Anggota Badan & Saiz Pakaian

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan semua pengunjung biliksebelah.wp . Jumpa lagi kita dalam entri terkini blog ini. Negara kita sedang hangat lagi dengan isu politiknya, tapi aku rasa tak perlu aku memberi komen atau menulis entri berkaitan politik in. Bukan bermaksud kami di sini lemah politik tapi hakikatnya terlalu banyak blog-blog yang wujud dan isu di dalamnya berunsur politik negara. Bagi anda yang mahu mengetahuinya carilah ia.

Hari ni aku tak nak melalut berkaitan politik tapi aku mahu bercerita sedikit tentang kehebatan Allah S.W.T. mencipta sesuatu di atas muka bumi ini. Aku ingin bercerita berkaitan saiz pakaian dan anggota badan. Secara umumnya anda tahu jika tubuh badan kecil, pakaian yang dipakai pun agak kecil sedikit berbanding dengan sesorang yang bertubuh besar. Kalau nak beli pakaian kita akan mencubanya di dalam fitting room. Tetapi ada cara unik kita dapat gunakan semasa ingin memilih saiz pakaian.

Cara pertama:

Menggukur pinggang seluar menggunakan leher. Mungkin cara ini sudah pernah didengar terutama kalau anda seorang lelaki. Cara untuk melakukannya, pegang hujung pinggang seluar yang telah dikancing. Kemudian, ukur pinggang seluar pada leher anda. Jika tangan anda dapat bertemu dengan baik, maknanya pilihan ukuran pinggang kita sesuai. aku pernah cuba baru-baru ni. hasilnya pinggang aku bersaiz 30. Fakta menarik kat sini ukur lilit pinggang lebih dua kali ganda ukur lilit leher kita.

kaki dan tanganCara melakukan ukuran panjang kasut menggunakan lengan.

Cara kedua:

Ukur kasut menggunakan lengan (pergelangan tangan hingga siku). Cara ni mungkin kurang didengar tapi hal ini benar. Cara untuk melakukannya dengan ambil kasut dan ukur pada lengan. Jika sama panjang maka saiz kasut itulah yang sesuai dengan anda. Fakta menarik kat sini, panjang lengan kita adalah sama dengan panjang kaki.

Sebenarnya banyak lagi perkaitan tubuh badan dengan cara mencari saiz pakaian. Jadi marilah kita mencari. Allah s.w.t maha mencipta. Setiap ciptaannya ada keistimewaan tersendiri. Cukup sampai sini, jumpa lagi ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 8, 2009, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. Eh bro, entri ni aku pernah bace kat blog orang lain.. Huhuhu… Ckp betol2, ko cedok ke aper ni?? Hehe..

    Aku bkn ape, kang orang tu jumpa, xpasal dia marah.. kalu ko ceduk, letak la link.. kalu x,xpe.. ok? Jangan terasa aa.. (“,)

  2. aku buat aktiviti ukur kasut u kat kedai..org pandang serong saje..kurang ajar betul..mesti ingat aku gile..

  3. @lydiarayyan: diorang jeles la 2 u nak beli kasut baru..hehehe..kalau nak ukur gne cara ni pun jgn la terang-terangan sangat😀

  4. @Mr.Bilik Sebelah: la ye ke..ni la idea asli aku setelah dah lame cedok idea org je..kat blog mane? cbe bagitau skit..xde ni aku wat ori idea aku..kalau ade org pnye aku mintak maaf..gambar pun aku amik sendiri 2..

  5. @avataraang: yeke? Aku tak ingat kat blog mana.. tapi btol ni, memang aku pernah bace.. Gambar tu aku tau ko ambik sendiri, tgk kaki pon aku kenal.. haha..

  6. dua-dua cara penah dengar cuma tak apply dlm kehidupan je. kalau bab kasut tu, saya terus sarung kat kaki je. lagi senang. hahahhaa. siap boleh try jalan2 lagi.. kui3

  7. Kaki tuh dah basug belum sebelum ambik gambar? keke…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: