Alu-aluan

poster
Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Apa khabar korang? Harap-harap semua sihat-sihat je. Pertamanya, aku nak meminta maaf kepada semua pengunjung sebab dah lama tak mengemaskini blog ni. Al-maklumlah cuti belajar semua kemudahan hilang. Kemudahan apa yang aku maksudkan itu aku tak tau ^_^. Aku juga nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua penjung biliksebelah.wp. Tak lupa juga kepada semua umat Islam aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430. Mungkin ucapan aku ni dah agak lambat, tapi tak pe lah, omputih kata “better late then never” ^_^ Apa-apa pun terima kasih kepada semua pengunjung yang masih tetap mengunjung bilik sebelah.wp.

Merujuk kepada tajuk yang pilih untuk post kali ni, aku rasa ini merupakan entri pertama bagi biliksebelah.wp. aku harap la, jangan Mr.Bilik Sebelah dah potong aku dulu dah la ^_^ Boleh juga aku katakan ini entri alu-aluan dari biliksebelah.wp bagi tahun 2009 masihi dan 1430 hijrah ^_^. Apa yang aku nak cerita bagi entri alu-aluan ni. teruskan membaca la jangan berhenti kat sini je.

Kalau cerita berkaitan tahun baru, orang mesti cerita tentang azam baru. Betul tak? Itu normal lah kan. Kepada sesiapa yang ada azam baru tu aku ucapkan tahniah. Semoga anda, anda dan anda berjaya merealisasikan azam anda sebelum masuk tahun baru 2010. Kepada semua pengunjung biliksebelah.wp yang ada azam baru pada tahun baru ni, apalah salahnya berkongsi dengan pengunjung-pengunjung lain. ^_^ Aku sibuk tanya orang, tapi aku tak pula menyatakan apa azam aku tahun ni. Jujur aku kata aku tak pernah berazam tapi aku ade letak harapan untuk tahun ni. Harapan aku nak berjaya dalam hidup. ^_^ it’s command things. Berjaya macam mana, itu aku tak tau lagi ^_^

Berkaitan dengan harapan berjaya dalam hidup aku tadi, aku ni bukan apa aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang dah sampai semester terakhir pun tahun ni ^_^ Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah pun nak habis belajar kawan-kawan aku tu. Aku ni bila lagi. hehehe. Untuk pengetahuan anda semua tempoh pembelajaran aku ada lagi selama 6 semester atau 3 tahun. Lama betul ^_^ hehe. Untuk pengetahuan anda semua juga Mr.Bilik Sebelah dah masuk tahun terakhir beliau dalam pembelajaran. Aku berharap sangat Mr.Bilik Sebelah dapat menghabiskan sesi pembeljaran dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ^_^

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Kepada pengunjung-pengunjung jangan lupa menulis komen. Tak kan lalu je, tinggalkan la kesan kaki anda kat blog kami ni ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 5, 2009, in Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Assalamualaikum.. Ehem.. Dah berhabuk dah blog ni.. Siap ada sarang labah2 lagi..

    Tu la, time cuti, aku harap avatar aang post entri, avatar aang harap aku pulak post entri.. Alih2, ape pun xda.. hehehe.. Sory ye pengunjung bilik sebelah.. dan jugak avatar aang.. Huhu..

    Ermm, tahun ni ialah my final year.. Memang bz.. Dengar2 kne taip tesis.. Mampuih la.. Lepas ni memang tak menulis dalam blog lagi ler.. Huhuhu..

    Ok la, stakat ini sahaja komen dari aku.. nasib baik skrg wordpress ada quick press untuk tulis entri.. Boleh la digunakan oleh orang2 seperti aku.. wawa..

    P/S: Jangan tanya azam aku.. Aku takda azam.. (“,)

  2. uishh.. banyak sawang ni.. dah dua bulan bilik sebelah tak berpenghuni.. labah2 pn dah buat sarang penuh.kui3

    selamat tahun baru pada kamu berdua. semoga lebih berjaya di masa akan datang🙂

  3. @Mr.Bilik Sebelah: betul la 2, dah jadi laman bersawang dah blog ni.hehehehe. xpe bro. studi is more important. aku cbe yg terbaik mengupdate blog ni.

    @!x0r@: dah perasan dah mmg byk sawang..hehehe..selamat tahun baru jugak pada ixora. semoga azam yang diazamkan dapat digapai..hehehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: