Tak Payah La Bersukan!

Bila menyebut pasal sukan, ramai yang suka main bola kan? Ada yang main badminton la.. Ada yang main tenis la..

Aku? Aku memang tak minat bersukan.. Kalau main game bola tu, boleh la lagi nak minat.. Kalu tengok2 berita tentang sukan, aku suka tengok bile ada GGGGOOOOLLLLL!!! aje..

Ramai orang kata, dari tidur je, baik bersukan.. Pergi main bola petang2 kat padang.. Sukan tu lagi bagus, kuarkan peluh, badan sihat.. Hahaha.. Ya, memang ya sume tu betul.. Tapi kebaikan time tu aje.. Bukan kebaikan time tua karang.. Kenapa aku kata macam tu?

Fikir elok2 ek.. Korang main bola2, korang asyik berlari2.. Sepak sana sepak sini.. Lutut korang tu ada bahan pelincir.. Bila korang dah selalu pakai, nanti tua karang, bahan tu dah habis.. Sebab tu, bila tua nanti, korang akan rasa sakit lutut la.. Sakit sendi la.. Nak bangun pun tak boleh..

Seterusnya, ramai pemain bola yang injured.. Betol? Kalau tak nasib baik, korang alami kecacatan kekal.. Memang la tak nampak sekarang, tua karang? Patah sana la, patah sini la.. Lebam sana, lebam sini.. Luka sana, luka sini.. Budak2 laki ni main bola confirm la ganas.. Mana ada main macam nyah.. hehe..

Another one, korang main bola petang2.. Lepas main confirm letih kan? Bagi pelajar2 macam kita orang ni, malam tu la masa nak wat assignment.. Kalau letih dan penat, macam mana nak wat keje? Nak buat siang2? Hahaha… Korang tidur ada la..

So, thats my opinion on sports.. Kalau main chess ke, main dam ke, ok lagi..

Korang tak payah la nak kutuk aku, budak lembik.. Aku pun ada jugak spent time nak kuar kan peluh ok! Tak payah la aku cerita apa aku buat.. Yang aku tahu, sukan memang tak bagus.. Hehe..

Tak percaya? Hah, tengok video dibawah sebagai buktinya.. So,its up to you!!

SELAMAT BERSUKAN!

Posted on Februari 24, 2009, in Arena Sukan, Kesihatan, Renungan. Bookmark the permalink. 13 Komen.

  1. AMARAN:

    Entri ini TIADA KENE MENGENE dengan Faizol. Maaf pada dia, aku tak sempat melawat beliau yang sakit.

  2. well, pd pendapat aku bukan xpayah bersukan langsung. Bersukan@keluar peluh tu penting utk manusia tapi pasti ada batasnya kan.

  3. Pigidah,

    Ketua kelas pun tak pi larian mesra.

    Hahahaha…

    Bersukan tu penting din. Untuk dapatkan stamina ketika di ranjang, eh silap, ketika mengajar.

    lagipun, kita kan cikgu PJ. =D

  4. ala…main chess sambil melompat boleh berpeluh ape?

  5. eleh…
    mentang2 la hang dok ‘tuttttt’ jer dlm bilik..
    memang la..
    huhuhu..len kali trun padang..
    kembalikan zaman kegemilangan hang mcm dlu..

  6. bat sgt mengarot…haha…anyway,ade baeknye sukan..bkn xde benefits lgsg..tp kalo nk brsukan pon biarla brpade2…safety 1st ok…

  7. @Adyri: Betol2.. Tapi kalu nak sihat, tak semestinya kne bersukan kan? Naik basikal pun ok jgk.. Hehe..

    @Bat: Weh, hang nak kene ban dari BS ke? hehe..

    @lydiarayyan: Ada ke orang main chess sambil melompat? hehe..

    @izie: What do you mean by “tuuuuut”??

    @angelic atirah: Yup, safety.. But how you will know that you are safe? This is KL you know..

  8. ooo,
    panas entry nie.
    beth tahu, abg batt turun larian mesra untuk pau makanan jer. hikhik. sport have a big wide definition. choose sport that suitable to ourselves.

  9. @lingelizabeth: Tak la panas sangat.. Hehe.. Hmm,btol2.. bat datang sbb nak makan nasi goreng ayam je.. hahaha… Hmm, sport dat suitable.. Erm.. Susah nye nk pilih.. haha…

  10. bersukan xslh..bersukan ade baik dan ade buruknye.kalau xbersukan pun same jugak ade buruk dan baiknye..terpulang la pada anda semua..pada aku aku bersukan(berjogging je) utk membakar lemak2 pada bahagian2 tertentu pada badan. kalau duk dalam bilik je pembakaran lemak berlaku dengan perlahan..đŸ™‚

  11. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamualaikum…

    Terima kasih atas kunjungan saudara ke laman saya. Salam kenal dan semoga beroleh kebaikan atas setiap pemikiran yang dituangkan kepaparan maya ini. Info yang sangat menarik dan tulisan yang baik. sila teruskan untuk manfaat dan hidangan mental juga rohani. kesepaduan ilmu ini penting untuk membentuk jiwa dan akal yang sihat.

    Semua jenis sukan mempunyai kebaikan tersendiri, kelemahan dan minat sesiapa atasnya. Cuma kita harus tahu menghargai kesempatan yang masih ada dalam tiap ruang kehidupan untuk diiisi perkara yang berfaedah. Manusia dianugerahkan keinginan yang berbeza tetapi fitrah yang sama iaitu sukakan apa jenis aktiviti yang mengembirakan cuma cara yang bagaimana harus dibuat, tertakluk dengan minat sendiri.

    Dalam islam…Rasulullah saw sangat menggalakkan permainan lawan pedang, menunggang kuda, berlari, berenang, memanah dan beradu kekuatan. Semua aktiviti ini menguji kekuatan fizikal dan mental secara serentak. Mungkin permainan zaman teknologi kini berbeza dengan apa yang disarankan oleh Rasulullah saw. semoga pendapat ini boleh diterima sebagai rasional seorang ilmuan yang memahami konteks ilmu. Salam hormat selalu dari UKM, bangi.

  12. @avatar aang: Tidur pun membakar lepak ape? Hehe.. Eh, mana post baru? Lama menyepi!?

    @Siti Fatimah Ahmad: Terima Kasih kerana memberi komen.. Saya bukan tak bagi nak sukan.. Boleh sukan, tapi kalu boleh jaga la keselamatan.. Lagi satu, kalu nak sihat, tak semestinya kene bersukan.. Berkebun, buat keje rumah, basuh kereta, buat aktiviti sukarela.. So, orang tak bersukan tak semestinya tak kuat fizikal dan mental..

  13. salam
    waduh asalkan rasul pon bersukan macam mana tu?..Aku penah tak bersukan balik keje on pc main game kul 2 pg baru nak tidur hari2 mcm tu selama 2 thn..Hasilnya memang diluar jangkaan..Aku dapat bonus extra size pingang gan perut hehehe..Bil elekterik aku melambung sebab selalunya lepas kul 2 main game bukannya leh tidur sgt terpaksa la layan astro..huhu cermin pon terpaksa beli baru kasi size lebar sikit hasil pipi ku yg mcm dipam2 membersar..So aku kurang aktiviti2 sosial ku didalam rumah terus bersukan..ni dah nak masuk 1 thn tak kira la ape2 sukan aku sebat..badminton,futsal,pinpong dan joging tu tiap2 minggu aku redah je..klu tak sempat aku luangkan masa singah di shoping2 complex bwk aweks aku jalan2..fuhh memang la minah ni pantang ajak jalan mau tercabut buku lali aku folow dia ni…kira tu pon bersukan la, bayang kan dari bukit bintang sampai la pertama complex jalan kaki jo hehehe..emm sebab ape aku bersukan emmm rasanya selepas arwah kawan sy terkena serangan sakit jantung pada usia 31 al-fatihah..Fikir2 kan la klu bersukan and then tua nanti sakit lutut bersukur la kerana anda masih dipanjangkan umur lagi..tp klu tak bersukan peratus nak sampai ke tua tu berape besar yea..ajal maut di tgn tuhan..i follow…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: