Apa Boleh Buat Dengan 200 Juta?

Oh KL!

Oh KL!

Semalam, 1 Ogos 2009, Bandaraya Kuala Lumpur telah dikerumuni beribu-ribu orang untuk membuat demonstrasi berhubung ISA.. Ada yang menyokong, dan pastinya ada yang membangkang.. Aku tak nak komen apa2.. Aku pun tak sokong sapa2.. Baik pro, baik anti..

Tapi berdasarkan pengalaman rakan ku, yang niatnya nak shopping di KL, melihat demonstrasi ini sebagai satu yang seronok dan sesuatu yang baru bagi beliau.. Memang kecoh, dan kesian pada semua yang ada disitu.. Beliau yang nak pergi ke SOGO (pada salah hari), tidak dapat mencari kasut idaman.. hehe.. Sebaliknya terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya.. hehe…

Dan, mengikut berita TV3 hari ini, total kerugian kerana demonstrasi ini dianggarkan mencecah 100 hingga 200 juta ringgit!

wow! Tapi, jumlah itu masih sedikit jika dibandingkan dengan harga perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.. Hehehehe.. Mungkin boleh beli beberapa kelab EPL la kot..

Dengan 200 juta, kita boleh beli:

  • 20 juta top-up RM10
  • 2 juta top-up RM100
  • Sedekah RM1 juta pada tiap sorang fakir miskin di KL yang mungkin seramai 200 orang.
  • Bina separuh stadium.
  • Beli 1000 unit Mitsubishi EVO atau Subaru Impreza
  • Beli 4000 unit Saga BLM.
  • Beli 30770 motosikal yamaha 135 LC.

Huh.. Kalau la betul KL rugi banyak ni semalam, aku rasa pada hujung2 minggu sebelum ini, pasti peniaga kat KL dah kaya gile.. Yela, lebih 200 Juta mereka dapat pada tiap minggu.. hehehe..

Heh. Kata PM kat berita, napa tak wat demonstrasi kat stadium selangor? hehe..

[ * * ]
–(–)–

P/S: Ini bukan post politik. (“,) BS bukan blog politik ek.

Posted on Ogos 2, 2009, in Semasa. Bookmark the permalink. 23 Komen.

  1. haha.. memang rugi.. hmm.. pe kejadahnya berdemonstrasi kat jalanan? aku pun xdela fanatik politik, tapi sbg orang muda, pelapis negara, apa yang aku nampak demonstrasi jalanan ni cuma politik murahan. huhu.. cuma menyatakan pendapat di sini..hehehe~

  2. 200 juta tu hari sabtu je bro…… + hari ahad mau 500 juta…..
    hmmmm….. RM ke Yen?

    RM 200 juta boleh makan tengah hari + ais kosong 44,444,444 kali oooo….

  3. berdemo buat penat jek.kerajaan bukan boleh runtuh!!!silap2 kena tangkap.200 juta banyak tuh..

  4. ade logik ade xlogiknye benda berjuta2 ni..kerugian 2 boleh dikira dari bermacam aspek..termasuk harta benda@asset kat kawasan 2..bukan keuntungan peniaga je🙂

    ayat last 2 sangat aku sokong🙂

    tapi tajuk 2 mcm nak bagi hit percuma je kat blog ni🙂 hehehehe

    • Mmg la, tapi tak ada pulak la banggunan terbakar, kereta terbakar mcm kat luar negara.. cuma dalam berita semalam yang pecah tong air je.. tu pon dengar cerita (dari saksi kejadian), yang pecah tu sebab gas pemedih mata tu masuk dalam tu.. hehehehehe.. sapa yang baling ek?

      so, kerugian tu, adalah mainly dari penjualan la.. huhu.. (pada firasat aku la bro)..

      ermm… aku pun sokong apa yang ko sokong..

      err… hit percuma? hehe.. dh 138k bro.. cukup la kot.. nak 200juta hit ke? haha..

  5. Jadual Pengajian Ilmu Syeikh Fuad bula ogos 2009

  6. ya…setuju dengan BS. RM dua juta tu tersangatlah banyak. kalau dibahagi dua BS dgn Q masih tak abis makan. jadi marilah keramai-ramai berniaga di depan masjid jamek. hahaha…

  7. adoi..nyusahkan ler demonstrasi nie..nak naek lrt dri masjed jamek pon x bley..kena pergi kl sentral lak nek ktm..dah ler x tau sgt area kl nie..nasib baik ada kawan b’pngalaman tunjukkan arah…

  8. suma salah…haha..pergi klcc,balik turun kl sentral sbb x ley turun masjid jamek..pas2 nek ktm pergi salak selatan kot..pas2 nek lrt gi BTAR…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: