Sebulan Sudah

Esok dah hari jumaat. Kejap je rasa hari berlalu. Dalam sedar atau tak berapa sedar dah sebulan aku naik semester baru. Sis Zahra pun sama jugak, bro BilikSebelah pulak dah sebulan lebih jugak tinggalkan blog ni tanpa sebarang tinggal jejak. Dalam sempat tak sempat, hari terkomen kat mukabuku(FB) bro BilikSebelah. Kata dia, dia ok je dengan tugasan yang dah dipikul cuma tenet je tak dapat nak guna kat sana. Tenet sekolah je blh, kat rumah tak masuk tenet lagi. Tak pe la, aku tak mengharap bro dapat luangkan banyak masa dia kat blog ni lagi. Mungkin satu hari nanti dia akan teringat blog ni dan mahu meneruskan penulisan beliau kat sini ^_^ tugas aku kena jaga blog yang telah beliau terbitkan ni. Aku pun sayang blog ni jugak sebab blog ni la aku agak rapat dengan bro BilikSebelah, sis Ixora, bro Bat dll lagi.

Dalam sebulan ni jugak aku cuba naikkan semula blog yang dah bersawang-sawang ni untuk mencapai hit dalam blog popular pada dashboard wordpress. Walaupun blog ni mengesot perlahan-lahan,tapi berjaya jugak duduk dalam top 100 blog of the day ^_^. Hit hari-hari pun tak  kurang 150 hit. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang regular mahupun yang sekali-sekala.

Kalau ikutkan dah sebulan jugak la aku tak balik rumah. Antara sebab duit tak mengizinkan. Sebab lain 2 minggu lepas ada kursus KOAM untuk menyiapkan diri mengambil ujian gred 3 pada bulan April dan melibatkan diri sebagai pegawai semasa Acara Larian Mesra dan Kejohanan Olahraga Tahunan. Minggu lepas pulak ade kelas ganti untuk cuti Tahun Baru Cina.

Namun, Alhamdulillah minggu ni free jadi aku boleh pulang ke kampung halaman. Tambahan pula sebagai warga Wilayah Persekutuan yang sementara,aku dikurniakan cuti pada hari Isnin bersempena hari penubuhan Wilayah Persekutuan, Sebab lain, aku berwang untuk membiayai tiket bas pulang ke kampung halaman. Tidak dilupa 1hb februari merupakan Hari Kelahiran Mak ku yang tersayang, jadi aku ingat nak sambut sikit la kat rumah.

Jadi aku amik ruang dan peluang kat sini utuk ucapkan selamat bercuti kepada warga wilayah pada hari Isnin (awal sikit ucapan ni sebab esok dah sempat nak buat entri sebab etrlalu girang utnuk pulang ke kampung halaman ^_^ ). Apa pula planning anda semua pada hujung minggu ni? Sama macam aku untuk pulang ke kampung halaman? Atau ada planning lain yang lebih menarik dan tertarik. Kepada yang belum ada rancangan cuba la bersiar-siar ke KL Pavillion, lecturer aku kata ade pokok sakura kat sana bersempena Tahun Baru Cina. Tak pun boleh ke mana-mana shopping complex untuk berhabisan duit bersempana sale Tahun Baru Cina juga. Rasa tak best lagi cuba la pergi la menonton wayang, orang kata Adnan Sempit best, Tooth Fairy pun best jugak. Tapi kalau malas nak berjalan, duk je rumah rehat-rehatkan diri yang dah penat 5 hari bekerja.

Jadi selamat berhujung minggu bersama orang yang tersayang.

“Sebulan dah berlalu, tinggal sebelas bulan je 2010 dan tinggalkan kita”

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Januari 29, 2010, in Merapu Post, Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. hehehe…meriahnya post ni…berwarna warni…nmpk sgt avatar ngah hapy..hehehe..selamat pulang ke kg halaman..adik zahra blek x mggu ni?

  2. saya x balik laa ka rean…kehabisan duit…hehe x ler,rse bnyk lak duit keluar utk balik 3 hari jer…hik3….minggu nie pon x jalan mana2 pon sbb nak berjimat…hehe…

  3. nape adik akak berjimat ni..ada nk beli brg ye..cianya dia..xpe2..rya cina nnt blek ye..mst family da rndu adik..hehe

  4. “Sebulan dah berlalu, tinggal sebelas bulan je 2010 dan tinggalkan kita”

    .. dalam tuh. sangat dalam.. haishh.. betapa tak productive nya selama sebulan nie.. asehman~….

    ps. selamat bercuti pada kamu juga! ;))

  1. Pingback: Alhamdulillah…tahniah « BS: Bilik Sebelah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: