Bekas Makan Plastik & Hayat Bumi

Salam sejahtera diucapkan. Bersyukur juga aku dapat mencuri-curi masa untuk menulis satu lagi entri dalam biliksebelah.wp. Apa yang aku nak tulis hari ni ada kena-mengena dengan satu peristiwa yang akan berlaku minggu ini ^_^. Tapi apa yang mengujakan aku untuk tulis entri hari ni adalah apa telah aku lalui di kampus aku sendiri ^_^

BEKAS MAKANAN PLASTIK

Ha…ini la yang telah berlaku pada aku tadi. Bekas makan plastik. Apa masalahnya dengan bekas makanan ni ^_^ tengahari tadi aku beli la makan kat kantin kampus aku. Biasa la malas nak mkn kat kantin biasanya kita akat ‘tapau’ je. Tiba-tiba roomate aku bagi aku satu bekas plastik menggantikan polisterin yang kita biasa dapat kalau beli makanan kat kedai-kedai. Aku pun rasa pelik la. Bekas tu kalau tak silap aku boleh tahan mahal jugak dibandingkan dengan polisterin. Aku pun tanya la pengusaha kantin tu tak de ke bekas polisterin, diorang kata dah tak boleh guna. Aku difahamkan Pengarah Kampus telah berkata-kata kepada pengusaha kantin untuk mengharamkan penggunaan polisterin dan beg plastik. Rupa-rupanya aku tak sedar telah berlaku satu kempen untuk mengurangkan@menghentikan penggunaan benda-benda yang sukar dilupus. Tahniah aku ucapkan kepada pihak kampus yang berjaya menguatkuasakan pengharaman ini. Aku salute sama pengarah dan orang atasan ^_^

HAYAT BUMI

Berbalik kepada tajuk yang aku tulis hari ni, seperti yang kampus aku telah lakukan adalah demi untuk memastikan kelangsungan hidup bumi kita ini satu aktivit@program yang akan melibatkan satu dunia akan berlaku tidak lama lagi. Program Earth-hour yang bakal berlangsung pada 28 Mac 2009 pada pukul 8.30 – 9.30 malam. Apa yang patut dilakukan? tak susah, kita cuma digalakkan untuk menutup lampu selama 1 jam pada waktu yang telah ditetapkan ^_^ Tak susahkan. Aku menyeru di sini mari la kita sama menutup lampu bilik masing-masing, bergelap untuk satu jam ^_^

Jadi apa pandangan anda? Kampus aku dah melakukan sesuatu untuk menyelamatkan bumi kita ni. Apa salahnya kita ikut program earth-hour  kalau kita cinta bumi kita ni ^_^

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Mac 23, 2009, in Semasa. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. wah..bagusnya pihak kampus..dah haramkan penggunaan polistrin..benda ni bukan je baik utk alam tp utk kesihatan jgk..rean penah bc..klu maknn disimpan lm dlm polistrin,bleh bahayakan kesihatan🙂
    mari kita sama2 bergelap 28 mac ni🙂

  2. Ohoi! Aku tak sokong lah.. Bekas tu dah la kecik, mana nak cukup orang macam aku nak tapau dalam bekas tu? Nasi + lauk, mesti kembung ah bekas tu..

    Ala, yang diaorang bungkus minum tu, bukan dalam plastik??

  3. sebaliktabir

    Sokong kempen earth hour…cuma lum tau buat ke tak…kang mengamuk lak mak aku tiba-tiba bergelap…heheheh gurau je mak yer…🙂

  4. mmg spatutnye kite dh lame kne boikot penggunaan ‘white coffin’ ni…
    mmg byk bahaye dan kerosakan alam yg disebabkan oleh ‘white coffin’ ni…

  5. betul ke dah diharamkan? kalau tak silap kat cafe tempat kak long masih gunakan polystrin lg.

    • 2 bergantung kepada pengusaha dan kerjasama pihak sekolah untuk melarang..kalau tiada sebarang amaran atau arahan mana mungkin penggunaan polisterin 2 diberhentikan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: