Jatuh…Hilang Kuasa

Dongeng

Pada Zaman Kesultanan Melayu, lahir seorang pemuda yang bakal berubah nasibnya. Gelaran diberi Sang Setiabangsa, kerana beliau setia akan bangsanya sendiri. Ketika usia meningkat remaja, Sang Setiabangsa menuntut ilmu persilatan daripada seorang guru yang handal, Guru Sinarbumi. Setelah sekian lama berguru, akhirnya selesai segala ilmu diperturunkan Sinarbumi pada Sang Setiabangsa. Semenjak itu, Sang Setiabangsa mula mengembara untuk mencari erti kehidupan sebelum berbakti kepada bangsanya kelak. Sebelum pemergian beliau untuk mengembara, si guru menyampaikan sebentuk keris sakti warisan turun temurun. Pesan si guru, jaga keris itu bagaikan nyawa sendiri, jangan jatuhkannya dari apatah lagi biarkan terhumban ke tanah. Tidak dinafikan, kehandalan Sang Setiabangsa tiada tandingan dengan ilmu yang penuh di dada dan dengan bantuan keris sakti pemberian si guru. Beliau mampun bertarung dengan seratus lanun tanpa gentar dan membawa kemenangan.  Siapa sangka yang dahulunya rakyat biasa telah menjadi Sultan Setiabangsa. Sultan yang baik hati, pemurah, handal hidup aman bersama permaisuri dalam negeri. Kerajaannya gagah dan mahsyur seluruh rantau kesultanan melayu. Namun, setelah sekian lama amanat si guru semakin dilupa. Pada satu malam, keris sakti terjatuh di atas singah sana. Tersedar Sang Setiabangsa beliau telah melakukan kesalahan besar. Kerajaannya diserang lanun durjana keesokkan harinya. Keris sakti tiada lagi berfungsi, tusukkannya tidak mampu memutuskan walau sehelai rambut lawannya. Jatuh keris sakti bermakna jatuh kerajaan Sultan Setiabangsa. Malang Sang Setiabangsa kerana jatuh keris sakti, jatuh juga kerajaannya serta hilang kuasa yang selama ini beliau pertahankan.

Pesanan Nenek

Nek Senah seorang wanita yang masih memegang kepada adat dan pantang larang orang Melayu. Dia sering mengingatkan anak-anak dan cucu-cucunya supaya jangan diperlekeh dengan pesanannya yang selari dengan pantang orang melayu. Pantang yang sering keluar daripada mulut Nek Senah terutama kepada anak daranya jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan si tua. Anak Nek Senah, Ros sering gemar menyanyi di dapur berjodoh dengan seorang usahawan dengan bergelar dato’ dan sudah berumur. Memang ada kebenaran disebalik nasiha Nek Senah. Nek Senah juga sentiasa berpesan, jangan jatuhkan alatan terutama alatan tajam kerana alatan tersebut akan hilang kuasa kerana kecil hati di jatuh-jatuhkan. Pernah cucu Nek Senah menjatuhkan pisau kecil di dapur, segera Nek Senah ambil dan mengasah pisau tadi. Dicubanya potong buah, kata Nek Senah pisau ni dah tak setajam dulu. Hilang sudah kuasa pisau kerana terjatuh. Nek Senah memang sentiasa menjaga alatan yang dia guna terutama alatan tajam.

Rasional

Aku menulis untuk berkongsi apa yang aku tau. Mungkin cerita ni benar atau tiada kebenarannya namun apa yang penting aku berkongsi. Kalau diamati dua-dua kisah ni, aku cuba kaitkan dengan kehidupan seharian. Apa yang aku faham daripada kisah-kisah ni, kita kena jaga barang-barang yang kita ada. Contoh yang aku nampak penggunaan pisau atau gunting. Kalau pisau atau gunting jatuh, mungkin struktur besinya akan retak menyebabkan pisau  dan gunting dah tak tajam. Kat sekolah dulu pun cikgu sains ada cakap, kalau magnet jatuh banyak kali magnet pun boleh hilang kuasa. Contoh lagi canggih, hanphone yang semua orang ade sekarang kalau jatuh habis berderai. Kalau dan sekali jatuh mesti ada yang tak kena pada handphone. Dalam konteks lebih luas, kuasa seseorang juga boleh dikaitkan. Sekiranya, seseorang yang berkuasa jatuh disebabkan isu-isu yang hangat tidak hairan beliau akan jatuh dan hilang kuasa yang dipegang. Boleh juga perkara ni dikaitkan dengan kerajaan, apabila seseorang yang berkuasa telah jatuh tidak hairan kerajaan yang diperintah juga akan jatuh dan hilang kuasa yang selama ni dipegang. Jadi jangan disia-siakan kuasa yang ada dengan menjatuhkan diri dan hilang semua kuasa tadi (ni bukan cerita politik, tiada juga kaitan dengan PRU Sarawak ^_^)

Moral Of The Story

kita perlu sayang barang-barang kepunyaan kita. Jangan sekelai kita jatuhkan alatan tu sebab alatan tu akan rosak. Bila dah rosak hilanglah kuasa pada alatan tu. Kuasa yang kita ada juga perlu dijaga dengan baik. Jangan kita menjatuhkan diri kita dengan isu-isu yang tidak elok. Ni mungkin pendapat aku je, kalau ada yang perlu diperbetul sama-sama kita ubah.

***Sekian buat masa ni***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 13, 2011, in Ilmu, Renungan. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. entry yg menarik…hehehe ^_^

    • thankz atas pujian rean 2 ^_^ selalu jugak alat tulis jatuh, sebab 2 datang ilham nak tulis entri ni. Kalau pen dah jatuh, mesti dakwat sekat2..tension btl ^_^

  2. Errr… uan penasihat,
    sy ada sedikit soalan…

    kalau JATUH hati, mcm mana ya ? apa yang akan rosak?? hehehe…

  3. Errr… tuan penasihat,
    sy ada sedikit soalan…

    kalau JATUH hati, mcm mana ya ? apa yang akan rosak?? hehehe…

  4. hehehe…ciannya cgu ni…pakai pen elok2 ye avatar…jgn dijatuh2 kan…hik hik….wah mr. bs…pikir sama mcm rean pikir…cm x komen je…haha…jawapan yg agak menarik tu avatar tuk soalan mr. bs..hehehe

  5. haha…like3…kiki🙂

  6. eh…rean bru perasan la…kat gmbr ada description pasal kita…menarik2…ni automatic ker?? hehe ^_^

  7. hehehe…ok2…rean da faham skrg..hehe..macih arep ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: