karnival kraf jalan conlay

courtesy: http://www.kraftangan.gov.my/hkk/

Hari ni Pak Kasim dan Cik Bunga bangun awal pagi. Mana taknya semalam diorang dah berpakat nak kuar berasmara dana hari ni. Semalam Pak Kasim memberi pesan menggunakan poskan pada Cik Bunga melalui posmen kecil@ayu dengan bayaran sebanyak dua posen. Posmen tak berdaftar pun kena bayar dua posen, mau bankrap getus hati kecil Pak Kasim. Dalam poskad Pak Kasim dengan gambar pokok getah kebun Ah Seng yang Pak Kasim tangkap sendiri guna kamera DSLR jenama ninon, Pak Kasim menyatakan hasrat ringkasnya bersiar-siar di Bandar Kuala Lumpur esok. Balasan poskad dari Cik Bunga beliau bersetuju danmahu bertemu di pohon kasturi belakang rumah Nur Amani.

Berkayuh Pak KAsih menuju pohon kasturi yang dijanjikan, tapi Pak Kasim belum nampak kelibat Cik Bunga pada pohon tersebut. 5 minit penuh kesabaran Pak Kasim menunggu baru Cik Bunga tiba. Perjalanan diteruskan ke stesen LRT terdekat. Cik Bunga kata nak gi Karnival Jom Kecoh kat Lembah Jalil. Pak Kasim layan je. Cik Bunga kat dia tak pernah sampai Karnival tu lagi. Sampai je kat sana xsampai setengah jam, Cik Bunga dah ajak balik, alasan beliau nak panas terik melayukan bunga yang terselit pada telinganya. Pasni Cik Bunga kata nak gi pasar tengah kat tengah-tengah Kuala Lumpur pula, Pak Kasim layan lagi.

Dalam satu jam, lawatan di pasar tengah habis. Kali ni Cik Bunga dah tak tau nak becumbu di mana lagi. Pak Kasim dengan impromtu sebut pencawang Kuala Lumpur. Cik Bunga tak kisah. Naik LRT bukan susah, guna sentuh dan pergi amat memudahkan. Namun Pak Kasim dan CIk Bunga sempat sampai kaki pencawang je, niat hati nak tawan puncak pencawang. Alasan Pak Kasim, takut makin layu bunga kat telingan Cik Bunga. Destinasi seterusnya Karnival Kraf Jalan Conlay. Kali ni Cik Bunga bersama Pak Kasim guna khidmat driver. Percuma khidmat drebar ni, tersenyum lebar Cik Bunga dapat naik Limo tu. Sampai sana, Cik Bunga terus meluru bahagian batik, mau rembang mata Cik Bunga melihat barang-barang yang dapat meleburkan duit di kanan, kirinya. Bukan batik je yang ada Pak Kasim perasan ada hasil kraf kayu, anyaman, tenunan makanan dll lagi. Cik Bunga siap kata lagi, kenapa tak ajak datang sini dari pagi. Pak Kasim tersenyum ikhlas, sambil berkata lain kali boleh bercumbu kat sini lagi ^_^

Seronok nampaknya Pak kasim dan Cik bunga bersiar-siar hari ni. Cerita 2 hanya rekaan. Ye la nak masukkan ada karnival-karnival yang boleh anda semua kunjungi hujung minggi ni@27 dan 28 feb 2010. Seperti yang anda sudah sedia maklum kat bukit jalil ade karnival Jom Heboh anjuran TV3. Lagi satu karnival yang aku nak selitkan kat sini adelah Hari Kraf Kebangsaan yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay sehinggan 8 Mac 2010. Aku tak nak banyak sangat terangkan pasal Jom Heboh sebab pada aku la, peniaga kat sekitar stadium lagi ramai dari official sponser punya peniaga untuk Jom Heboh, jadi aku tak rasa sangat kemeriahan Jom Heboh macam satu masa dulu la.

Aku nak cerita lebih pasal Hari Kraf Kebangsaan sebab aku rasa benda ni boleh lebih dibanggakan. Aku rasa bertuah sangat dilahirkan kat Malaysia yang banyak dengna hasil-hasil krafnya. Aku pun tak tersedar benda tu semua sebelum ni sampailah tadi lepas aku buat kunjungan pesta kraf ni. Memang menarik, cukup hebat, bombastik, dan tak boleh nak ucapkan dengan kata-kata la. Kalau nak tau, berkunjung sendiri, baru tau apa yang aku cakapkan ni. Bak kata seorang teman, sangat berbangga jadi rakyat Malaysia semasa berkunjung pesta kraf tersebut. Untuk maklumat lanjut lawat LINK ni. Ada disediakan shuttle bas percuma kat tempat-tempat tertentu..boleh periksa di laman sesawang rasmi bagi karnival ni. gerai yang disediakan pun sangt selesa kerana dilengkapi air-cond, ade kemudahan tempat makan, surau, ATM dsb.

Aku rasa tu sahaja untuk entri kali ni ^_^ AKu menyeru sempat-sempatkan diri la pergi ke sana ^_^

“Kraf Malaysia, Anak Malaysia, Tak sia-sia”

***sekian***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Februari 27, 2010, in Pengarang, Semasa. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. hehehehehe…cite yg sgt2 menarik…hehe =)

  2. cite pak kasim ngan cik bunga…wat rean senyum sorg2 jek baca cite tu…hehehehe…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: