Enam Belas Mei Datang Lagi..

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Diharapkan anda semu dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ^_^ Kalau rasa-rasa macam tak sihat, cepat-cepat la jumpa doktor atau ubati diri tu (pesanan ringkas dari kami ^_^) Aku tak tau nak mula dari mana untuk mengupas tajuk yang aku nyatakan kat atas ni, tapi aku pasti setiap orang dalam dunia ni, akan ingat kewujudannya. Bukan aku maksudkan tarikh tersebut tetapi hari yang disambut pada tarikh berkenaan di Malaysia.

guru-guru

Tengahhari tadi saat aku menunaikan solat Jumaat, khutbah yang dibacakan khatib berkisarkan tarikh ini. Apa agaknya ye? mungkin ada yang sudah boleh mengagak apa yang ingin aku tulis malam ni. Tidak lain tidak bukan, mesti la berkaitan hari guru. Ada beberapa sebaba aku ingin berkongsi tajuk ini dengan anda semua ^_^ Ikuti sebab-sebab yang aku nak utaraselatankan ^_^

Update: Tema Hari Guru 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa

Di mana-mana pun ada guru – adakah anda setuju dengan kenyataan yang aku katakan ini? kalau tak percaya cuba fikir sejenak, kat rumah ade guru iaitu ibubapa, abang dan kakak. Kat tempat kerja pun ada guru iaitu pekerja-pekerja yang lebih mahir. Maknanya, siapa-siapa yang pernah menurunkan ilmu tak kira ilmu tu baik atau buruk, banyak atau sikit, percuma atau berbayar sudah boleh dikategorikan sebagai guru. ^_^

Kami sebagai bakal pendidik – alhamdulillah, kami sebagai penulis di biliksebelah.wp merupakan bakal guru yang sedang dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  yang terletak di seluruh Malaysia. Jadi sebagai bakal guru, kami harus mengingati tarikh ini. Doakanlah kami supaya berjaya mencapai tahap menjadi pendidik yang unggul. ^_^

selamat hari guru

Penghargaan kepada guru-guru – setiap orang harus dihargai. Termasuk juga la guru-guru. Setelah mereka penat mengajar kita untuk menjadi “orang”, tidak salah rasanya kita ucapkan dua perkataan mudah, terima kasih ^_^ Bagi aku, kerana guru-guru ini juga lah aku mula berminat dengan aktiviti mengajar.

Hari temuduga – ini merupakan sebab peribadi. Tarikh 16 mei merupakan tarikh aku menghadiri temuduga untuk menjadi guru pelatih ^_^ terima kasih encik-encik yang menemuduga aku kerana mereka menyebabkan aku boleh berada dalam bidang pendidikan sekarang ini. Mungkin juga kerana berkat 16 Mei itu menyebabkan aku diterima memasuki Institut perguruan. Hari yang sangat bermakna bagi seorang insan yang bernama samaran “avataraang”. ^_^

Ucapan aku kepada guru-guru yang pernah mengajar aku dan semua guru di Malaysia dan seluruh dunia, jadilah guru yang bakal melahirkan modal insan yang berguna dalam pelbagai bidang. Guru bukan sekadar mengajar tetapi juga mendidik. Terima Kasih cikgu…

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Mei 15, 2009, in Pendidik @ Pendidikan, Semasa. Bookmark the permalink. 19 Komen.

  1. Eh bro.. Ada nama aku laks.. hehe.. Selamat Hari Bakal Guru ye bro.. hehe..

    Esok aku nak bawak lori pegi skolah.. Sebab mesti banyak hadiah aku dapat.. hahaha..

  2. seLamat haRi baKaL guRu t0 aVataraang…..
    N
    seLamat haRi guRu to kHai…..
    =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: