Seliparku dikakimu…

Qasim seorg pemuda yang hanya bekerja kampung. Dia sering ke rumah Pak Leh kerna Pak Leh sering mengupah dia membersihkan kebun dan bermacam2 kerja lagi. 2 cuma satu sebab Qasim serng bertandang ke rumah Pak Leh, pada hakikatnya Pak Leh mempunyai seorg anak gadis yang cukup cantik. Kalau kat kampung, dia lah gadis yang disebut2 setiap pemuda ^_^ Setiap kali ke rumah Pak Leh, Qasim tidak melepaskan peluang mencuri2 pandang anak Pak Leh yang bernama Milah 2. Qasim sering berangan2 alangkah seronoknya dapat bersenda gurau dengan Milah, kalau tak dapat bersenda gurau pun dapat pegang tangan Milah untuk sekali pun cukup la. Pada suatu hari sebelum Qasim pergi ke kebun bersama Pak Leh untuk melalukan kerja2 yang perlu dilakukan, datang satu idea jahat dalam kepala Qasim. Sebelum itu, Qasim terlihat Milah keluar dari rumah untuk menyidai kain di luar rumah. Semasa Qasim dan Pak Leh baru je nak kuar rumah, Qasim berkata “Erm..Pak Leh, Milah dah pakai selipar aku la. Jap ye aku nak amik selipar 2 kat Milah”. Pak Leh membalas ringkas “aaa..yo la”. Qasim dengan tak sabar terus bergerak menemui Milah di ampaian dan serta merta memegang tangan Milah sebelah kiri ^_^ Milah berteriak “apa ni Qasim”. Dengan jahat Qasim membalas, “Pak Leh suruh la ^_^, kalau tak caye aku boleh tanya” lantas Qasim menjerit “Pak Leh, Milah tak nak bagi!!”. Pak Leh membalas “Milah, bagi jo la”. Qasim tersenyum jahat ^_^ Qasim meminta sebelah lagi tangan Milah, tapi Milah melawan lantas Qasim menjerit lagi “Pak Leh, Milah tak nak bagi dua2!!”. Pak Leh “Milah, jangan main2, bagi jo la duo2. Nak cepat gi kebun ni ha…!!” Dengan pasrah Milah menghulurkan kedua2 belah tangannya pada Qasim. Untung Qasim dapat pegang tangan Milah. Idea bernas Qasim mintak selipar kat Milah membolehkan dia memegang tangan Milah yang cantik tadi. Sebenarnya Milah tak pakai pun selipar Qasim, pandai je dia buat2 cerita nak amik kesempatan kat Milah. UNTUNG QASIM…^_^ (ceritera ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan orang yang hidup atau mati)

Aku berharap anda semua jangan la guna idea aku tu. Insyallah tak berhasil punya ^_^ motif entri hari ni cuma SELIPAR. Aku pasti semua orang pernah pakai selipar. Kalau dolu-dolu kita panggil selipar jepun. Aku ingat la aku pakai selipar jepun cap Tat Seng. Ni jenis getah yang agak berap sikit, harga dalam lingkungan 5-7 ringgit gitu ^_^ Selipo (orang Johor tak sebut selipar ^_^) ni kalau main baling selipar tahap haram baling orang, kalau kena kompom sakit ^_^ selipar yang jenis halal dibaling masa main baling selipar adalah selipar yang agak ringan sikit. Kalau baling melayang ditiup angin punya ^_^

Tu cite masa kecik-kecik dolu la. Sekarang ni pakai selipar lain, dah tak pakai selipar cap Tat Seng tapi cap Asadi pulak. Selipar Asadi ni tahap selipar jamban je, bak kata rumate aku la. Nape dikategorikan macam tu sebabnya tak lain tak bukan selipar ni cuma digunakan untuk buat gi jamban je ^_^ Selipar nak buat gi bersiar-siar mesti la yang cantik-cantik sikit.

Untuk pengetahuan anda semua kalau dah tau pun aku nak bagitau jugak menurut kamus dewan online, selipar bermaksud sejenis alas kaki, capal, selop. Selipar jepun pula selipar daripada getah yang mempunyai tali berbentuk V dan hujungnya dikepit antara ibu jari dan jari kedua ketika memakainya

Aku dah letih menulis, aku tulis pasal selipar ni bukan apa sebabnya macam-macam trend selipar dah sekarang ni. Pemuda-pemudi dah makin senang mengenakan selipar untuk apa-apa tujuan sekalipun. Tambahan pula setiap rumah, bilik dan tempat kediaman pasti akan ada selipar. Jadi selipar memang satu gadjet yang amat popular mengalahkan henfon dan komputer ^_^ Yang bagusnya pasal selipar ni, orang tak kisah pun kalau ianya hilang, tak macam henfon hilang atau gadjet-gadjet lain hilang sebab kat selipar tak de benda apa untuk disimpan macam no fon orang, gambar atau maklumat yang penting. Jadi kalau dah hilang selipar tu, beli la lagi tak pun rembat je abang, akak, adik, mak, abah atau kengkawan punya ^_^

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 5, 2009, in Ilmu, Merapu Post. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Hahaha.. best ah cite tu.. (Mula pk jahat nih).. hehe…

  2. hehehe..jahatnya qasim..klu rean jadi milah..rean bg qasim tangan kat pipi kiri n pipi kanan qasim…(hahaha…atau kata lainnya pelempang jek)😀

  3. hehe..avatar xpenah kena ke..baiknya hati gf dia ye..hehehe😛

    ala..mana bleh mcm 2..bapak dia xtau pun milah nak bg ape..hehe😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: