Teras Vs Elektif

Salam Sejahtera Kepada Semua.

Kali ni aku nak cerita sedikit berkaitan dunia pendidikan. Dunia yang tidak pernah lekang daripada kehidupan kita. Bila-bila sahaja pun kita boleh dididik, mendidik dan terdidik. Didikan secara formal, separa formal atau tak formal. Semua terletak pada tangan anda.

Namun hari ni aku nak berkongsi berkaitan pendidikan formal di sekolah. Lebih fokus kepada pendidikan formal sekolah kebangsaan. Matapelajaran teras (MT) dan matapelajaran elektif (ME). Ada ke matapelajaran-matapelajaran tersebut diajar di sekolah kebangsaan? Matapelajaran teras dan matapelajaran elektif bukanlah jenis matapelajaran seperti Bahasa Melayu, tetapi ianya adalah kategori matapelajaran. Di bawah MT terdapat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala ME pula selain daripada empat matapelajaran tadi seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Islam dll. Ni cuma mukaddimah untuk pegetahuan umum.

Sekarang ni aku nak tanya antara MT dan ME yang mana lagi penting? Mungkin kata hati anda akan menjawab matapelajaran teras lagi penting. Mungkin juga kata hati anda menjawab matapelajaran elektif kurang penting. Mungkin juga kata hati anda menjawab MT dan ME sama-sama penting. Jom kita ke angkasa untuk berfikir sejenak, bagaimana sesuatu perkara akan jadi penting atau tak. Yang penting mesti baik, hebat, berguna dan berharga. Yang tak penting mesti sia-sia, buruk, murah dan senang. Namun boleh ke kita menghukum ilu mana yang penting dan ilmu mana yang tidak penting.

Aku naik mesin masa untuk melihat pengajaran dan pembelajaran sewaktu aku kat sekolah kebangsaan dulu. MT mmg sangat dipentingkan. Mak pun selalu kata puji aku pandai kalau matematik dapat A, BM dapat A, BI dapat A. Tapi kalau aku boleh main recorder, lukisan dapat A pujian yang diterima tak sehebat masa aku dapat 5 A  UPSR. Jadi bagi pihak ibu bapa MT sangatlah pentingnya berbanding ME. Betulkah begitu?

Aku naik mesin masa lagi melihat latah guru-guru. Wow, minggu ni diadakan minggu Bahasa Melayu. Beberapa minggu lepas minggu Bahasa Inggeris. Minggu depan ada hari Matematik pula. Bagus guru-guru ni, sangat proaktif mengadakan pelbagai aktiviti luar kelas. Bulan depan ujian bulanan. Tengok jadual, BM, BI, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/Moral. Berhenti sejenak bersama-sama kit kat sambil berfikir, bilanya nak ada minggu pendidikan jasmani dan kesihatan? Ujian muzik tak ada ke?

Hari tu notis mesyuarat terpampang di papan kenyataan guru-guru. Guru Besar nak bertemu guru-guru sekolah keesokan harinya. Pesanan beliau jangan lupa bawa takwim sekolah. Dalam mesyuarat pelbagai agenda yang dibangkitkan GB. Pum..pang..pum..pang belaiu menyampaikan hujahnya. Cukup masa, beliau mengingatkan pesanan berkaitan takwim sekolah. Belek punya belek, GB bertanya minggu pendidikan jasmani bila nak buat? Semua guru senyap. Seorang guru senior menyuarakan pendapat ‘Cikgu, biasanya kita cuma buat minggu-minggu untuk matapelajaran teras sahaja’. GB membalas ‘Matapelajaran teras je ade minggu-minggu, kenapa matapelajaran elektif tak buat? Cikgu-cikgu tolong ambil ingatan matapelajaran teras memang penting, namun matapelajaran elektif tidak boleh diabaikan. Sekiranya didikan guru-guru betul Kerajaan malah negara mampu berjimat berjuta-juta ringgit sebab rakyatnya sihat pada usia emas disebabkan didikan matapelajaran pendidikan jasmani yang berkesan’.

Sekarang pada aku MT atau ME sama pentingnya. Tiada pelukis barang-barang yang kita guna tiada bentuk yang menarik. Tanpa penyanyi hidup kita mesti sunyi. Tanpa didikan agama, jiwa kita pasti kosong.  Jangan dibeza-bezakan perkara berkaitan ilmu kerana ilmu sangat penting dari kita kecil sehingga besar.

***Sekian sahaja***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 14, 2011, in Komentar, Pendidik @ Pendidikan. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. pd rean MT n ME sama pentingnya..org xkan berjaya hanya dgn ME je…contohnya seorang pelukis xkan berjaya klu dia xpandai membaca n menulis..klu kat tmpt rean…ME yg tlg naikkan pointer..hehehe ^_^

  2. hehehe…masa sek ye..klu sbjek lukisan tu mmg xpenting la…sbb msti dpt D pye…haha…klu sbjek agama,geografi,sejarah,pj,muzik sume tu mmg penting dan menyeronokkan…hehe ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: