Tabiat lepas makan

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp.  Bertemu lagi kita dalam entri terbaru biliksebelah.wp. Makan..setiap manusia pasti akan makan untuk kelangsungan hidup. Tak dinafikan makanan merupakan tahap kedua untuk meneruskan survival hidup berbanding air yang lebih penting namun semasa manusia tidak berada dalam situasi survival, makanan@makan menjadi keperluan. Makan itu sendiri sudah menjadi habit@tabiat dalam kehidupan.sedar atau tidak selepas makan juga ada tabiat-tabiat@kebiasaan yang manusia-manusia sering lakukan. Antara kebiasaan tersebut merokok. Merokok menjadi kebiasaan kepada perokok-perokok selepas mereka makan. Kata perokok-perokok tegar ni, kalau lepas makan tak dapat ‘sepam dua’ rasa makan tu macam tak kenyang je. Betul ke? (tanya ku pada diri sendiri). Entah la, macam tak de effect apa-apa pun sebenarnya ^_^ Pendapat daripada seorang ex-smoker macam aku ni mungkin tak dapat diterima oleh para jemaah perokok sekalian. it’s up to you. Sebenarnya tabiat merokok lepas makan merupakan satu rangsangan untuk terus merokok kerana menurut Thorndike (kalau tak silap) makan menjadi stimuli kepada perokok, responnya perokok akan merokok setelah makan. opss..terlari isi karangan pula. Aku bukan nak mengulas pasal rokok sebenarnya.

Cerita pasal tabiat selepas makan ni, sebagai ex-smoker aku mengambil pilihan untuk minum teh selepas makan. Sebenarnya orang barat ada tabiat yang baik lepas makan iaitu minum teh atau minum kopi lepas makan. Aku tak pasti apa kebaikannya mungkin pada orang-orang barat pengambilan teh dan kopi ni terbukti membawa kesihatan pada diri mereka. Sebagai rakyat Malaysia apa salahnya kita adaptasi budaya mereka demi kesihatan tubuh badan kita juga. Mungkin pada orang lain ade pula tabiat lain lepas makan yang diorang suka buat contoh macam makan buah ke, minum air berkarbonat ke dll.

teh

Berbalik kepada minum teh ni, aku minum teh bukan la teh yang mahal-mahal. Cukup sekadar minum teh ‘Boh” dalam uncang. Sokong barangan dari Malaysia ^_^ Teh ‘O’ je pun bukan teh tarik atau teh yang diletakkan susu. Sebabnya kalau tgk orang barat, diorang minum teh cuma teh ‘O’ je, kalau nak mcm bersusu, diorg letak krimer, gula pun tak banyak  cukup untuk buang rasa kelat teh tu je. Adaptasi dari situ, aku minum teh ‘O’ jugak tapi agak pekat@kaw, tapi resepi mak aku lebih suka minum teh ‘O’ nipis maksudnya tak berapa manis, tehnya pun tak berapa pekat. Jangan pulak minum teh tarik kat kedai maple belakang rumah. Memang sedap maple tu buat teh tarik tapi dah lari dari konsep minum teh tu. Teh pun sebenarnya ade macam-macam perasa dan jenis antaranya Jasmine, Green tea, English black dll. letih nak celoteh pasal benda ni lagi, Aku terjumpe 10 kebaikan minum teh ni.

  1. Teh merupakan antioksida

  2. Teh kurang kaffien berbanding kopi

  3. Teh berkemungkina mengurangkan risiko lemah jantung dan stroke

  4. Teh melindungi tulang

  5. Teh memberikan senyuman yang manis

  6. Teh meningkatkan imunisasi tubuh

  7. Teh menghalang sel kanser

  8. Teh mengelakkan dehidrasi

  9. Teh bebas kalori

  10. Teh meningkatkan kadar metabolisma

courtesy: http://www.articlesbase.com/health-articles/10-health-benefits-of-drinking-tea-1119626.html

p/s: aku suka minum lipton 9 ^_^

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Oktober 27, 2009, in Ilmu, Kesihatan. Bookmark the permalink. 13 Komen.

  1. hehehe…rean ske makan benda2 manis pas makan…org kata pencuci mulut la..buah pulak sebelum mkn..hehe🙂

  2. teh panas sedap.
    tapi, kalau hujan, lebih sedap kalau dapat kopi panas..

  3. isap rokok lagi best.. terutama time b*r*k.. hahaha…

  4. mr. bs..x elok ar merokok..try la stop🙂

  5. untuk berubah,perokok mesti mempunyai ketahanan fizikal dan mental yg kuat…mmg kna kuat lah..syabas avatarang

  6. ala zahra…akak pun nak kredit gak disebalik usaha abg avatar ada akak..hehehe😛
    tahniah avatar🙂

  7. hehehe…macih adik…hehe..ala dik..tudung biasa je tu..tp akak pun berkenan ngan kaler dia..nasib adik ske…hehe…macih kembali🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: