Pulang Kepada-NYA

Dulu, kita telah mendengar berita kematian artis – artis popular seperti Micheal Jackson, Yasmin dan Ustaz Asri di kaca-kaca TV. Namun, bagi aku yang tiada kene mengena dengan mereka semua ini, tak lah berasa apa2 pun.

Nak kata sedih, tak.

Nak kata pilu, tak.

Nak kata sebak, tak.

Nak kata kehilangan, tak.

Namun, ALLAH Maha Hebat. Pada akhir Ramadhan ini, aku telah rasakan betapa peritnya rasa sedih itu, bagaimanakan rasa pilu itu, dan sekeras manakah rasa kehilangan itu.

21 Ramadhan lepas, guru tempat aku praktikum telah tiba2 diserang strok. Sebelum ini, beliau sihat, dan selalu menegurku, kami pon selalu gelak2 bersama. Selalu juga dia meminta pertolongan aku, terutama bab relief. Sebab dia yang ketua agihan relief bg tahun 4. Namun, berita beliau diserang strok, memang mengejutkan semua orang.

Dan, malam 23 Ramadhan lalu, jam 10.15 malam, aku telah menerima SMS yang mengatakan bahawa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan beliau telah pun selamat dikebumikan.

Hari ini, 24 Ramadhan, kami semua pergi sekolah, dan kami memang merasakan betapa kehilangan seorang teman yang selama ini kita anggap biasa saja. Masing2 terasa sesuatu yang kurang.

Mungkin kamu semua tidak berasa apa2, ya.. semua yang hidup akan mati.. tapi, cuba lah kamu renungkan:

  • Beliau meninggal dunia pada akhir Ramadhan, hampir pada Syawal iaitu RAYA, dimana semua orang bergembira.. Bagaimanakah anak2 nya? Bolehkah mereka bergembira?
  • Pemergian seorang ibu secara mengejut, bagaimanakah perasaan anak mereka yang tiba2 kasih sayang ibu mereka hilang sekelip mata?
  • Sebelum ini, mereka berbuka puasa dengan juadah dan masakan ibu, tapi kali ini.. selepas ini?

Kepada yang telah membaca entri kali ini, tolonglah sedekahkan al-fatihah kepada ALLAHYARHAMAH USTAZAH AMINAH. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 para syuhadah. Amin.

Peringatan kepada kita:

  • Kematian tidak mengira usia, muda atau tua. kecil atau dewasa.
  • Kematian tidak datang mengikut kehendak kita. Ia boleh datang secara mengejut, samada kita bersedia, ataupun tidak.
  • Kematian itu benar, dan semua orang akan mati.
  • Kau akan mati! Mungkin selepas ini. Jadi, bersediakah anda?

Info:

  • Telah dikatakan bahawa beliau meninggal pada malam lailatulqadar iaitu malam 23 Ramadhan. Jika ya, alhamdulillah. Wallahu’alam.
  • Dan jika tak salah saya, kematian para syuhada dan orang beriman itu ada beberapa tanda, iaitu mempunyai keringat (peluh) dan keluar darah pada rongga2 selepas mati. Dan arwah memiliki tanda tersebut. Alhamdulillah. Wallahu’alam.

Posted on September 14, 2009, in Dakwah, Khas, Puasa, Renungan. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. kesiannya anak2 beliau,semoga roh beliau berada dikalangan yang terpilih…

    urm MR BS,lagi satu,kalau org beriman meniggal,muka mereka berseri2 sbb mereka dah nampak dimana Allah akan tempatkan mereka nanti..

    lagi satu,x slh saya,kulit mereka akan kekuning2 skit..

    saya tau menda nie melalui pengalaman..

    • ya kot.. MR.BS tak sempat ziarah jenazah sebelum kebumi.. Yang atas tu pon, dengar cerita dari siapa yang pergi..

      Ya, semoga beliau ditempatkan di SYURGA.. anak2 beliau tak tau lah.. dengar2 yang masih kecil belum sekolah pon ada..

  2. takziah dan alfatihah.. BS, bagi alamat kamu di emel aku ye.

    olinsafura@gmail.com

  3. al-fatihah bt allahyarhamah…semoge di cucuri rahmat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: