Alhamdulillah…tahniah

Setelah berpecah kepala memikir cara penyusunan terbaik untuk entri baru dapat juga aku mengupdate dengan entri yang lebih bermakna. Jadi aku buat keputusan nak mula dari bawah sebab aku rasa tanpa di bawah pastu tiada di atas ^_^ Alhamdulillah dapat juga aku pulang berhujung minggu untuk menghabiskan cuti 3 hari aku. Dapat juga la aku berjumpa mak ayah dan adik-adik.

Aku tak tau nak masukkan isi apa dalam entri. Ok la aku cite serba sedikit apa yang berlaku pada cuti hujung minggu tu. Aku telah diajak atas jemputan seseorang untuk menghadiri majlis pertunangan seorang kawan kepada kawan aku. Aku tak de hal nak pergi mana-mana majlis pun janji ada teman dan ada jemputan yang confirm bukan hanya ajakan yang jenis ajak-ajak ayam je ^_^ Terima kasih aku ucapkan kepada tukang ajak dan orang yang telah bertunang kerna tanpa mereka aku tak mungkin pergi ke majlis tersebut dan mungkin juga majlis tu tak wujud ^_^ Namun aku rasa agak janggal la sebab aku pergi majlis tunang. Biasanya tunang lebih utamakan ahli keluarga dan sanak saudara. Tapi tak pe la, dah sampai sana pun dan aku gembira dapat meneman kawan aku yang ajak tu kerana beliau tak de teman lain selain aku untuk diajak ^_^ AKu amik kesempatan ni nak ucapkan tahniah kepada orang yang bertunang@Naq kerana majlis berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih jugak pada tuan rumah yang sediakan hidangan yang sangat menarik berupa telur itik masak lemak, ayam goreng berempah, rendang daging, sayur apa ntah, pelbagai pemanis mulut dan macam-macam lagi. Aku harap nanti dah makan ansi minyak jangan lupa ajak aku lagi ye ^_^

Dalam cuti tu jugak la, ada buat sedikit sambutan hari jadi untuk mak aku. Tak la buat kenduri besar-besar tapi cuma abah aku belanja satu famili makan KFC. Seronok sangat rasanya dapat berkumpul dan meraikan hari gembira bersama-sama. Namun abang aku tak dapat hadir bersama kerana dia sedang bekerja.

Cuti yang 3 hari yang dikurnia dihabiskan dengan sempurna. Apa taknya, aku dapat jumpa semua orang tersayang ^_^ Dapat makan yang sedap-sedap pulak tu. Masa nak balik institut mak aku siap bekalkan lauk faveret aku, asam pedas ikan pari yang terbaek dari periuk ^_^ Sekian je coretan aku. Tak tau nak cite apa la. Jumpa dalam entri berikutnya.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 3, 2010, in Khas, Pengarang. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. hehe…ske entri ini…klu kat fb bleh klik “like”..hehehe…kat sini kena taip je…i like this entry..hehe🙂

  2. hehe…sesama😉

  3. hepy besday mak
    semoga mak dapat anak2 yg baik, soleh dan solehah
    heeeeeeee

    ingatkan tuan rumah yg bertunang
    ekkekek

  4. tuan rumah bilik sebelah bile nk bertunang??? hehe

  5. hehehe…mak xdapat anak yg solehah..tp insya Allah dpt menantu yg solehah…doa dr rean utk mak avatar yg tercinta🙂

  6. hehehehe..amin..hehe..mcm mn avatar tau rean kenal mak avatar ni?🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: