Yeah!! I’m free..

Free..Percuma..Bebas..Merdeka..


Apa yang bebasnya baru naik semester baru?? Ni semua tak de kaitan dengan study. Kalau ada pun sedikit sangat kaitannya. Hal yang aku nak ceritakan ni lebih kepada titik gelap hidup aku suatu masa dulu (macam pengakuan dah bunuh orang la pulak ^_^)

Dulu aku tak pernah terfikir nak mula buat semua benda ni. Namun sekarang pula aku tak pernah terfikir yang aku akan berjaya berhenti nak lakukan benda ni. Perkara yang aku telah bebas daripadanya adalah SMOKING.. Ye, merokok. Merokok tampak tidak asing lagi pada kaum adam. Namun tidak dinafikan tak semua kaum Adam begitu. Tidak kurang terdapat segelintr kaum Hawa juga yang merokok namun di Malaysia kebiasaannya rokok akan dikaitkan kaum Adam. Walaupun aku telah berjaya untuk berhenti merokok, namun aku masih tidak berjaya untuk mengajak rakan-rakan yang terdekat untuk melakukan perkara yang sama. Kenapa aku berjaya? Kenapa mereka tidak? Persoalan ini hanya boleh dijawab kepada tuan punya badan sendiri. Namun aku ingin berkongsi pengalaman aku setahun yang lepas berusaha meninggal noktah hitam dalam diri aku ^_^

Pada aku, berhenti merokok bukan satu perkara yang mudah. Nasihat yang biasa aku dengar kalau nak berhenti mental kena kuat. Nasib aku baik, aku ni bukan perokok tegar. Dulu seminggu paling banyak pun 3 kotak rokok 14 batang. Namun, ianya masih satu perkara yang sangat sukar untuk dilepaskan. Hal ni semua berkaiatan nikotina yang terdapar dalam rokok yang meninggalkan kesan ketagih pada si perokok. Sering aku dengar rakan-rakan perokok aku dulu kata “alah..kalau nak berhenti, aku pun boleh” namun kata tinggal kata, tiada perubahan yang berlaku. Aku jugak bernasib baik kerana dapat sokong@paksaan kuat dari orang tersayang ^_^ Memang pada mulanya aku rasa benda tu satu paksaan kerana kita perlu berubah dari comfort zone kita sendiri. Namun sekarang aku berterima kasih kerana telah berjaya bebas dari asap rokok selagi aku tak bertemu kawan-kawan aku yang masih merokok. Cheat code untuk aku berhenti merokok juga adalah aku mengambil ubat yang telah disarankan oleh farmasi. Terdapat pelbagai ubatan yang boleh kita ambil untuk menghilangkan rasa ingin merokok namun perkara yang penting adalah disiplin dan rasa jujur pada diri sendiri. Tak guna makan ubat tapi tak dapat tahan untuk memegang rokok dan menghisap. Aku bukan nak menjual ubat atau akan dapat apa-apa komisen jual ubat tapi aku nak kongsi ubat apa yan telah aku ambil dalam usaha aku berhenti merokok. Ubat tersebut adalah Champix dari Pfizer. Ubat berbentuk tablet ni pada aku amat bagus sebabnya aku difahamkan jumlah nikotin pada otak akan berjaya dikurangkan. Apabila nikoton kurang, rasa ketagih juga kurang. Tablet perlu dimakan 2 kali sehari iaitu siang dan malam. Rasa loya dan mual selepas makan ubat tersebut tak dapat aku lupa dan menyebabkan aku tak nak lagi makan ubat tu.

Secara ringkas langkah aku berhenti merokok adalah:-

  1. Sokongan dan dorongan orang tersayang.
  2. Disiplin dan jujur pada diri.
  3. Ambil ubatan yang disarankan.

Yeah!! I’m free from smoking now. Setelah setahun 8 hari, aku rasa sangat bersyukur sebab dah berhenti merokok. Aku tak berasa rugi malah untung kerana berhenti merokok. Sebagai bakal guru aku harus beri contoh terbaik untuk murid-murid. Semoga aku berjaya mengekalkan untuk terus tidak merokok ^_^ Sekarang pun harga rokok pun semakin tinggi hari demi hari. Nasihat aku kepada yang masih belum berhenti cuba la, anda pasti boleh

“aku sudah, anda bila lagi”

***Sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 13, 2010, in Kesihatan, Pengarang. Bookmark the permalink. 14 Komen.

  1. yahoo…tahniah utk avatarang….tahniah kerana berjaya berubah….mmg ssh gak nak berubah…ayah saya pon pernah melaluinya dan dia ckp mmg btul,hanya diri sendiri yg boleh mngubahnya

  2. rean xtau nak komen apa kat sini..terkesima pun ada lepas baca post ni..hehehe…yg pasti rean bangga ngan avatar..tahniah..hehe..semoga keazaman dan keimanan yg ada dalam diri berkekalan sampai bila2๐Ÿ™‚

  3. hehehe…jgn hopefully2…kekalkan keadaan cam ni ye..tahan godaan yg ada ye๐Ÿ˜‰

  4. ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง

    wow.
    tahniah.

  5. hurm,harap yg lg 10 tue jd mcm avatarang…amin

  6. dari pada yg 10 2 mula..baik jgn mula lgsg..lagi baik..hehehehe

  7. Hmm…mmg bernas…mmbuatkan saya rase nk benti merokok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: