Pendedahan yang terdedah??

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung biliksebelah.wp. Semoga kalian dalam keadaan yang paling superb hendaknya ^_^ Hari ini aku nak mendedah sesuatu yang lanjur (aku harap jangan tertangkap sudah la..hehehe). Apa yang terlanjur tu. Jom bersama-sama aku untuk merungkai apa yang ingin aku dedahkan ^_^

exposed

Pertama sekali aku harap janga la kalian fikir sesuatu yang lucahu ingin aku tulis dalam entri ini.  Sebenarnya aku cuma mahu menyatakan apa yang aku rasa dan aku perhatikan di sekeliling aku ^_^ Apa isu yang aku nak huraikan tu. Sebenarnya aku nak menyatakan bahawa terdapat kerugian yang dialami oleh generasi kini terutamanya yang senantiasa berhadapan dengan komputer, desktop, laptop, notebook, netbook, handphone, blackberry, PDFPDA dan apa jenis dan nama sekalipun ^_^

Kenapa aku berkata demikian. Mengikut pemerhatian aku, generasi yang sentiasa berdamping dengan gadjet-gadjet ini terdedah dengan berbagai kemungkinan dan permasalahan. Mari kita perincikan apa yang aku nyatakan. Kita lihat apa yang masalah-masalahnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

PERTAMA

Generasi masa kini akan terdedah dengan sakit ibu jari. Kenapa aku berkata demikian? hal ini disebabkan kekerapan generasi sekarang menaip mesej pada telefon bimbit mereka. Amatlah rugi generasi kini kerana pada masa hadapan mungkin mereka akan sedar bahawa ibu jari mereka akan sakit. ^_^

KEDUA

Pendedahan sesetrusnya adalah generasi kini terdedah kepada sakit pergelangan tangan pada masa hadapan. Kenapa? kerana orang sekarang terlalu banyak memegang tetikus dengan cara yang salah di mana hanya pergelangan tangan sahaja yang bergerak (aku pun buat macam tu jugak) terutama kepada gamer yang senantiasa bermain game yang memerlukan banyak pergerakan tetikus ^_^

KETIGA

Golongan sekarang juga terdedah kepada sakit mata (alamak dah silap susun pulak, tadi aku kata dari hujung rambut ke hujung kaki) ^_^ Sakit mata disebabkan apa, mestila disebabkan terlalu lama menghadap komputer, TV dan skrin handphone.

KEEMPAT

Yang terakhir yang mungkin orang tak perasan adalah generasi kini terdedah dengan sindrom punggung gemuk..^_^ hehehehe.Tak percaya dengan pemerhatian ni, cuba anda lihat generasi sekarang. betul tak punggung mereka besar? hal ini disebabkan generasi kini tidak banyak melakukan aktiviti fizikal. Jadi fizikal mereka akan berubah kerana terlalu banyak duduk di atas kerusi.

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Mac 12, 2009, in Budaya, Ilmu. Bookmark the permalink. 20 Komen.

  1. KELIMA

    Generasi kini lebih terdedah kepada budaya sakit telinga.. sebab dengar lagu kuat.. terutama yang pakai headphone atau earphone..

    KEENAM

    Generasi tua (ibu bapa) kepada generasi sekarang terdedah kepada sindrom sakit hati dan kering poket.. sebab anak mereka nak top up pun mintak mak ayh, bil letrik melambung sbb pasang komputer 24 jam.. dan sebab nak tukar HP ribu2 tiap2 6 bulan.. haha..

  2. hahahahaha.. pendedahan yg amat telus. boleh masuk edisi skuad siasat ni.kui3

    erm,yg ketiga tu saya rasa betul la. bukan setakat sakit mata, tapi rasa2 macam dah rabun pn ni. hmm..

    • sekarang dah tukar..dah bukan edisi siasat lagi..tapi talian hayat..harharhar😀

      mcm 2 ke, baik g cek mata. nnt kalau dah teruk susah cik ixora🙂

      • @ixora: Teringat PC dulu2.. ada protected screen yang bagi monitor tu nampak gelap skit.. supaya tak sakit mata.. ni dh pakai LCD, tak le letak.. wawawa.. Hmm, avataraang mmg leh jadi penyiasat.. haha..

        @avataraang: talian hayat?? Dh tgk slumdog millionaire?? Best siot..

        • betul 2 bro..dl aku pakai gak protected 2..hehehehe

          sekarang wan kamaruddin yang pengacara edisi siasat dah wat rancangan baru talian hayat..hehehehe.try la tengok2 kat ntv 7, hari rabu kul 9..kalau xsilap la🙂

  3. نورنانا

    pening paler, berpinar mata.

    ha, ini selalu jadik kat aku, kalo lama sgt mangadap komputer.

  4. sebaliktabir

    Aku rabun sebab ngadap komputer lama-lama…tapi bukan main game la… kerja…tanggungjawab…3 bulan kerja terus rabun sampai sekarang pakai cermin mata la jawabnya… Ni kira pendedahan diri aku sendiri la… hehehe🙂

  5. komputer amat berguna saat akhir nak hntr asignment tp jd tak guna bila dia jem tiba2 masa tgh buat assignment, hahaha..

  6. nk iklan sikit…dapatkan himpunan entri blog aku, “TongkangBocor : Setahun Berlalu” di http://tongkangbocor.wordpress.com

  7. berkenaan yg kelima tu…
    khai jeles sbb speaker die xkuat…
    hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: