UMNO, PKR, PAS: Jangan Jadi Bodoh!

Alahai.. Alahai.. Aku dah jelak dah.. Bukak blog, mesti ada kisah politik.. Sejak Mac tahun lepas, blog2 macam ni makin banyak.. Sebabnya? Makin ramai orang cari..

Kalau setakat cerita apa yang berlaku dalam negara, aku tak kisah.. Korang sume berhak tahu.. Tapi, bile sampai tang komen, pergh.. Hampeh sume.. Komen yang diberi macam orang tak bertamadun..

Bukak blog UMNO, confirm bdk2 Umno puji macam2.. Tapi, orang pembangkang pulak bg komen “celaka, penipu… dsb”.. Eh2, what is this?

Sama la jugak kalu bukak blog PKR, orang PKR mesti sokong apa yang ditulis, tapi orang Umno pulak, nak kutuk2.. cakap itu ini.. Sama la perkataan seperti diatas tu..

weh, JANGAN JADI BODOH la..

Korang taksub sangat dengan pemimpin politik korang.. Padahal kalau korang tengok betul2, sume tu sama je.. Pemimpin akhir zaman! Tak payah la nak agung2kan diaorang.. Dan tak payah buat dosa kutuk2 orang..

Kalau korang agung2 kan pun.. defend dia bagai nak rak.. aku nak tanya, diaorang kenal ke kau??? Hah? Dia ada bg penghargaan dan anugerah?? contoh: “Anugerah Back-Up Pak Lah” tak pun “Anugerah Defend Anwar”

Tak ada! So… JANGAN JADI BODOH.. Tambah dosa hari2 keji orang.. Pastu agungkan orang yang ntah betul ntah tidak.. Jangan di sokong orang yang kita tak tahu baik buruk.. Sekarang ni muka tembok dan muka berlapis pun boleh jadi pemimpin.. Lagi pun salah korang jugak, pegi undi diaorang…

Ingat ya.. Pada akhir zaman, orang hina akan diangkat menjadi pemimpin!

Jadi la bijak macam aku.. Just see, and analyse.. Then make a right choice at the right place.. Pada hari Mengundi! Cakap2 sekarang pun tak ubah apa2..

Posted on Februari 27, 2009, in Khas, Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 22 Komen.

  1. Blog ini bukan blog POLITIK..

  2. Thumbs up !!
    Ternyata ada juga orang yang sependapat dengan aku.

    Sama macam kau, aku dah tak larat baca komen-komen mereka di blog politik.

    Kalau dah fanatik, yang hitam diputihkan dan yang benar pula dikaburkan.

    aku lagi suka baca blog awek putus cinta ataupun blog-blog yang merapu.

  3. @adiospunk: Macam mana caranya kita nak boikot blog2 macam ni di wordpress? Ada idea?

  4. Zaman fitnah berleluasa…petanda kiamat semakin dekat khai…kalau kita perhatikan bukan sahaja di negara kita tercinta ini…kan? Satu lagi diaorang ini lupa, “Hubbul wathoni minal iman”(Cintakan Negara sebahagian dari Iman). Ini tak, macam-macam benda diaorang buat nak hancurkan negara sendiri… -Nasihat khusus untuk seagama dengan aku- Kita teruskan je khai dengan agenda ilmiah kita….😉

  5. Itu namanya politik sempit

    Sokong semua bulat-bulat dari pihak sendiri, tentang semua yang berkaitan pihak lawan.

    Sepatutnya perkara sebegitu tak perlu wujud.

    Ada perkara yg org BN dan pakatan boleh setuju bersama.
    Ada orang BN pun boleh setuju agenda pakatan dan orang pakatan pun boleh setuju agenda BN.

    Isu PPSMI agak menarik.
    Tak semua orang Pakatan sokong mansuh PPSMI
    Tak semua orang BN sokong PPSMI.

  6. @sebaliktabir: Bagus lah.. Ramai jugak sependapat dengan aku.. Kita boikot je blog politik ni..

    @Hasbullah Pit: PPSMI dah lama dah ada.. Tak salah sejak 2002.. Dah 7 tahun, baru nak gaduh.. Alamak aii.. Modal politik namanya..

  7. ha..hai!
    assalamualaikum.
    aku paham maksud ko khai.. aku lalu je, aku dah tecium bau apa yang ko masak. rasa sket bleh?..
    biasala.. teh cakap dia ada ummph!, kopi cakap dia lagi ada ‘kick’ sibukla pi gaduh. padahal dua dua sama je.. asal lagi pokok. dia tak ingat, kalau takde air, pokok dia pun tak boleh idup.. apalagi nak dibuat minum!
    aku, dua dua aku minum, melainkan kalau dah luput tarikh. seskali makan limau. .. dapat gak airnya!
    Tak yah la nak bengkek bengkek, ..biar je!

  8. @auzi: waalaikumsalam.. Aku faham maksud kau tu.. Betul la, tak kisah minum air apa, asal dapat minum kan? Tapi masalahnye sekarang, aku tak kisah diorang atau sapa2 nak minum air teh ke kopi ke milo ke, yang aku runsingnya, tak payah la nak komen air teh tak sedap kalu tak suka.. Tak payah nak kondem air kopi tak best, kalu tak nak minum..

    Ape pun, minum la nescafe.. haha..

  9. Khairudin:

    Memang PPSMI dah lama,
    Tapi parti politik tak begitu serius.

    Kali Ini, Golongan Mahasiswa yang membangkitkannya, mereka heret golongan akademik dan politik duduk sepentas.

  10. memang aku setuju dengan kau.
    semua mahu tegakkan benang basah masing-masing.

  11. @Hasbullah Pit: Boleh ke golongan politik berdebat dengan golongan akademik… Hehehe…

    @alone: tambah lagi 100%, jadikan 200%!

    @qdetective: Betul2.. Satu benang merah, satu benang biru, satu benang hijau.. Semua basah.. Lupe pulak, satu benang dah jadi roket..

  12. tahniah aku ucapkan pada khai sebab berjaya menulis entri pertama berkaitan politik.hehehe.aku sokong pandangan khai.xgne kita saling menghina kerna perbuatan 2 tambah dosa je.dah la kita xtau brape byk pahala kita lagi mau cari dosa.tapi kadang2 aku tergelak sebab melihat gelagat orang malaysia yang macam 2.ktapi sekali2 aku terfikir ape la nak jadi dengan malaysia kita.🙂

    Jadi la avatar yang ingin menyelamatkan dunia ^_^

  13. @avataraang: walaupun avatar aang dalam kartun hanya fantasi, tapi kita boleh menjadikan ianya realiti.. hehe..

    Ini bkn entri politik.. Haha.. Sebab aku tulis entri ni ialah kerana aku geram gle tengok blog politik.. Ceh.. Ada blog tu, copy paste dari akhbar2 aje.. pastu edit2 skit..

    Tak mencerminkan bloggers sejati..

  14. biarlah… kalau tak suka pun, carilah blog lain…

  15. biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya

  16. pernah tak sesiapa kaji sebenar2nya siapa yg mencipta apa yg kita gunakan sekarang; demokrasi dan politik……
    kalau diikuti secara ke belakang korang akan jumpa satu persamaan antara dua ini; penamat untuk setiap permulaan, sama ada baik atau buruk.

    ada ahli politik duk sibuk canang mereka masuk politik demi rakyat, mereka mahu kuasa kerana rakyat tapi persoalannya adakah itu yg rakyat mahukan?adakah itu yg rakyat impikan? adakah itu yg kita, rakyat sebenar-benarnya katakan pada mereka?

    kalau kau mahu kuasa bukannya dgn meminta dari rakyat tapi dgn tidak berkata apa2 pun rakyat sudah mahukan kau.hatta sekalipun kau tahu kuasa itu ada depan mata dan kau rasa itu betul sekalipun,kau tetap tidak berani mengatakan ya pada kuasa.

    itulah ‘ahli politik’ sebenar-sebenarnya!korang fikirlah apakah watak sebenar pemimpin2 politik di Malaysia nie……

  17. Akhir zaman?pelik?akhir zaman!berapa lama lagi ke akhir zaman?umur dunia dah berjuta2,berbillion tahun,kenapa sekarang baru nak sebut ‘akhir zaman’Betul ke dah akhir zaman?Yang aku faham orangny itu yang akhir zaman sebab nak dekat usia kematian masing2.Akhir zaman milik individu sebab nak akhir hayat masing2.

    • ko bercakap mcm ko xbelajar agama…
      allah suruh kita kaji…so, kaji la…jgn ko main ckp je…
      nama ko da nak ala2 wali songo…
      nabi muhammad sendiri da ckp dunia ni 1500 tahun je lagi tinggal.. skang di da tahun keberapa hijrah?balik mengaji dulu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: