Biru tema ku..

Selamat sejahtera…

baju raya

Selamat bertemu kembali kepada pengunjung biliksebelah.wp. Sedar atau tidak kita hampir melangkah hari yang ke-15 dalam bulan Ramadhan. Kalau solat terawih dah pun masuk terawih malam ke-15. Ini bermakna bulan yang penuh dengan keberkatan ini bakal pergi meninggalkan kita dan hanya akan kembali setahun kemudian. Pada hakikatnya masih tidak terlambat untuk kita mengumpulkan amal kebaikan walaupun hanya tinggal lebih kurang 15 hari lagi.

Mungkin entri ni terlalu awal untuk aku menulisnya tetapi mungkin juga tidak. Entri aku kali ini mungkin sudah tidak terlalu berkait dengan bulan Ramadhan. Tetapi sudah hampir berkait dengan bulan Syawal yang menjelang tiba. Mungkin sekarang ini, ibu-ibu di rumah sudah pun mula membuat persediaan untuk menyambut ketibaan bulan Syawal. Kuih-kuih raya mungkin sudah pun mula dibuat.

Hari ini aku bukan nak bercerita tentang kuih raya kerana entri berkaitan kuih raya telah pun aku tulis setahun yang lepas. tetapi entri aku hari masih berkaitan dengan hari raya. Aku menulis entri ini kerana aku telah membuat serba sedikit persediaan menyambut hari raya yang menjelang tiba ni.

Aku sebenarnya ingin bercerita berkaitan baju raya. Mungkin tahun ni ada yang memotang perbelanjaan baju raya kerana situasi semasa yang memerlukan kita berjimat-cermat, tetapi yang aku tahu para pekerja kerajaan ada mendapat bonus sebelum raya ni. Mungkin dengan bonus itu mereka masih boleh membeli baju raya baru untuk tahun ni.

Berbalik semula kepada cerita kita, biru temaku. Apa perkaitannya dengan entri hari ini. Sebenarnya biru merupakan warna baju raya bagi keluarga aku tahun ini. Ini bermakna keluarga aku akan mengenakan baju kurung berwarna biru pada pagi hari raya. Baju raya aku ditempah bukan dibeli pasang siap.

comelnya
Mungkin anda semua ada tema masing-masing bagi baju raya kalian. Mungkin ada juga yang tidak membeli baju baru tahun ni. Apa jua yang anda lakukan marilah berkongsi di sini.

P/S: Jangan terlalu bersuka dengan berbelanja sakan bagi persediaan hari raya. kita yang berkemampuan mungkin boleh berbuat demikian tetapi ingatlah kepada yang kurang berkemampuan. Peringatan juga bulan yang penuh keberkatan bakal meninggalkan kita. Beramal kita selagi berkesempatan ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on September 14, 2008, in Semasa. Bookmark the permalink. 14 Komen.

  1. hehe..tema untuk family rean tahun ni warna dark purple..mcm budak hensem dlm gmbr tu..tema dgn ‘seseorang’ plak warna hijau..hehehe๐Ÿ™‚

  2. pesanan tak boleh tahan tu! hahaha..

    utk pengetahuan, tahun ni kebarangkalian saya tidak memiliki baju raya amat tinggi. tahun lepas baju raya siap lepas raya. tahun ni taktau lagi sempat siap ke tak.. huu..

    p/s-selamat hari raya in advance~๐Ÿ™‚

  3. Untuk wanita, bajunya warna warni. hahahhaa…Nak buat camna, setiap bulan beli.

    Selamat menyambut hari raya kepada encik berdua. Hayati Aidilfitri dengan mengukuhkan silaturrahim dan bersyukur dengan bahagia yang kita ada.

  4. No baju raya for me this year.. No need lar, last yer punyer still elok..

    @rean: Amboi, macam2 warna ada..

    @ixora: are u dah dapat kad raya?

    @bayan: ya2.. ada iklan tu, dimana isteri dia shopping xingat.. Then, suami dia pesan, “Hari Raya patut disambut dengan gembira..” Wawawa..

  5. baju raya saya taun ni belum pon siap..ntah ke sempat ke x nak pakai pagi raye. tudung kasut sume blom beli..hohohho..

  6. ashley :
    saya pun sama. silap2 raya ni pakai kain batik je. kui3

    Mr BS :
    iye, dah dapat petang td. kiut sgt kad tu. thank u so much ye๐Ÿ˜€

  7. @Mr. Bilik Sebelah: jimat cermat amalan mulia๐Ÿ˜‰ mr.BS dah hntr kad raya..bile la aku menulis n menghantar kad yang berada dalam laci aku ni..๐Ÿ™‚

    @ashleycadbury: aduyai..nape lmbt sgt tmph…๐Ÿ˜€

    @!x0r@: ok la 2 ade pakaian juga nak dipakai..hehehehehe๐Ÿ˜€

  8. hm..aku berkira-kira nak carik baju warna unggu pula. setiap tahun dari dulu warna hijau saja…

  9. buat avatar, kad kamu dah sampai pg ni. thanks ya.๐Ÿ™‚

    p/s – 4B la.. bukan 4V.. mujur posmen tak salah hantar. hee..

  10. Q:setiap tahun kaler hijau…sama ngan avatar kau itu…

    saya pune theme adalah pink dan perple dan ceklet dan kuning dan merah…waaaaa wane wani!!!

  11. @qdetactive: hijau pun warna yang baik, nukan ke itu warna kegemaran rasulullah..๐Ÿ˜‰

    @!x0r@: dah sampai ye.bgs la.huhuhuhu..slh ke, sori2..kalau xsilap cik ixora yg bg mcm 2 hr 2..๐Ÿ˜€

    @lydiarayyan: wah..banyaknye warna baju..sakan betul beraya๐Ÿ™‚

  12. erk,ye ke? sy bg kt sms eh? ke ym? lupe la.. sorry if it was my mistakes..

    see u all after raya

    bye~

  13. @qdetective: happy raya..

    @lydiarayyan: happy raya..

    @avataraang: happy raya bro..

    @ixora: happy raya..

  14. same cam cute .
    cute pon warna biru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: