Ringgit+Malaysia

Pada suatu masa yang tak pasti tarikhnya

Dalam sebuah kota, tinggal seorang hartawan yang juga bangsawan. Beliau juga berdarah pahlawan setanding Rentap di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan dan Dato Maharajalela di Pasir Salak ^_^ Walaupun sewaktu ceritera ini ditulis beliau sudah tidak berlawan dengan musuh lagi kerana negara sudah hampir merdeka, beliau merupakan pejuang yang hebat. Nama beliau Orang Kaya Sri Banang(OKSB). Disebabkan kota yang beliau diami sudah hampir aman dan tenteram, kegiatan ekonomi boleh dijalankan dengan baik dan perniagaan yang diceburi oleh OKSB sangat maju dan berjaya. Pada masa ni sistem barter masih lagi digunakan namun telah berevolusi, tidak lagi hanya barang dengan barang, tetapi sistem barter menggunakan hirisan-hirisan dan ketulan-ketulan perak dan emas sudah dijalankan. OKSB ni ade la satu habit suka gigit perak dan emas yang beliau bawa. Tujuan beliau nak pastikan keaslian perak dan emas tu. Sampaikan orang-orang yang berurusan dengan belaiu menggelarkan ‘orang kaya sering gigit’ ^_^ Pada suatu beliau tertinggal perak dan emas beliau semasa berurusan, hasilnya beliau telah menulis pada kertas untuk menggantikan perak dan emas tadi. Disebabkan penggunakan kertas ni praktikal, orang-orang yang berurusan dengannya boleh terima penggunaannya. Pada kertas tu terdapat gambar beliau dan nilai kertas itu. Orang-orang mula panggil kertas tu dengan kertas orang kaya sering gigit. Lama kelamaan orang dah letih panggil panjang-panjang sampai tinggal bunyinye kertas orangkayaseringgigit. Jadinya kertas tu pun jadi kertas ringgit dan telah menjadi mata wang ^_^

Aku harap anda semua tak caya la dengan apa yang aku tulis. ^_^ tu semua karutan dari otak aku je. Cuma aku nak berkongsi dengan anda semua penah ke anda terfikir kenapa Malaysia guna perkataan ringgit dalam matawangnya. Apa maksud ringgit tu? Menurut kamus dewan online ringgit bermaksud 1. ringgit I 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang 2. Id nama mata wang harganya 2.50 rupiah;  2. ringgit I     beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. 3. ringgit II     gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); 4. ringgit II     beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi; 5. ringgit II  meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); 6. ringgit II     besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. Anda semua nak tau, akupun baru tau benda ni hari ni ^_^

Sejarah penukarannya berkaitan Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:

Ringgit perkataan cara “bergerigi” dalam bahasa Melayu dan adalah pada asalnya sudah biasa merujuknya segi-segi bergerigi itu dolar Sepanyol perak yang diedarkan secara meluas dalam kawasan semasa orang Portugis abad ke-16 dan ke-17 zaman penjajah. Dolar Singapura dan dolar Brunei adalah juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (walaupun mata wang-mata wang seperti AS dan dolar orang Australia adalah dolar), oleh itu singkatannya yang rasmi RM untuk Ringgit Malaysia. Nama-nama Melayu ringgit dan sen adalah secara rasmi angkat sebagai nama-nama rasmi tunggal dalam Ogos 1975. Dahulunya mereka telah diketahui secara rasmi sebagai dolar dan sen dalam bahasa Inggeris dan ringgit dan sen dalam bahasa Melayu, dan dalam beberapa bahagian negara penggunaan ini disambung. (courtesy wikipedia dan citcat.com)

aku rasa cukup la sampai sini dulu lain kali cite benda lain plk ^_^

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 27, 2009, in Ilmu. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. Huh, tidak terlintas difikiranku.. Aku rasa cerita OKSB tu lg logik dari definisi kamus online.. haha..

  2. Eh bro, wat la entri ucapan selamat datang pada zahra.. mcm aku wat utk ko dulu.. hehe..

  3. mcm mna nak ltk gambar kat entry ar?dri ptg td saya try..dah laa letih ngan futsal,pas2 nak ltk gambar x reti lak..sedih2

  4. hahaha..igt cite kat atas tu cite betul..rean tertipu bang..hehe😀

  5. citer OKSB tue kelakar..saya bley bayangkan macam mana gigi org kaya tue..mesti dah tanggal semua sbb asyik menggigit jer

  6. luckyly aku dapat jumpe OKSB, gigi die msh cntk sebab die pakai gigi palsu🙂

  7. hehe..ble da hbs bc terasa jgk la kesengalan cite avatar tu..hehe..tp kreatif sbb leh pk jln cite cam 2..hehe😉

  8. cerite mengarut ko agak menarik..
    bole lulus masuk dlm buku sejarah mlysia

  9. hehe..practice makes perfect..hehe🙂

  10. OKSB tu citer tipu je ke? reka sendiri? fuyooo.. pandai2..😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: