PPSMI: Apa Pandangan Guru, Bakal Guru, Bekas Pelajar dan Bapa!?

Semalam, pada waktu 11 malam.. Empat orang sedang enak berbual2 dibawah pangkin JU 5/1 Taman Jasa Utama yang terletak di Selayang..

Tiba2, terdetiklah mereka untuk membincangkan isu PPSMI yang sedang hangat di’bangkangkan”..

Seorang daripada mereka ialah Guru di Sek Menengah,  Seorang lagi adalah bakal guru, Seorang lagi bekas pelajar sekolah dan seorang lagi ialah bapa kepada 3 orang anak..

Nak tahu apa kata mereka?

———————————————–

Guru:
PPSMI ni bagus.. Ia bagi murid2 kat sekolah tu biasa dengan BI dalam Math dan Science pada peringkat awal.. Tapi, berapa ramai guru Math dan Science ni yang betul2 cekap berbahasa Inggeris? Kebanyakkan cikgu2 lama ni yang dah biasa mengajar dalam BM jadi kalut, tiba2 nak ajar dalam BI..

Murid2 lagi la, kadang2 sepatah haram pun tak faham apa yang cikgu cakap.. Mereka tahu yes, no, alright, thank you dan gudbye.. Hehe.. Kesian mereka.. Lebih2 lagi kalau budak2 kat pedalaman sana.. Budak2 yang duduk berhampiran dengan bandar pun ramai yang tercicir.. Budak2 di sekolah pedalaman tu, mana ada pendedahan yang cukup dari rumah untuk belajar BI.. Betul? Jadi macam mana la mereka nak faham?

———————————————–

Bakal Guru:
Aku pun tak la fluent sangat dalam BI, boleh je aku masuk U dulu.. Hah, doktor2 sekarang ni, jurutera sekarang ni semua time sekolah dulu belajar dalam BM.. Boleh je mereka jadi doktor, engineer.. Kan? Tak payah pun nak berBI dalam math dan sains dulu..

Sekarang ni, korang cuba fikir ek.. Dulu, budak2 yang tak pandai BI ni, dia orang ada la jugak peluang nak berjaya dalam subjek Math dan Sains kat sekolah.. Sekarang ni, kalau budak tu tak pandai BI.. Secara automatiknya Math dan Science jugak akan terjejas.. Sebab mereka tak faham.. Dari 1 subjek yang kureng, sekarang dah boleh effect sampai 3 subjek.. Faham?? Silap2 3-3 fail.. Dulu dalam BM pun ramai yang fail..

———————————————–

Bekas Pelajar:
Dulu aku exam ada dwi bahasa.. Jadi kalau aku tak faham nak wat dalam BI, aku wat dalam BM.. Tapi, bila buat dalam BM, masalah pulak timbul.. Kat sekolah dulu cikgu asyik bagi perkataan khas dalam BI.. Bila nak jawab dalam BM, ah sudah.. Nak translate pulak.. Dah rugi masa kat situ.. Masa dalam exam penting.. Tak cukup masa, tak dapat jawab soalan..

———————————————–

Bapa:
Anak aku tu, kesian aku tengok.. Dia tak pandai BI, jadi soalan Math tu terutama yang subjektif mereka tak dapat faham.. Jadi macam mana mereka nak jawab? Bila aku translate balik dalam BM, laju je mereka kira.. Boleh buat.. Tu ok la aku boleh tolong.. Anak sedara aku kat kampung tu, tanya ayah mereka, kadang2 ayah mereka sendiri pun tak faham.. Macam mana?

Aku dulu SPM Gred 3 je.. Tak ada sapa nak pandang.. Sekarang aku dah jadi kontraktor.. Nak deal dengan orang, mesyuarat semua dalam BI.. Dan aku boleh je cakap dalam BI pun sekarang.. Dulu kat sekolah aku belajar dalam BM, dah besar ni boleh je speaking..

———————————————–

Yang dah baca, jangan salah faham.. Kami tak bantah PPSMI.. Tapi ini adalah sebahagian dari pandangan orang2 tentang isu ni.. OK? Memang, ada pro dan kon jika PPSMI diadaptasi di sekolah2.. Cume, apa yang kerajaan dan para pendidik perlu buat sekarang, kaji balik.. Tutup mana kelemahan.. Kami tahu anda mahu memajukan negara.. Ape pun, syabas buat penyokong dan pembangkang PPSMI..

Moga rakyat Malaysia lebih maju pada masa akan datang.. Pandanglah kehadapan.. Dongak sikit..

“Pandanglah dari Perspektif Berbeza”

Posted on Mac 7, 2009, in Khas, Komentar, Semasa. Bookmark the permalink. 15 Komen.

  1. moto “pandanglah dari perspektif berbeza telah kembali semula”🙂 hehehe..pasal PPSMI ni aku nak kata bantah tak juga nak terima memang la terima. pada aku kalau sains n math ni tukar balik BM aku ckp 1 perkataan je “D*mN” hehe..tapi aku harap sangat2 xyah la tukar lagi bahasa perantara untuk sains dan math. nnt akan ade lagi generasi yang teraniaya🙂

    • Motto tu hanya pada waktu tertentu ja.. hehe..

      Hmm, betul!

      Memang akan ada yang TERANIAYA! Budak2 sekarang yang dah belajar BI, kalau tukar BM, habis la.. Macam mana mereka nak ubah balik.. kan?? Terutama yang SPM.. Masa depan tu..

      Kalau nak tukar, bermula dari darjah satu.. Pelan2 tukar.. Maybe ambik masa 6-10 tahun..

  2. sebaliktabir

    Terima dan bantah! Pro kontra la. Apapun kita lihat natijahnya bukan dalam tempoh yang singkat. Kena long term baru nampak kesan. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Cepat atasi kemelut sedia ada. Lagipun sekarang dah banyak sentimen politik…benda ni dah 7 tahun…sekarang baru bising..nak gelak pun ada…macam yg BS kata, “Pandanglah dari Perspektif Berbeza”.

    • betul2.. dh 7 tahun, baru nak bangkit balik hal ni..

      aku teringat time form 4 dulu.. aku masuk debat, jadi pembangkang, tentang PPSMI ni.. hehe.. tapi aku kalah, sebab guru tu pun guru BI.. Konfirm la dia sokong math dgn sains dalam BI kan???

  3. ak xtau nak kate ape..sbb sume ni ak pro n kon..tp bgs gak kalo kite memartabatkn Bahasa Malaysia kn

  4. hmmm…mMg suMa ni aDa pRo n k0n…
    yG besTnya biLa dh tuKar dLm bi ni, suMe org keNe bLaja…
    mKSud ak, paRents, teachers N of c0urse La stUDents…
    ni pNgaLaMan aK tgK kt Kg ak La…
    paRents pN skRg tpKsE buKa dicTionRy sMate2 nK tLg aNak wat KeJe….
    heHehe….
    ciaN ak tGk….tp cM aK kaTe La…
    aDer pRO n k0N…..

  5. isu PPSMI ini dapat disimpulkan dalam sebuah ungkapan matematik mudah, yang disusun secara ilmu bersistematik [sains]

    iaitu:

    PPSMI: “Falasi minda” + “minda terjajah” + “Tamadun rendah”

    apapun isu ini sangat menarik untuk melihat bagaimana orang melayu berfikir dan tahap kebolehan org melayu berfikir dengan bebas dari ralat falasi.

    http://www.loluconagama.wordpress.com

  1. Pingback: PPSMI: Apa Pandangan Guru, Bakal Guru, Bekas Pelajar dan Bapa!?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: