Tournament Traditional Games

FUHHH!!..

letih masih melekat dalam diri. Alhamdulillah..selesai jugak tournament traditional games kali ke 53..seiring dengan kemerdekaan Negara MalayAsia. Walaupun aku bukan perserta yang tergolek-golek bertanding, tapi keletihan sebagai pegawai pemerhati sangat la tidak terperi letihnya. Kalau jadi peserta lagi tak tau tahap berapa tangga gaji kepenatan mereka ^_^. Sekali lagi aku mendakikanmemanjatkan kesyukuran berjaya jugak tournament ni dilangsungkan.

Semasa tournament tadi nampak la Cik Kiah, Nek Senah, Pak Mu dll lain-lain sibuk mengomel kat atas stage setinggi 4 inci setengah berkait walhal gelagat peserta-peserta disulami ketawa kecil melihat kejatuhan peserta yang asyik bermain. Mana taknya ada yang terbang-terbang, tersungkur-sungkur, yang jadi mcm Tiger Wood, yang jadi macam James Button pun ada. Cukup banyak gaya-gaya peserta yang penuh dengan adrenalin untuk cuba mengumpul mata bagi pasukan masing-masing.

Tournament kali ni menyajikan berbagai acara yang menarik. Mana taknya semua ni legasi yang di unjurkan dari zaman awal merdeka sehingga sudah 53 tahun merdeka. Antara acara yang disajikan tarik upih, konda-kondi, baling selipar, tuju para, baling tin, main guli, main getah, congkak dll..cukup banyak kalau aku nak sebut sampai melebih keletihan dari jadi pegawai pemerhati. Jumlah semua acara melebihi jumlah tahun kemerdekaan negara ni. Cukup banyak dan cukup menarik ^_^

Dalam banyak-banyak acara, satu acara yang meraik minta aku tadi adalah acara konda-kondi. Dahsyat peserta yang memainkannya. yang tukang pukul aku tengok dah macam Tiger Wood tak jadi, yang tukang tangkap dah macam penangkap burung yang tak guna jaring. Sampaikan 3 pusingan dah selesai, semua peserta tak puas hati dan sanggup membayar pegawai-pegawai yang bertugas untuk menambah satu lagi pusingan. Dah macam main futsal tambah jam la pulak ^_^ Namun pegawai-pegawai ni pandai, dah dapat duit pusing yang seterusnya semua pendek belaka, mana taknya semua dah kepenatan melihat karenah pemain.

Pemenang keseluruhan pasukan warna Jingga Kundang dengan melihatkan hampir 3 per 4 daripada pasukan mereka injured. Menunjukan semangat kesukanan mereka sangat tinggi. Aku lihat front line mereka semua badan kecik-kecik je, paling besar pun macam pemain soccer kids kat TV3 2 je. Namun menurut pakar cerdik pandai, Si Keldai boleh duduk banglow kalau hari-hari tarik cart, tapi Si Kancil hanya boleh duduk kat lubang pokok kalau asyik bersenang-lena je ^_^

Coretan Pegawai Pemerhati Tournament Traditional Games ^_^

p/s: cerita hanya rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mendahuli kita.

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 9, 2010, in Budaya, Merapu Post, Minda dan Permainan. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. sukan tradisional makin dilupakan.. bagusla ade program mcm ni… best wooo.. tp, cerita ni hanya rekaan??? hurm.. jadi pelik

    • tournament 2 xde la..tp ktorg tgk sbk wat presentation permainan tradisional kat kolej..tujuannye xlame lagi ikut kata lecturer ade karnival permianan tradisionla..hehe..

  2. huih..bestnya…..apa hadiah?hik3…x der2…apa pertandinga yg dipertandingkan?

  3. As an serious gamer fan, I just needed to pop you a
    brief word or three to say thqnks for placing this great info up.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: