Sugus…bukan gula-gula

Satu petang di dalam tren…

sugus atau gula-gula

sugus atau gula-gula

Keadaan tak la begitu sesak namun cukup ramai untuk sebuah coach tren.  Sedang kepala meliar memikirkan benda-benda yang tak de faedah, perhatian tertarik pada sepasang suami isteri dan seorang anaknya. Mana taknye cahaya mata pasangan tu cukup comel , cukup semangat ^_^ Kelihatan si ibu memberikan sesuatu pada anak tadi. Anak tadi makan dengan gembira. Selang beberapa saat/minit, si anak meminta lagi pada si ibu. Makan la si anak pemberian ibunya tadi dengan hati girang ^_^ Selang beberapa minit kemudian, si anak meminta lagi si ibu. Kali ni si ibu terus memberi berserta satu pesanan “lepas ni cukup, tak boleh makan gula-gula lagi” ^_^ Terdetik di hati sedapnya adik tu makan gula-gula sampai minta berkali-kali. Dalam usaha si ibu tak nak bagi gula-gula pada si anak, si ibu menyimpan gula-gula dalam beg tangannya. Dengan licik si anak amik gula-gula dari beg tangan ibunya. Pasti si ibu perasan tindakan itu namun si ibu membiarkannya. Budak-budak kalau dah suka tak boleh nak halang ^_^ Gula-gula pertama yang di amik dapat dibuka dengan mudah. Namun ‘sepandai-pandai tupai melompat, pasti tupai melintas jalan juga jatuh ke tanah jua’, gula-gula seteruanya sukar dibuka si anak. Dengan pintarnya, si anak meminta bantuan si bapa namun tidak diendahkan si bapa. Kepintaran si anak berganda apabila dia meminta pula bantuan si ibu mebuka gula-gula tadi. Kerana kasihnya ibu, tak sampai hati menolak permintaan si anak. si ibu membuka juga gula-gula itu dengan satu lagi pesanan “yang ni yang terakhir, tak boleh mintak lagi gula-gula nnt gigi rosak’. Dengan impromtu si anak membalas ‘ni sugus, bukan gula-gula ^_^ ooh..tergelak kecil mendengar balasan si anak pada pesanan ibunya ^_^ (courtesy: atahari, rumate avataraang)

Best tak cite tu. Kadang-kadang situasi kecil buat kita tergelak kecil. Tak sangka anak sekecil tu pun dah pandai memberi alasan pada benda yang tak di sangka-sangka. Namun seharusnya ibu bapa harus memberi tahu ada si anak bahawa gula-gula tu manisan-manisan yang dibuat daripada gula-gula. Definisi gula-gula dari kamus dewan online  1. bermacam-macam manisan dibuat daripada gula; 2. bp sesuatu yang menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan untuk suka-suka. (jadi pilih la defini terbaik untuk gula-gula ye ^_^) Sugus pula jenama bagi gula-gula tadi. Cerdik betul anak zaman sekarang. Aku rasa cukup la celoteh aku buat masa ni. Aku pun tak de apa nak cerita sangat malam ni.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 21, 2009, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. Nape beli kalau tak nak bagi anak makan? haha..

  2. kurang gula tambahlah susu
    kurang susu tambahlah gula
    jika diturut hawa nafsu
    jika tak mati separuh gila

  3. ni cite betul ke avatar..pandainye budak2 zaman sekarang ye..hehehe🙂

  4. Salamun’alaik..

    Saudara Khairuddin.. Tumpang berkongsi..

    BENARKAH: Batu Terapung Dlm Peristiwa Isra’ Mikraj..

    Klw boleh tlg adakan link di sidebar antum..

    Ramai sesgt yg foward gambar palsu..

    So yg ini gambar yg latest batu yang pernuh bersejarah itu..

    Semoga dpt dijerniihkan berita penting umat islam ini..

    Syukran..

    http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

  5. oh..cite dari ata ye..nape xpenah nampak komen ata ye..hehehe..🙂

  6. hehe..cam 2 ke..pemalu rpenya ata ye..hehe🙂

  7. budak2 sekarang dah maju..

  8. hahahha.. budak tu umo brp? tp mmg budak2 skang bijak2.. kene plak yg bnyk tnya.. jenuh nk menjawab tu.huhu

  9. oh..ata xpenah didedahkan nagn blog ni ye..patutla xda komen..hehe..rean sokong akak ixora..budak skang bukan setakat bijak je..tp da maju jgk..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: