Tiada Tajuk: Salam 2010

Hari: Ahad

Tarikh: xx/01/10

Tempat: Sebuah bangunan dalam Malaysia

‘Hendaklah..hendak..hendak ku rasa..puncaknya gunung hendak ditawan..’ alarm pagi dari henpon AA berbunyi mendendangkan lagu Siti Nurhaliza. Pandai betul AA pilih lagu wat alarm. Macam mana la sebulan setengah kat rumah asyik bangun lambat je. Hari ni AA dah tak tido kat rumah lagi. Petang semalam lagi AA dah pun sampai sini. Pagi ni AA kena bangun sebab nak daftar masuk tempat ni. Dengan tak berlengah AA bingkas bangun bersihkan diri. Keluar je bilik AA dengar semua orang berkata berkaitan pindah-pindah bilik. Dalam hati AA “harap-harap aku masih kekal dengan bilik sama la”. Sampai pejabat, AA tengah segerombolah manusia beratur tak cukup tanah. AA ingat pegi daftar awal-awal tak de orang. Dengan selumber AA menuju tempat senarai semak penempatan. Arghhh.. nasib sama menimpa diri. Dalam berpuluh-puluh orang, aku cuma pasti dua tiga orang je yang kekal bertapak ditempat sama. Nak buat macam mana, terima je dan jangan fikir panjang. Perjalanan masih panjang, kalau berhenti kat sini pasti xkan bersambung lagi (apa la AA mengarut sorang-sorang ni). Siap mendaftar AA dapat kunci. Tengok nama bilik, AA terus berlalu cari bilik tu. Tak amik masa yang lama AA jumpa bilik tu sebab ada escort yang bawak AA. Wah..buka pintu utama bilik apa yang AA nampak sawang-sawang yang menebal kat ceiling. Aduyai, agak-agak dalam 2 bulan bilik ni kena tinggal. Tadi dalam selumber-selumber tengok senarai nama perasan jugak ada 2 nama lagi yang terletak dalam bilik ni. Tapi tak pe la sebagai pemilik bersama AA patut bersihkan bilik ni. Sekali lagi AA tengok tag kat kunci bilik tu. Tertulis BILIKSEBELAH. Dalam hati kecil AA, “stylo jugak nama bilik ni”.

hehe..

Kepada semua pengunjung bilik sebelah, mohon maaf kerna dah lama tak update blog ni..Aku mewakili pemilik bersama mengucapkan selamat tahun baru 2010(dah lambat 10 hari ucapan ni).  Semoga azam tahun lepas sudah tertunai dan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Minggu ni aku dan Zahra dah masuk semester baru. Mr. BilikSebelah pulak dah mula mengajar kat sekolah. Ucapan aku kepada semua, belajar bersungguh-sungguh dan laksanakan tugas yang telah diamanakan kepada anda dengan sebaik mungkin. Sekian saja entri ringkas dari aku. Semoga ketemu dalam entri yang lain.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 10, 2010, in Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. hehe…selamat tahun baru jgk untuk avatar,zahra n mr.bs🙂 hehehe…panjang cite en.AA..teringat zaman sek..gne ringkasan AA utk seseorg😛

  2. hehe…sape ye AA tu…sejarah silam jek…hehehehe🙂

  3. hehe…xda sejarah silam..xda la masa kini…hehehe😛

  4. aik?dpt bilik Mr Bs ka?

  5. satu bilik ngan mr bs ka?

  6. x .maksud zahra,avatarang dpt bilik MR BS ka…sbb keychain ada tulis bilik sebelah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: