Birthday Mengikut Kalender Islam

kalender

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari tanggal 5hb Februari 2009 masihi bersamaan 9 Safar 1430 hijrah <— betul ke tarikh aku ni? ^_^ . Agak-agak kalau salah pun mungkin tak menjadi masalah kerana kita lebih gemar menggunakan tarikh kalender masihi berbanding tarikh kalender hijrah. Entri aku kali ni ingin menyentuh sedikit berkaitan kalender Hijrah atau juga dikenali kalender Islam.

Kalau aku tanya sikit berkaitan permulaan kiraan kalender hijrah ni, ada tak yang boleh jawab. Mungkin ada yang tidak dapat jawab persoalan kerana kurangnya pendedahan berkaitan kalender Islam ni. Secara umumnya kalender hijrah berdasarkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Ada lagi sebab lain dalam mewujudkan kalender hijrah ini tapi secara mudahnya bila kita sebut kalender hijrah kita boleh membayangkan peristiwa hijrah rasulullah. Penting ke kalender Islam ni? ^_^ Mungkin tak penting sebab cuti umum, cuti sekolah, segala macam cuti kita hanya rujuk kepada kalender masihi. kalau anda, anda dan anda berfikir macam tu aku rasa korang tak layak untuk menyambut hari raya puasa. Selain dengan melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh hari raya puasa, kalender hijrah juga digunakan untuk rujukan bagi penetapan hari bagi hari raya puasa atau 1 Syawal setiap tahun.

Aku rasa cukup sudah cerita berkaitan kalender hijrah. Aku nak hubungkan sikit dengan kehidupan kita. Kebiasaannya kita akan mengingat tarikh lahir kita. Aku pun ingat tarikh lahir aku. Aku telah dilahirkan pada 11hb September 1988. Tapi kalau aku tanya diri aku sendiri bila tarikh lahir aku dalam kalender hijrah, aku sendiri tak boleh nak jawab ^_^ ish..ish..ish..teruk betul aku ni. Aku berkesempatan mencari converter yang dapat menukar tarikh lahir kalender masihi atau apa-apa jua tarikh kalender masihi kepada tarikh kalender hijrah. Dapatlah aku tau tadi yang aku ni lahir pada 21 29 Muharram 1409.

Sebenarnya kita juga boleh melihat personaliti kita berdasarkan bulan kelahiran kita mengikut kalender hijrah lebih kurang sama macam kita baca personaliti mengikut zodiak kita. Tapi bezanya kita guna kalender hijrah. Di sini aku lampirkan personaliti berdasarkan bulan pada kalender hijrah.

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Courtesy: Isu dan Berita Hangat.blogspot

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 5, 2009, in Ilmu. Bookmark the permalink. 37 Komen.

  1. Bro, kebetulan 2 minggu lepas aku baru check besday aku dalam kelender islam..

    Aku lahir pada 4 rejab 1407 hijrah.. Dan besday Islamic untuk aku tahun ni ialah pada 28 Jun 2009..

    Huhu.. Memang betol.. time kecik2 aku memang nakal giler.. Suka kacau orang.. Mak aku dan jiran2 pening dengan sikap aku.. Hehe.. Dan bile besar, aku dh kurang nakal.. Hehe..

    Btol la apa yang dikatakan tentang aku yang lahir di bulan rejab..

  2. @Mr.Bilik Sebelah: huhuhu..tak disengajakan nak wat post ni..hehehehehe..mcm 2 ke, tp xpe, ayat yg akhir 2 best “hidupnya akan selamat dan sentosa” 🙂

  3. @avataraang: Amin.. Moga2 selamat dan sentosa lar.. Hmm,takda ape2 komen dengan personaliti bro? Hehe..

    Ermm, kemana lama menghilang? Kat maktab pun xnmpk..

  4. @Mr.Bilik Sebelah: “Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.” alhamdulillah, ape yg dinyatakan berlaku dalam hidup aku 🙂

    mane ade menghilang, ade la. aku x ke mana pun. aku ade nmpk bro jgk. tapi xdpt sempat nak tegur disebabkan sebab2 yg xdapat dielakkan. 😀

  5. @avataraang: Haha.. tak sempat nak tegur sbb yg xdapat dielakkan ke, tak sempat nak tegur sbb nak elak dari jumpa.. hehe.. gurau ja..

  6. @Mr.Bilik Sebelah: aiseh..yg sebab kedua 2 xdisokong la..hehehehe..xde hal pnye kita kan selalu bergurau 😀

  7. hahhahahhahahahh amin………….baik, dalam bulan aku nie……

  8. Azq: amin.. harap yang baik ajer..

  9. berpewatakan pendiam?

    hum…hurmm…suspicious!kah kah kah

  10. @lydiarayyan: huhu.. tak semuanya tepat..

  11. sebaliktabir

    Aku memang banyak berfikir..sampai letih tak terfikir…bagus juga korang dapat benda ni..aku memang cari..maklumlah, takkan tahu bila lahir dalam kalendar shamsiah je…qamariah pun kena tau juga.

  12. @sebaliktabir: anda memang seoarng peikir yang hebat..betul 2 kita kne juga tahu benda2 dari sudutyg berbeza.

  13. Nak Taw Ler??

    ello everybody…sy br terjumpe blog nie…nak taw la nak semak tarikh besday melalui kalender islam camner?? plz….thanks 😀

  14. Nak Taw Ler??

    aiseyman, bodoh la aku ni….x baca abes…rupenya dah dsediakan cnverter….malunya….ish3 😥

  15. @Nak Taw Ler??: link 2 kecik sgt kan..sori ye..tapi ade kat situ..cari je la..biasa kadang2 kita xperasan sesuatu benda 2. 🙂

  16. Mmmm….menarik info yg diberi….
    hehhe…pangkat besar….alhamdulilahhhh kalu dapat….
    sumer nya tak mustahil…..

  17. Muharram

    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

    sama laa mcm personaliti saya…haha

  18. la..nape kte pnye bln buruk bna bunyiknye..10/10/91=1/4/1421..ni nqk chedey ni..=(

  19. -----photographer-----wf---

    Rejab
    Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
    harap2 begitulah hendaknye………
    selamat slaloo

  20. betol3!!!!!!

  21. sy lahir pd 21 februari 1991……
    ape bulan islam sy ea??

  22. saya dri Indonesia, sya berterima ksih.
    sudah dpat materi macam ni. . .
    lumayan buat tmbah ilmu sikit2. . .

  23. kdang2 converter slalu silap…

  24. mcm x leh caye jer ni…

  25. hati yg keras boleh dilembutkan dgn zikrullah n taat kepada Allah…
    xde istilah org yg bodoh…manusia semua pandai..tapi yang membezakannya adalah tahap usaha seseorang. if seseorang tu malas berusaha, maka sikit la yg dia dapat…so tu bukan bermakna dia bodoh or what…

  26. huhuhu….rabi’ul Awal…asl sume sift bruk…skdr bce..tp xlh caye…khurft..kn3..

  1. Pingback: DAY 1 : A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself « Shaze's stupid notion

Tinggalkan Jawapan kepada Nak Taw Ler?? Batal balasan