Oh si tua,dimana anakmu?

Oh Anak…Kalaulah Kau tahu…bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..

Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan. Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

x percaya? mari sama-sama baca keratan akhbar dibawah

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Kurang ajar! Biadap! Tak kenang budi! Hanya perkataan seperti itu yang layak digelar kepada si anak. Anak yang dibesarkan dengan susah payah selama ini memberi balasan seumpama ini kepada ayahnya. Mana pergi tanggungjawab dan amanah yang terpikul? Sadis sekali saya membacanya.

Semalam, semasa sedang bersembang dengan bapa, tiba-tiba bapa saya menceritakan tentang kisah seorang ayah yang dihantar ke rumah orang tua oleh anaknya. Sedih sekali. Tergamak anaknya berbuat begitu.

Ayah yang terlantar uzur tidak bermaya , yang mengharapkan perhatian anaknya tatkala diri ini sudah menuju ke penghabisan usia. Oh anak, tergamaknya dikau membiarkan dia sendirian

Ini belum dicampur lagi dengan kebanjiran  si tua ditepi-tepi jalan untuk meminta sedekah. Tatkala saya lalu-lalang disebelah mereka, saya terfikir dimanakah anak mereka? Anak jenis apakah ini yang sanggup membiarkan ibu-bapa sendiri meminta sedekah ditepi jalan? Mana dia perut-perut yang disajikan makanan dari titik peluh seorang ayah dan ibu? Tergamak mereka.

Disini juga saya ingin selitkan kisah seorang anak yang mulia. Marilah sama-sama mengambil iktibar dari kisah ini

Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya.

Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.

Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan.

Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi.

Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa.

Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.

“Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak.

“Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.

“Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”.

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Renungilah kisah diatas. Seperti mana yang kita sedia tahu, khinzir merupakan haiwan yang haram. Jika kita renungi kisah diatas, walaupun ibu dan ayah pemuda tersebut telah bertukar menjadi khinzir, tetapi kasih sayang pemuda tersebut terhadap ibu dan ayahnya tidak dipisahkan melalui sifat fizikal ayah dan ibunya. Pemuda itu sedar bahawa walaupun ibu dan ayahnya seekor khinzir, tanggungjawab untuk membahagiakan mereka masih tidak terlepas dari bahunya. Contohilah pemuda diatas.

Wahai pembaca sekalian. Jika anda salah seorang anak yang membuang ibu dan ayah anda, bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi anda. Jagalah ibu dan ayah anda sebaiknya. Walaupun ibu dan ayah anda pernah melakukan kesilapan, maafkanlah dan terimalah mereka . Mahukah anda jika anak-anak anda melakukan perkara sedemikian kepada anda? Insaflah dan sayangilah ibu bapa anda selama mereka masih ada. Jika sudah terlambat,titipkanlah doa untuk mereka kerana sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan salah satu bekalan bagi mereka ketika berada dialam sana. Akhir kata dari saya, sayangilah ibu dan ayah selagi mereka masih ada dan titipkanlah doa hingga keakhir hayat anda untuk mereka.

Allah telah berfirman: “Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu”.

zahra si bunga

Posted on Mac 16, 2010, in Dakwah, Ilmu, Pendidik @ Pendidikan, Renungan, Semasa. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. susah nak ckp ngan org2 sekarang ni zahra…ada yg baik..ada jgk yg xbaik…apala salah mak bapak tu sampai sggp diorang wat cam 2..harap post zahra ni menjadi iktibar utk kita semua…

  2. amin kak rean…..kdg2 saya terfikir,anak2 yatim perlukan ibu bapa.Tapi anak2 yg ada ibu bapa buang ibu bapa mereka…sama la juga dgn keluarga yg x mempunyai anak,mereka memerlukan anak.Tp yg ada anak,buang anak mereka…inilah manusia zaman sekarang kak rean.

  3. betul tu dik…da nak akhir zaman ni mcm2 benda yg jadi..sebagai hamba-Nya kita berdoa je la kita xtergolong dalam org yg xreti hormatkan ibu bapa n bakal ibu bapa yg xmenghargai zuriat yg dikurniakan..

  4. sebaliktabir

    maaf BS @ Zahra… tak baca habis sebab mudah mengalir airmata… semoga kita menyedari kita bukanlah sesiapa tanpa mereka yang lebih dulu dari kita… Berdoa la selalu agar waris kita kelak tidak seperti itu….

  5. kak rean dan sebalik takbir…semoga kita x tergolong dalam golongan tersebur dan waris kita juga nnti tidak begitu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: