gerhanamataharisolareclipse

Cerita 1

Pada suatu masa dulu, terdapat sebuah masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah daerah di Tanah Besar China. Mereka hidup hanya dengan menyara diri sahaja. Bercucuk tanam dan memelihara ternakan menjadi asas kehidupan mereka. Semuanya berjalan normal sehinggalah satu hari yang tenang, tiba-tiba mereka sedar sesuatu telah berlaku pada matahari. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, namun mereka sudah pandai membezakan bila siang akan menjelama dan waktu malam akan tiba. Kejadian pelik kehilangan matahari sedikit demi sedikit membuatkan mereka berasa tidak tenang. Mereka tahu tanpa matahari tanama mereka tidak dapat tumbuh dengan subur. Dalam kepercayaan mereka, terdapat seekor naga tinggal di awan.  Mereka merasakan naga tersebut telah bangkit dan makan matahari sedikit demi sedikit. Mereka merasakan hal ini tidak boleh dibiarkan kerana matahari sanagt penting, maka mereka mengambil keputusan mengumpulkan semua gendang yang ada dan mula memukul gendang untuk mengelakkan naga tadi terus memakan matahari. Sedikit demi sedikit matahari muncul kembali. Mereka berjaya mengelakkan naga tadi terus memakan matahari.

Cerita 2

Avatar: Bender Angin Terakhir

Episod Hari Matahari Hitam – Penaklukan Gerhana

Dalam usaha mengalahkan Firelord Ozai, Avatar Aang harus mengetahui apakah kelemahan Firelord. Hanya dengan memanipulasi kelemahan Firelord, Avatar Aang dapat menghentikan peperangan yang telah berlaku sekian lama. Setelah membuat kajian, Sokka mengetahui bahawa Puak Api tidak dapat membuat bender api ketika gerhana matahari berlaku. Maka mereka merancang untuk menakluk negara Api pada waktu gerhana matahari berlaku sekaligus Avatar Aang mengalahkan Firelord Ozai sewaktu dia tidak berdaya membuat serangan. Dengan bantuan dari Puak Tanah dan Puak Air, serangan dimulakan pada Hari Matahari Hitam. Dengan rencana yang telah disusun Sokka, mereka pasti kali ini mereka akan berjaya menakluki Negara Api, menghentikan peperangan dan Avatar Aang dapat mengalahkan Firelord Ozai. Namun semuanya tidak berjalan sperti dirancang. Kelemahan Puak Api sudah pun diketahui puak itu sendiri. Gerhana yang hanya berlaku dalam tempoh yang singkat tidak dapat mengubah apa-apa. Kemunculan matahari semula menyebabkna Puak Api dapat melakukan bender api semula. Hampir semua askar Puak Tanah dan Puak Air menjadi tawanan perang. Avatar Aang, Sokka, Toph, Katara bersama askar-askar kecil yang lain berjaya melarikan diri. Perjuangan mereka belum selesai. Ikuti sambungan episod akan datang ^_^

Cerita 3

Buletin Utama, TV3, 14 Januari 2010, Khamis, 8.00 p.m.

Satu fenomena gerhana Matahari separa akan berlaku pada 15 Januari 2010. Gerhana matahari yang akan dijangka berlaku pada pukul 3.00 p.m. sehingga 6.00 p.m. Menurut kajian, gerhana ini akan berlaku lagi selepas ini pada 9 Mac 2010. Sehubungan itu orang ramai digalakkan supaya melihat gerhana yang jarang berlaku ini di Planetirium Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang ini

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 15, 2010, in Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: