Bermula Semula

Salam Sejahtera kapada semua pembaca biliksebelah.wp

Setelah terbiar sekian lama blog ni, akhirnya aku terdetik untuk menulis semulad dalam ruangan maya ni. Mungkin selama ni aku dan yang lain-alain telah mensia-siakan ruangan ni, aku cuba yang terbaik untuk BERMULA SEMULA menyayangi blog yang telah sekian lama aku tinggalkan. Kali ni entri aku tiada fakta-fakta menarik yang ingin aku kongsi. InsyAllah akan datang aku akan selitkan sedikit informasi-informasi yang boleh kita kongsi bersama.

Setelah sekian lama dan nak bermula semula ni, aku nak ceritakan sedikit perkembangan pemilik-pemilik (bukan satu tapi tiga pemilik) biliksebelah.wp.

En. Bilik Sebelah (selaku pemilik sulong) kini sudah bergelar cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di Negeri Johor. Aku sendiri dah lama tak berhubung dengan dia secara langsung atau secara maya. Aku rasa sekarang ni dia dah betul-betul berjaya jadi seorang guru yang berdedikasi (sebab tu tak sempat nak update blog ^_^). Masih single sehingga kini (sebab aku tak dapat apa-apa kad jemputan makan nasi minyak lagi dari dia)

avataraang ( adik pemilik kedua) masih dalam usaha mencapai gelaran cikgu. Masih meneruskan pengajian dalam tahun terakhir semester ke7. Dalam proses praktikum yang hampir tamat tidak lama lagi. Tengah cuba membuat satu entri baru dalam biliksebelah.wp. (tengah menulis sekarang ni ^_^)

zahra (pemilik bongsu) yang masih belajar mencapai gelaran guru sebenar juga.Aku dah lama tak tau apa perkembangan dia sebab jarang jumpa disesbakan aku sibuk berpraktikum. Aku rasa dia dalam keadaan sihat dan sedang berusaha menghabiskan asignment-asignment dia pada saat-saat akhir. Masih single dan tidak menumpukan dalam soal percintaan@pasangan hidup (agaknya, aku pun tak tau fakta yang ni ^_^)

Tu serba sedikit perkembangan kami semua. Sebelum aku menulis tadi ade juga aku klik-klik kat blogship. Ramai juga kawan-kawan lama yang dah tidak aktif berblog. Mungkin mereka dah guna Facebook dan twitter. Apa-apa pun selamat menanti entri terbaru dari biliksebelah.wp.

PANDANGLAH DARI PERSPEKTIF BERBEZA

Bermula Semula

***Sekian dahulu buat masa ni***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 12, 2011, in Merapu Post, Semasa. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. yeah…akhirnya setelah sekian lama…ada jgk entry baru…hehehe…welcome back avataraang…cantik theme baru..hehe ^_^

  2. Amboi2.. Wah, pertama sekali, sy nak puji blog ni… dah cantik dan nampak matang sekarang.. hehehe…

    Keduanya, sebagai seorang guru di sekolah luar bandar, mmg disini kemudahan internet adalah terhad… dan kerja sebagai guru junior amat2lah banyak… (kamu2 akan faham nanti lah.. hehe..) jd, tak sempat nak update… but, i will try my best bro and sis…

    Ketiganya, pasal jemputan tu, tunggu je lah… kalau ada, ada lah… kalau tak ada, tak ada la… tapi sy takkan lupa kamu semua… PEACE~! hehe…

    • Sebab theme je, nampak lain..hehe. Penerangan yang cukup dan lengkap. Baik cikgu ^_^

    • En. Bilik Sebelah dalam usaha mencapai matLamat untuk dapat APC dalam masa yang terdekat yer? Memang En. Bilik Sebelah sangat sibuk sampai lupa kat budak kecik nakal keLas dia duLu. ahaKs. =p. Still soLo or ngan kumpuL duit nak waT wedding of the century? All da best Din.

  3. huissshhh..lama betul terbiar blog nih. cikgu-cikgu sekarang ni semuanya memang busy agaknya…

    zahra single?? hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: