Baru 5 Bolos.. Dah agak Dah..

Semalam (21 Januari 2009), Malaysia sekali lagi mencipta rekod kekalahan.. Kali ni, kepada UAE.. Ala, baru 5-0 kene… Kan? Think positive beb! Belum 12-0.. Haha.. UAE kan kuat.. Ranking dia kan lagi bagus.. Ranking Malaysia sekarang? 158! Dan ranking paling bagus dicatatkan pada tahun 1993 di bulan Ogos, iaitu di ranking 75.. Lebih kurang 16 tahun dulu.. Dan setiap tahun, makin merosot!

Haha.. Maybe itulah nasib bola sepak Malaysia.. Well, sape aku nak cakap tentang bola sepak? Sepak bola pun xreti.. Kaki bangku.. Ya! Aku kaki bangku, tapi sekaki bangku aku ni pun, aku masih lagi boleh menilai prestasi bola sepak kita..

Kawan2 aku, dah bazirkan RM10 sorang, dengan pergi mensupport pasukan negara.. Tak jauh je dari kolej aku, kat stadium KL, Cheras, hanya 300meter aje..

Untuk pengetahuan korang, sebelum perlawanan lagi, hati aku berdetik yang Malaysia akan kalah 5-0.. Betul ni! Dan, dengan kejutannye, Malaysia betol2 kalah 5-0..

Nak salahkan siapa? FAM? coach atau pemain?

Sebenarnya salah kepada jersey pemain.. Baju pemain Malaysia tak garang.. Harap je brand nike.. Design kosong! Tengok MU.. Chelsea.. Hahaha… Ape yang aku merapu ni?

Hmm.. Nak salahkan FAM ke.. Kenapa ya? Hah, fikir la sendiri.. Ramai lagi pemain yang berbakat dalam Malaysia ni, kenapa masih nak kekal kan pemain lama? BUBARkan aje.. Ape? Mereka dah serasi sebagai satu kumpulan? Hahaha.. Aku tak nampak pun..

Striker Malaysia, jarang aku tengok rembat bola laju macam Cristiano Ronaldo..

Pemain tengah? Eh, ada ke pemain tengah? Macam berterabur je.. Ronaldinho sorang je boleh uruskan..

Defender? Haha.. defend goal ke tengok bola? Pemain UAE acah skit je, terus kelam kabut.. Belajar la dari John Terry..

Goal Keeper? Tangkap bola ke jadi superman? Terbang2 je lebih..

Apa la salahnya kalu ada pemain import.. duh! Kita boleh belajar.. Macam mana Bambang sepak, mcm mana Seator gelecek..

Dan apa salahnya kalu kita ambik jurulatih luar? Tengok UAE, ambil jurulatih orang perancis.. Lihat, mcm mana diaorang kene kan kita? Kat tempat sendiri pulak tu..

World Cup 2018? Kita boleh hantar pasukan kita ke sana, tapi pada pendapat aku, sebagai penonton je la.. Huhu..

Ok lah, sudah2 la tu kutuk pemain Malaysia, mereka sudah berusaha bersungguh2.. maybe tak da rezeki.. Tapi ingat ya! Rezeki tak datang bergolek macam bola, rezeki dan tuah tu adalah dari usaha kita sendiri..

Posted on Januari 22, 2009, in Arena Sukan, Komentar. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. Setuju dengan analisis anda..
    Hmm, jangan amalkan rasuah, x baik..(cth: bagi buah limau kat pak guard)

  2. Pandai awak buat ulasan!🙂

    Saya setuju.. rezeki takkan datang bergolek macam bola. Kena usaha. Bukan setakat rezeki, semua benda pun takkan datang bergolek..

    Happy Chinese New Year! jumpa lagi mggu dpn😉

  3. sehari sebelum lawan, aku tengok surat khabar ada berita positif. Malaysia dah bersedia kononnya.

    esoknya , terbolos 5 . tulis tajuk besar juga. Malaysia diaibkan. Huh! dasar suka cakap besar.

    Kat tv pulak nak buat Forum, Malaysia nak layakkan diri ke World Cup.
    Diorang tu rabun ke ape. Piala asia yang ada 16 seat pun tak layak, lagi nak main piala dunia yang kuota 4 seat. Hilang akal ke ape.

    kalau nak tengok Malaysia menang, tunggu pestabola merdeka tahun depan. Tunggu diorang jemput pasukan timor leste dan afghanistan sebagai pesaing utama. senang nak belasah. senang nak tulis kat surat khabar besar2.
    Malaysia garang macam harimau.

    senario bolasepak malaysia lagi kelakar dari aksi badut.

  4. tunggu ajelah keputusan mesyuarat lepas cuti raya cina nanti. apa nak jadi lah dengan bola tanah air ni.

  5. yep ! tengok mensyuarat tu dulu.

    aku tak marah sangat dengan pasukan negara.
    diorang bukan turun berlatih hari2 supaya dibelasah. Tapi Itu je tahap terbaik yang mereka boleh lakukan dengan stamina, teknik dan taktik yang ada.
    bolasepak Malaysia perlukan revolusi menyeluruh.

    tapi aku paling meloya dengan orang media.
    Tahulah semangat patriotik, tapi biar realistik.

  6. @insan kerdil: xamal pun rasuah.. Huhu..

    @Ixora: Huhu.. Ulasan merapu.. Ermm, happy CNY!

    @adiospunk: Malaysia memang garang macam rimau.. tapi anak rimau je la (kucing).. haha..

    @syarat: Lepas CNY rasanya, pemain kita lagi hebat.. Sebab makan limau banyak2.. Huhu..

    @adiospun, again: Patriotik pun, patriotik la jugak.. Kita kritik sbb nak bagi bola sepak kita ok.. Bukan KO.. kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: