Untung & Rugi

Cerita ini adalah benar dari mulut pensyarah aku sendiri namun telah diubahsuai sedikit untuk menutup beberapa perkara penting. Kepada yang terasa, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf ^_^

Cerita bermula pada suatu hari..Cikgu Darul sedang asyik mengajar murid-muridnya. Murid-murid dalam kelas beliau juga sangat aktif. Apabila ditanya mereka memang ringan tangan untuk mengangkat tangan supaya boleh menjawab pertanyaan yang diajukan Cikgu Darul. Untuk pengetahun, Cikgu Darul merupakan cikgu yang baru posting. Al-maklumlah cikgu baru, anak murid rajin nak berinteraksi. Agaknya anak murid baru nak mengenal hati budi cikgu tersebut. Memang kerap berlangsungnya sesi soal jawab antara murid-murid dengan Cikgu Darul. Kalau mengikut pedagogi, ini merupakan teknik pengajaran berpusatkan murid kerana Cikgu Darul tidak syok sendiri mengajar papan hitam murid-murid ^_^ Disebabkan Cikgu Darul ni cikgu yang masih fresh, baru keluar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan cukup banyak. Alhamdulillah, ada gaya nak jadi guru cemerlang kalau berterusan untuk beberapa tahun begini ^_^ Sesi pengajaran dan pembelajaran berterusan dengan jayanya sehinggalah Cikgu Darul bertanyakan soalan ini pada anak muridnya “kelas..apa yag kamu faham dengan maksud rugi” pelik dan ajaibnya hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan lantas Cikgu Darul menyuruh murid itu menjawab. “cikgu..rugi tu kalau kena g sekolah hari sabtu pastu kena gotong-royang bersihkan sekolah” jawab murid tadi..shock!!-melihat bahasa badan Cikgu Darul. “bukan macam tu, rugi bermaksud perbelanjaan yang kita guna melebihi modal” balas cikgu muda ni tadi. Sesi soal jawab diteruskan, Cikgu Darul bertanya lagi, “murid-murid, apa yang dimaksudkan dengan untung” tak sempat mata Cikgu Darul berkelip semua murid tangan murid dah pun di udara dengan jawapan bergema di segenap ruang kelas berbunyi begini “untung tu cikgu kalau sekolah kena tutup disebabkan H1N1”. Tak habis dengan kejutan pertama, sekali lagi CIkgu Darul terkejut besar dengan jawapan tadi. Namun dengan berhati-hati cikgu Darul membetulkan kenyataan tadi “tidak begitu tepat murid-murid, untung bermaksud terdapat modal yang kita gunakan sudah dapat semula namun ada lebihan wang, maka lebihan itu tadi adalah keuntungan”. Tak sangka cikgu Darul mendapat kejutan berganda-ganda hari ni ^_^

Apa pandangan anda semua, hebat tak murid-murid zaman sekarang. Pada pandangan aku la, sebenarnya murid-murid ni menyalin semula perkataan-perkataan yang digunakan guru-guru. Pada hakikatnya tu la perkataan yang sering kita guna bila dengan kena pergi gotong-royang atau sekolah tutup. Rugi dan untung ^_^ Maka untung menjadi guru yang berkaliber, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik, jangan la guna perkataan atau ayat yang boleh menyongsangkan kefahaman murid-murid

*nota kaki, menurut kamus dewan online terlalu banyak maksud untung begitu juga maksud rugi. Maka pilih la yang mana yang tepat. Jangan sesekali memberi kefahaman yang salah terutama kepada murid-murid ^_^

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Ogos 9, 2009, in Pendidik @ Pendidikan, Renungan, Semasa. Bookmark the permalink. 15 Komen.

  1. Scene di IPGM, apa yang rugi? apa yang untung?

    Rugi bila kene pergi majlis di maktab sampai petang, padahal sepatutnya hari itu tak ada kelas..

    Untung bila tak ada kelas pada hari tersebut, dan lebih untung jika lecturer kata cancel kelas.. hahaha…

  2. aku berada disitu semasa sesi penceritaan untung rugi ini berlangsung..hehe..

    report mr gana, ko curi idea die

  3. Ruginya saya kerana selalu tidak hadir ke kelas. Untungnya Din kerana selalu hadir ke kelas, huhu..

    Untungnya saya kerana dapat tidur dengan ekselen, untungnya Din kerana tidak perlu turun naik HEP jumpa unit disiplin, hehe..

  4. rugi-wa da rugi duit tiket nk blik dri perlis ke selangor…bley plak last minit dipilih g raptai medeka kt KL??
    untung-g raptai dpt elaun!
    hahah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: