lelaki dan anu-anunya

Sedang  aku menjamah makanan, aku terlihat seorang bapa sedang asyik melayan anak-anaknya makan. Terlihat keceriaan pada muka anak-anak tadi. Ayah yang terlihat sedikit letih kerana melayan anak-anak tadi dengan pelbagai karenah melihatkan beliau seorang ayah yang penyayang. Mana taknya, sudah la melayan karenah anak seorang diri semua anak-anak beliau ‘jantan-jantan’ belaka. walaupun dah Beberapa ketika aku memerhatikan si bapa dan si anak, aku tak melihat pun kelibat si ibu di situ. Tak tau mungkin si ibu memang tak ikut atau ada sebab-sebab lain.

———-

Selesai mengisi perut, aku berlalu dari tempat aku makan meninggalkan si bapa dengan anak-anaknya tadi. Waktu solat pun dah masuk, jadi aku ambil keputusan pergi ke musolla sebelum meneruskan aktiviti yang telah aku rancang. Sampai aku di musolla, tiada kelihatan sesiapa di dalamnya. Mungkin sebab waktu solat baru sahaja masuk dan musolla kecil sebegitu rupa tiada siapa yang menjadi muazzin. Aku mengambil air sembahyang, seketika kemudian seorang dua mula masuk untuk turut menunaikan kewajipan kepada Ilahi. Seketika aku menanti jemaah lain untuk selesai mengambil air sembahyang. Setelah agak mula ramai aku mula melaungkan Iqamat mengajak semua untuk solat berjemaah. Kelihatan semua mula menolak antara satu sama lai untuk tidak menjadi imam. Aku yang sudah selesai melaungkan Iqamat masih menunggu siapa yang bakal mengimamkan solat. Kelihatan si ayah tadi menerima dengan sedikit tidak senang hati untuk menjadi imam.

———-

Alhamdulillah, selesai sudah solat kami dengan berimamkan ayah yang penyayang tadi. Namun dalam hati kecil aku berkata, sudahkan aku bersedia untuk menjadi ayah seperti lelaki tadi. Dalam khusyuk aku solat tadi aku ada perasan beberapa perkara sejak mula sehingga akhir pada diri si ayah tadi. Bukan nak mengata diri aku ni perfect cuma nak mengingatkan diri aku juga. Pertama, sebagai bapa atau pemimpin keluarga kita tak seharusnya merasa satu tekanan untuk mengimamkan solat kerana kita merupakan pemimpin di rumah tambahan semasa di musolla tadi hanya si ayah tadi yang dilihat paling layak. Kedua, sebagai umat Islam harus kita mengetahui cara-cara bacaan ayat-ayat suci walaupun tidak sehingga tahap tinggi cukup sekadar tahap untuk betul bunyi dan makhraj-makhrajnya. Ketiga, kita harus mempersiapkan diri kita untuk mengetuai orang lain terutama di khalayak umum sebab kita sudah pun menjadi tanggungjawab seorang lelaki.

———-

Perkara hari aku ambil menjadi iktibar bagi diri. Penyayang sahaja tidak cukup untuk anak-anak. Pimpinan dari segi duniawi dan ukhrawi yang betul juga perlu supaya anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

p/s: aku bersyukur ke hadrat ilahi mengurniakan aku seorang abah yang hampir sempurna mendidik anak-anak di samping bantuan mak.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 24, 2010, in Dakwah, Renungan. Bookmark the permalink. 42 Komen.

  1. berat tanggungjawab seorang bapa..dia la ketua keluarga..dia la segalanya….sebelum menjadi seorang bapa..org tu kena bersedia terlebih dulu…nice post🙂

  2. hehe…sesama…tp skrg ni byk betul kes buang anak..klu xbersedia xyah wat anak..cian baby xberdosa tu..

  3. kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah takdok tolok bandingnyerrr.. ghitewww

  4. hehe…insya Allah..sama2 la kita🙂

  5. bapa tunggal…mungkin..?

  6. heheheheh mungkin sbb dia stress kowt layan anak2 dia.. pastu bila time nak solat, main tolak2 pulak.. so dia bengang la.. pastu mungkin dia cakap dalam hati “nak suh jadi imam pun nak tolak2.. aku je la buat” so, tu la muka dia macam marah2😛 just my 2 cents😛

  7. bley jd ciri2 menantu pilihan ayah nie

  8. yolah…watak dalam citer tue

  9. ni cite rekaan ke cite betul?..klu cite rekaan pemerhati tu pun dikira watak..klu cite betul..pemerhati@penulis post ni la kan?..betul x..hehehe

  10. sbb tu prg zaman2 dlu,nak pilih calon menantu…kene jdi imam kat umah dlu kan….ehehe..

  11. hehe..rean rasa cite betul…betul ke tekaan rean ni avatar?..hehe

  12. la…copy paste je ke..mati2 rean igt pemerhati tu avatar..hehe

  13. rse mcm btoi laa…rsenya lokasi tue kat vello

  14. hehehe…authenthic tu apa maknanya ye?..hehehe..adik…nape instinct kita sama ye..masa mle2 akak bc cite ni..akak terbayang kat velo..serious..mgknkah??..avatar je bleh jwb..hehe =)

  15. oh..authentic maknanya asli ye..bru tau..hehe…teror rean n adik zahra teka..cm tmpt je slh..xmgkn cite mcm ni copy paste je..hehe🙂

  16. sudah bersediakah anda??? hehe=)

  17. hehehe…mestila kami berdua teror…tiba2 plak teringat permintaan diner plate adik zahra..rean pun nk jgk..hehe🙂

  18. hehe..akak sokong adik 100%..tgk la nnt..mggu dpn ke..nnt kt kuar mkn mlm sesama ye..akak igt nk g jog kt tsk mggu dpn..excited ni..hehehe

  19. hehehehe…da janji kan..jgn la sesedih ye =)

  20. hehehe…tya adik zahra ble dia free…nnt kt kuar sesama ye..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: