Patuhi Syarat-syarat Yang Ditetapkan, Jika TIDAK…

Anda masih fobia?? kalau jawapan anda YA jangan teruskan baca entri ni. ^_^ Aku memberikan saranan penuh supaya anda menekan link ini untuk pergi ke satu sudut yang lebih sesuai untuk bacaan anda buat masa ni. Aku bukan melarang anda yang masih fobia untuk baca entri ni tapi aku risau ‘penyakit’ fobia yag dah sedia ada akan bertambah dengan fobia yang bakal anda terima dari entri ini ^_^

Amacam..dah fobia belum?? Bagus andai jawapan yang terpacul dari mulut anda adalah YA, maka teruskan pembacaan terhadap entri ini. Namun andai andahanya mahu lalu dan tidak mahu meninggalkan jejak pada entri ini, aku menyarankan pula anda menekan link ini kerana bacaan ini masih tidak memenuhi kriteria diri anda ^_^ jadi aku harapkan pengunjung yang membaca harap memenuhi pra-syarat yang telah aku tetapkan. Jangan sesekali curi-curi baca sebab aku tau siapa yang tak memenuhi pra-syarat aku tapi baca entri aku ni ^_^

Sampai masanya aku mulakan entri baru ni ^_^ Walaupun begitu, syaratnya anda yang sudah memenuhi syarat di atas harus baca entri ini sampai habis. Jika tidak, anda telah melanggar syarat yang telah aku tetapkan. Aku tau siapa yang hanya curi-curi baca entri ni.

Wah..begitu banyak syarat-syarat yang aku telahtetapkan untuk pembaca sebelum membaca entri aku kali ni. Sorry..bukan niat aku nak menghalang anda semua baca entri kalai ni. Ayat-ayat merapu kat atas tu hanya untuk menarikmenolak minat anda baca entri ni. Kalau kurang minat atau hilang minta terus pun aku tak salahkan anda semua andai anda tidak mahu lagi baca entri ni. Hari aku melihat aspek Syarat/Peraturan/Undang-undang yang sering kita hadapi secara sedar atau tidak. Sering kali dalam hidup sehari-hari kita bertemu dengan perkataan/ayat mudah Peraturan dan Undang-undang atau pada zaman sekarang orang lebih suka baca yang tertulis kat atasnya RULES AND REGULATION. TAk dinafikan biasanya ayat bagi Peraturan dan Undang-undang kurang jelas dan nyata berbanding ayat yang terkandung dalam Rules and Regulation. Mari kita lihat sejenak berkait Peraturan dan Undang-undang hasil dapatan dari Wikipedia.

Peraturan (rules) adalah standard bagi sesebuah aktiviti atau perkara.

Undang-undang (regulation) adalah kawalan terhadap tingkah laku manusia atau masyarakat oleh peraturan.

Maka di sini boleh la aku katakan bahawa perkataan syarat membawa maksud lebih ringan, diikuti perkataan pertauran yang sederhana beratnya dan undang-undang yang lebih serius maksud yang dibawanya. Aku tak dapat menyatakan sejak bila undang-undang pertama telah digunakan oleh manusia bersama-sama peraturan yang dirangka bagi memenuhi syarat-syarat yang termaktub. Pada pandangan aku la, syarat/peraturan/undang-undang ni sudah ada sejak kewujudan manusia pertama iaitu sejak wujudnya Nabi Adam A.S kerna beliau telah dibuang ke bumi kerana telah melanggar peraturan yang telah di tetapkan Allah S.W.T dengan memakan buah khuldi. Maka syarat/peraturan/undang-undang telah pun ada sejak zaman berzaman lagi.

Kadang-kadang aku rasa, benda-benda ni agak menyusahkan namun setiap benda ada baik dan buruknya. Sesekali kita rasa sakit/tak suka/jerit/perih dsb. untuk mengikut syarat/peraturan/undang-undang yang telah termaktub disekeliling kita namun semua ni harus kita hadapi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Cuba kita fikir kalau peraturan ni tak ade,mungkin kita nak minum air pun tak boleh. Sebabnya mungkin punca-punca air dah habis tercemar disebabkan kerakusan manusia, sedangkan yang ade peraturan sekarang ni pun manusia boleh je kotor/musnahkan punca air kita.

“Syarat-syarat perlu dipenuhi, Peraturan-peraturan perlu diikuti, Undang-undang perlu dihayati

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 22, 2010, in Ilmu, Renungan. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. salam persahabatan teruskan berblog

  2. kenapa org sekarang susah sgt nak ikut peraturan…suka musnahkan alam dan menyebabkan pemanasan global skrang…huhu..kalau xda peraturan dan undanag2 mesti lg teruk..betul x? hehe =)

  3. hehe…tau xpe…mrh tul tgk org yg musnahkan alam..cian generasi akan datang..mesti lg teruk…

    wah….i like cramer rule’s…senang betul nak dpt jawapan..cuma elak cereless mistake =)

    • sabar rean..mrh je pun xgne..kt cbe la wat ape yg ptt mcm kurangkan gne bahan yg sukar d’kitar semula ke..

      mmg sng tp agak bahaya..hehehe..btl 2..elak careless mistake..

  4. hehe…betul3…kurangkan penggunaan air cond jgk..pakai kipas je..hehe…
    akhir kata dari rean..gunakan la rules utk dpt A dalam LA..hehehe🙂

    • itulah yang salah seorang panel masa forum integriti alam sekitar cakap..kurangkan air-cond utk kurangkan pemanasam global..

      ye la rean..cremar rula mmg cari A, a1,a2, a3..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: