Keganasan: mana-mana je

Salam sejahtera pengunjung biliksebelah.wp. Diharapkan semua dalam keadaan yang baik dan tenang setelah membaca tajuk untuk entri kali ini. Aku berharap pengunjung dan pembaca entri ini tidaklah yang jenis ganas-ganas dan entri ini tidak menetapkan had umur pembaca kerana tiada unsur-unsur ganas yang akan diselitkan dalam entri ini (rating “U”=untuk bacaan semua lapisan masyarakat) ^_^ Aku cuma ingin memberi respon dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita.

ganas

Terfikirkah anda semua bahawa sekarang ini di mana-mana ada saja keganasan berlaku. Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ni? Tak kira yang muda, yang tua, pelajar, menteri kat dalam negara, kat dalam negara ada saja unsur-unsur ganas yang terselit pada lakuan setiap orang. Subhanallah, apa nak jadi dengan dunia kita sekarang ni.

Kalau sebulan yang lepas kita gempar dengan puncak keganasan yang telah dilakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, tapi Alhamdulillah isu ini dah kian reda. Namun nasib rakyat PAlestin masih belum lagi terbela hingga hari ini. Tak perlulah aku nak mengulas panjang tentang hal ini kerana perkara demikian berlaku di luar negara kita.

ganas2

Aku ingin menyentuh dengan apa yang berlaku hampir dengan kita sekarang ini. Yang tua tak reti lagi nak tunjukkan contoh yang baik pada ang muda. Yang muda menganas sesuka hati saja. Isu di Perak kini kian menjadi-jadi. Aku tak nak cerita hal ini lebih mendalam kerana aku tau anda semua telah pun tahu lebih dalam daripada apa yang aku tahu (aku ni bukan buta politik tapi cuma tak berapa gemar mengulas isu politik) Hari ini di Perak telah berlaku satu perlakuan yang agak ganas di mana satu perhimpunan telah diakan. Aku kategeri tindakan ini ganas kerana Skuad Polis Simpanan telah dikerahkan supaya menjaga kawasan tersebut.

Tadi tu keganasan yang orang-orang tua lakukan. Aku nak sentuh pula dengan keganasan orang muda atau dalam konteks pelajar pula. Sebelum ni ada satu kes pergaduhan yang melibatkan 24 orang pelajr memukul seorang pelajar disebabkan teman wanita. Baru-baru ni 10 orang pelajar terlibat memukul pelajar disebabkan mencuri. Ganas sungguh pelajar sekarang. Kepada bakal-bakal guru, semuga berhati-hati dengan keadaan ini. Murid sekarang lagi ganas dari gurunya sendiri ^_^

Namun pada aku, aku tak rasa hairan dengan keganasan yang berlaku dalam negara kita sekrang ni. Apa taknya, yang tua pun tak reti-reti nak tunujk teladan baik pada yang muda. Yang muda apatah lagi, darah manis masih megalir deras dalam diri. Namun begitu, sering aku berdoa semoga mereka ini diampunkan dosanya. Aku harap mereka sedar apa yang mereka lakukan.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Mac 3, 2009, in Komentar, Renungan, Semasa. Bookmark the permalink. 16 Komen.

  1. Gambar penumbuk tu pun ganas la.. haha..

    Hmm, betul tu bro.. Baru aku tersentak.. Mmg sekarang ni makin ganas orang2 kat dunia ni.. Agaknya mereka suka kot keadaan macam perang dunia 1 dan 2.. Berbunuhan sesama sendiri..

    Tak ada tamadun langsung.. Apa nak jadi..

    Bak kata pepatah ala2 Karam Singh Walia,

    ” Anjing takutkan kucing, kucing takutkan tikus, maka tikus bermaharajalela merosakkan harta..”

    Haha..

  2. @Khairuddin: gmbr pun ganas ke..ala mcm mne nak ltk gmbr xganas.hehehe. aku suka kat pepatah 2..hehehehe

  3. sebaliktabir

    avataraang, betul la apa yang kau ulas tu. Keganasan bermula dari yang tua, dan mengambil contoh melalui teladan oleh yang muda pula. Aku sendiri semakin bosan dengan sikap sesetengah YANG BERHORMAT tapi langsung TIDAK MENGHORMATI orang lain termasuklah hak bersama/individu. Tidak salah andai aku labelkan sahaja YB=YANG BIADAP.

    Tuntutan jalanan seperti itu melambangkan seolah-olah mereka itu tidak langsung menghormati hak orang lain.

    Inikah kepimpinan melalui tauladan yang kita mahu? Fikir-fikir…

    Ustaz aku cakap :
    “Saya adalah YB. Iaitu YANG BERSARA,sebab saya mengajar atas tiket kontrak.Dah bersara lama dah”.
    😉

  4. @sebaliktabir: buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi..hehehehe🙂

    terlalu banyak yang boleh di akronimkan bagi YB..tapi lebih baik kita amik maksud yang baik2 je la😀

  5. sebaliktabir

    Aku YB….Yang Bosan sebenarnya… Sentiasa berdoa’ agar keamanan,kesejahteraan dan Islam sentiasa terpelihara.
    “Hubbul wathoni minal Iman…”

  6. @sebaliktabir: semuga doa anda dimakbulkan hendaknya🙂

  7. yang biadap?
    hehehe…
    i like…

  8. Mana tuan punya entri ni.. Orang komen buat dek je.. hehe..

  9. Biasalah tu…..
    Semua manusia dari keturunan ajam ni, dalam dirinya ada Syaitan, kena hasut sikit aje jadilah IBLIS…. Itu yang panas tu……
    Kerana itulah diturunkan Nabi bawak agama untuk sekelian manusia, tak mau ikut nabi nak ikut yang lain pulak…. terimalah seadanya, pandai=pandailah selamatkan diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: