Teh Sejuk Teh Panas

Di suatu petang yang berangin..

Pak Mat Tempe (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari kampung,buat pertama kali jejakkan kaki ke KL..

Di stesen bas Pudu, Pak Mat Tempe sedang menunggu ketibaan anaknya..

Tiba-tiba, Pak Mat Tempe berasa dahaga.. Maka secara automatiknya Pak Mat Tempe pergi ke kedai makan yang terletak didalam Puduraya tersebut..

———————

Semasa di kedai makan, Pak Mat Tempe didatangi oleh seorang pelayan..

“Ya pak cik, nak minum apa?” kata pelayan bernama Sally (atau Salmah)

“Err, jap.. Pak Cik tengok menu dulu” kata Pak Mat Tempe

Dalam Menu:

  • Teh Sejuk – RM 1.50
  • Teh Panas – RM 1.00

“Err, nak.. Bagi Pak Cik teh panas ek..” kata Pak Mat Tempe

———————

5 minit kemudian

———————

“Nah Pak Cik..” Sally memberi air pada Pak Mat Tempe

“Thanks..” kata Pak Mat Tempe

Sejurus sahaja Pak Mat  Tempe mendapat air TEH PANAS beliau, maka Pak Mat Tempe pun terus menghirup dan meminum air TEH PANAS itu sehingga habis..

Dek kerana kepanasan teh itu, sampai melecur lidah Pak Mat Tempe dan mengalir air matanya..

Sally yang memerhatikan gelagat Pak Mat Tempe lantas menegur..

“Pak Cik, kenapa minum teh panas tu terus.. kan ke panas tu..” kata Sally

Lalu, balas Pak Mat Tempe dengan muka selamber,

“Pak Cik nak minum air teh ni cepat-cepat.. Takut teh ni jadi sejuk..”

“Kang Pak Cik kene bayar RM1.50 pulak.. sebab harga TEH SEJUK RM 1.50..”

“Lebih baik minum teh panas-panas, bayar singgit je..”

———————

P/S: Sejurus selepas scene diatas, Pat Mat Tempe kene langgar dek motokar.. Ish.. Ish.. Ishhhh…

*this story is modified from Pijan story*

Posted on Ogos 5, 2009, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 34 Komen.

  1. pak mat tempe berfikir panjang sebenarnya..jimat cermat amalan mulia🙂 hehehehehehe..

  2. pak mat tempe ni mereng

  3. pak mat tempe ke pak pandir ni……?

  4. kem salam kat pak mat tempe. len kali suh dia makan tempe sambil minum air tu. haha

  5. la..ciannya pak mat tempe tu…kerana 50 sen..sampai melecur lidah dia..hehehe😀

  6. kalau teh suam a.ka. x sejuk & x panas agak2 berapa harga?

  7. pat mat tempe tu bukan nama sebenar dia.. nama sebenar dia pat mat lampi..

    lampi = lambat pick-up

  8. kesian pak mat tempe tu korang gelak.
    dah la kena langgar. huhuhuu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: