Infomalaya Dalam Kenangan (2006-2009)

Infomalaya

Infomalaya

Kuala Lumpur (31 Julai 2009) – Sebuah laman web terkenal iaitu INFOMALAYA dot com yang diperkenalkan oleh saudara bat (bekas roomate aku tau) pada 3 tahun lalu kini telah pun ditutup. Al-Fatihah. Berita terkejut ini mengejutkan ramai bloggers dan pembaca amnya. Tapi ia mungkin menghappykan lecturer kami jika berita ini tersebar di Institut. Hehe.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari bos INFOMALAYA:

Setelah 3 tahun berada di persada internet, mungkin inilah masa untuk blog ini mengundurkan diri. Terima kasih kepada para penulis yang telah bersusah payah tanpa mengharapkan bayaran dan ucapan terima kasih pun selama mereka berada di sini.

Berkenaan entri awal sebelum ini iaitu sambutan ke-3 InfoMalaya dot com, CUMA ada tiga insan (Abrar, Ahmad Rushdi dan Aman Firdaus) yang menulis tentang blog picisan ini di blog mereka. Terima kasih diucapkan. Terharu jugak bila ada orang yang menghargai apa yang kami buat.

Kepada Azraai, Aryanet, Junaidix, Awqi zar, Affuan, IrfanJani dan MK, maaf dipinta atas tindakan yang terburu-buru ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sanggup menghulurkan tangan untuk memajukan InfoMalaya. Cuma, buat masa sekarang, eloklah kita tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing dahulu. Sampai satu masa yang sesuai, InsyaAllah kita akan bangun kembali.

Sampai bertemu lagi, InsyaAllah… — Mohd Huzairy aka Bat InfoMalaya

Antara alasan yang dikemukakan oleh beliau dalam interview pendek via YM, ialah:

  • Kurang orang nak baca Infomalaya lagi.
  • Pembaca sudah tidak menghargai Infomalaya.
  • Beliau mahu IM pergi lebih jauh, tapi mungkin nanti.
  • Beliau tertekan dengan pelbagai komitmen (banyak keje lain la tu).
  • Sudah masanya beliau mencari duit dan melakukan perkara lebih berfaedah dan menjana pendapatan kerana beliau sudah tiba masanya untuk berkahwin. (aku yang tambah ni.. hehe)
  • Beliau sudah hampir tamat belajar, pasni nak fikir posting lagi.
  • Susah nak update IM (Internet connection mungkin tak dapat sangat kot)
  • Beliau mahu namanya setanding Bill Gates selepas ini.

Ape pun, kepada pencinta setia Infomalaya, saudara bat meminta maaf diatas tindakan beliau. Beliau sebenarnya sedih jugak, katanya la.. Hangpa jangan la marah dia ek, sian la kat dia. Huhu.

Saya dan kami semua mendoakan kejayaan saudara bat dalam apa jua bidang yang beliau ceburi selepas ini.

Gambar: Bat Semasa Di-Interview

Gambar: Bat Semasa Di-Interview

P/S: Tunggu hasil MENTARIWORKS dari saudara Bat tidak lama lagi yang berfokus kepada perkara berasaskan web seperti webdesign. Berminat? Cakap hai di hello@metariworks[dot]com

Posted on Ogos 1, 2009, in Khas, Semasa. Bookmark the permalink. 13 Komen.

  1. huhu
    naoa ambek keputusan drastik ni
    huhu

  2. 3 tahun yang lepas..aku berjiran dengan saudara BAT n KHAI..masa 2 aku tau infomalaya dari ex-roomate aku..aku nak masuk infomalaya pun gune komputer n internet rumate aku..masa 2 blm lagi reti nak berblog ni sehingga ^aVatAr^@komputer aku aku terima n masuk kat bilik sebelah..infomalaya lebih kurang macam mnetor aku dari jauh..aku ingat sekali 2 penah khai cakap, “tulis la entri baru, BAT suke baca entri ko”..terharu aku dengar..🙂

  3. bat antara penyebab aku bukak blog…
    thanx bat…
    jasamu ku kenang,,,
    jika aku mampu membalas jasa hang, akan aku straighten rambut kerinting halus hang tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: