insya Allah memang akan nampak kita ni LEBIH “bersatu”.

    Maknanya, kesimpulan di sini ialah, punca ketidakbersatunya kita ini adalah disebabkan mengikut hawa-nafsu-perut. Tu pandangan aku la, heheh…

    Tapikan, depa bertiga ni pada hakikatnya memang bersatu, sebab depa “sujud ke arah satu kiblat yang sama” (Ya Sallim Sallim Sallimnaa… alamak ternyanyi lagu Rabbani laks!). Kesatuan dalam Islam, melafazkan Syahadah yang sama, itu yang paling penting, kan?:mrgreen:

  5. @Ixora; Tak mustahil la ixora.. Tapi kalu ikut keadaan sekarang ni, memang mustahil.. Sape tak nak jadi PM? Sape nak lepaskan jawatan PM senang2 je?

    Kalau nak lepaskan pun, pasti nak bagi kat kroni sendiri.. Tak pun mesti pada kaum kerabat sanak saudara adik beradik sendiri kan? Takkan nak bagi pada pihak lawan..

    Err, enough on politics, bak kata Wall.E, politics is rubbish! (“,)

    @Saladin: Ya, mayb diaorang bersatu dari SATU segi, iaitu sujud pada Yang SATU..

    Tapi, aku tak faham lah, diaorang sesama Melayu, sesama Islam, sesama rakyat Malaysia.. Tapi kenapa mesti ada hal2 yang boleh memalukan Melayu itu sendiri?

    Apa yang aku sokong pada komen ko tu ialah, sume ni sebab mengikut HAWA-NAFSU-PERUT..

    Ya.. Aku sokong..

    Opps, dah terlanjur aku jadikan blog ni macam blog tentang politik pulak.. Ia dah melanggar prinsip aku sebelum ni.. Tapi jangan salah faham, politik tidak dibincangkan, yang aku nak cakap ialah tentang MALAYSIA kita ni..

    Err.. Malaysia ku, sekarang tibalah masanya KAU bangun!

  6. chomelnya avatar baru kamu mr bs.. chomel sungguh sampai saya terpesona tgk mata yg kiut tu. huhuhu

  7. @ixora: Hehehe.. Chomel ker?

  8. isu2 politik 2 jangan ditekankan sgt..nnt kne black list plk blog ni..hehehehehehešŸ˜€

  9. salam,
    kritik membina dr pihak berbeza dgn tujuan utama ‘kemakmuran dn pmbangunan malaysia’ mmg membantu – tuelaaa gne nye parti kerajaan, pembangkang. tp klu tujuan tuk diri sendiri- jgn laaaa smpai malaysia tergadai.. tue je yg wex takut… xnak jd cam sejarh kte dlu…

    skang nie, wex tgk bnde yg bley menimbul kn rusuhan, diungkit2 kn plak. aiii xbest laa… padahal byk bnde laen xnak plak usulkn, cari pnyelesaian..

    sme2 laaa kte doa kn Malaysia sntiasa aman makmur. Malaysia best… yeah.. hehehe..

  10. @avatar aang: Ermm.. harap x ler..

    @wexeeda: yeah..

  11. Assalam’mualaikum.

    Bagi saya bekenaan dengan tergadai negara – memang tergadai sesabuah negara sekiranya amalan rasuah diamalkan, kita boleh lihat lah rasuah boleh dikatakan disemua cara, politek,konterak,jawatan,jual menjual,segala-gala nya dinagara kita rasuah, – rasuah berbagai bentuk berlaku, Islam banyak mengajar kita keadilan menurut islam keadilan – meletakkan sautu benda atau pekara itu biar tepat tempat nya – menurut Islam tapi adakah umat Islam meamalkan ?… jangan pula mengata saya menuduh – peringatan sja pada diri saya juga pada saudara se islam jika inginkan bangsa dan Islan di hormati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: