Author Archives: avataraang

Hikayat Kancil

Kancil…

Tiap-tiap hari aku terserempak dengannya. Bukan suatu perkara yang mustahil untuk bersua dengan kancil sekarang ni. Kancil yang dahulunya orang biarkan sahaja berkeliaran di rimba raya namun kini menjadi tunggang setiap manusia. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir dengan menunggang kancil. Walaupun saiznya kecil, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang bersaiz badan seperti badang dan bujal untuk menunggang kancil.

Read the rest of this entry

Advertisements

Manjakan Kaki

Salam Sejahtera Pengunjung Semua.

Hari ni hari Sabtu, hari minggu. Mesti ramai yang berehat di rumah bersama keluarga tercinta. Tak kurang yang pergi bersiar-siar dan membeli-belah disebabkan anak-anak cuti hari ni. Yang bujang pula ada yang pergi mencari kerja di Career Fair – MCTF 11 , tak pun pergi cuci-cuci mata usha-usha barang komputer kat PIKOM PC Fair 2011. Tak kira ke mana pun hala tujuan anda hari Sabtu yang dingin (sebab kat sini hujan dari pagi tadi) ni, yang anda telah berjaya berjalan menggunakan kaki anda. Cerita yang aku nak samapiakan hari lebih kepada salah satu anggota penting pada tubuh kita iaitu kaki.

Sebenarnya tiada istilah anggota tubuh yang penting atau kurang penting kerana semua anggota tubuh kita dicipta dengan  tujuan yang penting, maka tubuh badan kita memang perlu dijaga dan diberi perhatian setiap masa. Nanti bila tubuh dan tak berfungsi dengan elok dan sempurna, bukan sahaja kita yang susah orang di sekeliling juga susah sama. Aku pilih kaki untuk dibincangkan hari ni sebab kaki ni anggota paling bawah (pada kedudukan tubuh manusia). Seperti yang kita sedia maklum, bumi kita ada tarikan graviti. Sesuatu yang berada jauh daripada permukaan bumi akan di tarik ke bawah dalam lingkungan graviti bumi. Begitu juga dengan manusia. Semua benda yang berada dalam sistem tubuh atau lebih tepat dalam darah akan ditarik ke bawah iaitu ke bahagian kaki. Kaki juga dikatakan penting kerana pada tapak kaki terdapat semua urat yang bersambung kepada bahagian-bahagian pada tubuh badan. Terdapat juga penyakit-penyakit berbahaya yang melibatkan kaki seperti kencing manis dan ghout. Persoalannya, sejauhmana kepentingan kaki kepada manusia? ^_^

Read the rest of this entry

Teras Vs Elektif

Salam Sejahtera Kepada Semua.

Kali ni aku nak cerita sedikit berkaitan dunia pendidikan. Dunia yang tidak pernah lekang daripada kehidupan kita. Bila-bila sahaja pun kita boleh dididik, mendidik dan terdidik. Didikan secara formal, separa formal atau tak formal. Semua terletak pada tangan anda.

Namun hari ni aku nak berkongsi berkaitan pendidikan formal di sekolah. Lebih fokus kepada pendidikan formal sekolah kebangsaan. Matapelajaran teras (MT) dan matapelajaran elektif (ME). Ada ke matapelajaran-matapelajaran tersebut diajar di sekolah kebangsaan? Matapelajaran teras dan matapelajaran elektif bukanlah jenis matapelajaran seperti Bahasa Melayu, tetapi ianya adalah kategori matapelajaran. Di bawah MT terdapat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala ME pula selain daripada empat matapelajaran tadi seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Islam dll. Ni cuma mukaddimah untuk pegetahuan umum.

Read the rest of this entry

Jatuh…Hilang Kuasa

Dongeng

Pada Zaman Kesultanan Melayu, lahir seorang pemuda yang bakal berubah nasibnya. Gelaran diberi Sang Setiabangsa, kerana beliau setia akan bangsanya sendiri. Ketika usia meningkat remaja, Sang Setiabangsa menuntut ilmu persilatan daripada seorang guru yang handal, Guru Sinarbumi. Setelah sekian lama berguru, akhirnya selesai segala ilmu diperturunkan Sinarbumi pada Sang Setiabangsa. Semenjak itu, Sang Setiabangsa mula mengembara untuk mencari erti kehidupan sebelum berbakti kepada bangsanya kelak. Sebelum pemergian beliau untuk mengembara, si guru menyampaikan sebentuk keris sakti warisan turun temurun. Pesan si guru, jaga keris itu bagaikan nyawa sendiri, jangan jatuhkannya dari apatah lagi biarkan terhumban ke tanah. Tidak dinafikan, kehandalan Sang Setiabangsa tiada tandingan dengan ilmu yang penuh di dada dan dengan bantuan keris sakti pemberian si guru. Beliau mampun bertarung dengan seratus lanun tanpa gentar dan membawa kemenangan.  Siapa sangka yang dahulunya rakyat biasa telah menjadi Sultan Setiabangsa. Sultan yang baik hati, pemurah, handal hidup aman bersama permaisuri dalam negeri. Kerajaannya gagah dan mahsyur seluruh rantau kesultanan melayu. Namun, setelah sekian lama amanat si guru semakin dilupa. Pada satu malam, keris sakti terjatuh di atas singah sana. Tersedar Sang Setiabangsa beliau telah melakukan kesalahan besar. Kerajaannya diserang lanun durjana keesokkan harinya. Keris sakti tiada lagi berfungsi, tusukkannya tidak mampu memutuskan walau sehelai rambut lawannya. Jatuh keris sakti bermakna jatuh kerajaan Sultan Setiabangsa. Malang Sang Setiabangsa kerana jatuh keris sakti, jatuh juga kerajaannya serta hilang kuasa yang selama ini beliau pertahankan.

Read the rest of this entry

Bermula Semula

Salam Sejahtera kapada semua pembaca biliksebelah.wp

Setelah terbiar sekian lama blog ni, akhirnya aku terdetik untuk menulis semulad dalam ruangan maya ni. Mungkin selama ni aku dan yang lain-alain telah mensia-siakan ruangan ni, aku cuba yang terbaik untuk BERMULA SEMULA menyayangi blog yang telah sekian lama aku tinggalkan. Kali ni entri aku tiada fakta-fakta menarik yang ingin aku kongsi. InsyAllah akan datang aku akan selitkan sedikit informasi-informasi yang boleh kita kongsi bersama.

Setelah sekian lama dan nak bermula semula ni, aku nak ceritakan sedikit perkembangan pemilik-pemilik (bukan satu tapi tiga pemilik) biliksebelah.wp. Read the rest of this entry

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Haish..lama betul tak menulis dan mengupdate blog ni. Aku bukan tak nak update tapi… Ntah la, banyak sangat tugas-tugas yang nak kena buat.  Sebenarnya aku masih tak lupa pada blog ni. Hari -hari mesti klik, tap sekadar klik je la. Aku tak nak blog kesayangan ‘kami’ ni mati dulu. Biar la ianya terus hidup walau pun sebenarnya blog ni dah mati ^_^ yang masih sudi melawat terima kasih aku ucapkan. Blog yang dah mencecah usia 3 thaun ni kian ditinggalkan. Dah tak de isu-isu hangta yang dibualkan kat sini. Aku rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana. Hari ni cuma tulisan picisan je, tak de isi yang mantap untuk diceritakan.

Tapi tak pe la, aku kupas sikit pasal tajuk.Hidup segan mati tak mahu. Biasa mak aku cakap peribahasa ni pada pokok-pokok je, tapi tak sangka hari ni boleh buat tajuk kat blog biliksebelah.wp sekaligus merujuk blog yang ‘hidup segan mati tak mahu ni’.

Haish..tak pe, aku cuba rajinkan diri (ayat dari berbulan-bulan @ bertahun-tahun dulu lagi akau guna) untuk terus menulis. Apa-apa pun, aku nak congrat penyokong dan pasukan Spain kerna berjaya menjuarai piala dunia 2010. Mungkin tu je isu semasa yang boleh aku masukkan buat masa ni.

***sekian***

TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI BACA LAGI ^_^

Meningkat sendiri tanpa sebarang klik

Cuba tengok ape yang terjadi pada statik blog di atas. Untuk pengetahuan semua blog ni dah lama sangat tak da entri baru sehingga la entri ni dapat dihasilkan. Namun entri statik@entri yang sudah sedia ada menyebabkna blog hit meningkat walaupun aku dah tak klik blog ni untuk 5 6  minggu. Puncanya carian yang telah dibuat pengunujung terhadap satu kata kunci yang keramat pada masa itu adalah Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Carian ni adalah untuk pelajar-peljara lepasan SPM yang mahu menyemak adakah mereka layak memasuki kursus yang Kementerian Pendidikan Malaysia tawarkan. Namun, sebagai author#2 aku menyusun 10 jari, kerana thread tu memang ada dalam biliksebelah.wp. Namun thread itu hanyalah untuk KPLSPM tahun lepas, lagipun kami tiada kuasa menetukan kelayakan untuk kemasukan ke dalam kursus ini. Kami hanya menyediakan info untuk kursus KPLSPM tahun lepas. Jadi kalau mahu kepastian, semak la di laman sesawang yang diakui dan sah. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana kami hanya memberi info tidak temuduga. Akhir kata dari kami.semoga maju jaya dengan temuduga atau selamat berjaya bagi kata mudahnya dari kami Biliksebelah.wp

p/s: teringat perkara yang berlaku 4 tahu lepas, menanti dengan penuh kesabaran untuk permohonan ni ^_^

karnival kraf jalan conlay

courtesy: http://www.kraftangan.gov.my/hkk/

Hari ni Pak Kasim dan Cik Bunga bangun awal pagi. Mana taknya semalam diorang dah berpakat nak kuar berasmara dana hari ni. Semalam Pak Kasim memberi pesan menggunakan poskan pada Cik Bunga melalui posmen kecil@ayu dengan bayaran sebanyak dua posen. Posmen tak berdaftar pun kena bayar dua posen, mau bankrap getus hati kecil Pak Kasim. Dalam poskad Pak Kasim dengan gambar pokok getah kebun Ah Seng yang Pak Kasim tangkap sendiri guna kamera DSLR jenama ninon, Pak Kasim menyatakan hasrat ringkasnya bersiar-siar di Bandar Kuala Lumpur esok. Balasan poskad dari Cik Bunga beliau bersetuju danmahu bertemu di pohon kasturi belakang rumah Nur Amani.

Berkayuh Pak KAsih menuju pohon kasturi yang dijanjikan, tapi Pak Kasim belum nampak kelibat Cik Bunga pada pohon tersebut. 5 minit penuh kesabaran Pak Kasim menunggu baru Cik Bunga tiba. Perjalanan diteruskan ke stesen LRT terdekat. Cik Bunga kata nak gi Karnival Jom Kecoh kat Lembah Jalil. Pak Kasim layan je. Cik Bunga kat dia tak pernah sampai Karnival tu lagi. Sampai je kat sana xsampai setengah jam, Cik Bunga dah ajak balik, alasan beliau nak panas terik melayukan bunga yang terselit pada telinganya. Pasni Cik Bunga kata nak gi pasar tengah kat tengah-tengah Kuala Lumpur pula, Pak Kasim layan lagi. Read the rest of this entry

Patuhi Syarat-syarat Yang Ditetapkan, Jika TIDAK…

Anda masih fobia?? kalau jawapan anda YA jangan teruskan baca entri ni. ^_^ Aku memberikan saranan penuh supaya anda menekan link ini untuk pergi ke satu sudut yang lebih sesuai untuk bacaan anda buat masa ni. Aku bukan melarang anda yang masih fobia untuk baca entri ni tapi aku risau ‘penyakit’ fobia yag dah sedia ada akan bertambah dengan fobia yang bakal anda terima dari entri ini ^_^

Amacam..dah fobia belum?? Bagus andai jawapan yang terpacul dari mulut anda adalah YA, maka teruskan pembacaan terhadap entri ini. Namun andai andahanya mahu lalu dan tidak mahu meninggalkan jejak pada entri ini, aku menyarankan pula anda menekan link ini kerana bacaan ini masih tidak memenuhi kriteria diri anda ^_^ jadi aku harapkan pengunjung yang membaca harap memenuhi pra-syarat yang telah aku tetapkan. Jangan sesekali curi-curi baca sebab aku tau siapa yang tak memenuhi pra-syarat aku tapi baca entri aku ni ^_^

Read the rest of this entry

aku bau hujan..

Guruh berdentum 2 3 kali dah kat luar..harap2 malam ni hujan lebat2..tapi sebelum tido nak kena siapkan keje dl..esok ade 2 3 presentation..cepat siapkan keje avataraang, jangan nak menaip je..

SURPP..men’sipping‘ teh kat sebelah lengan kiri sambil berfikir..^_^

Tapi nak wat power point presentation kena taip jugakkan ^_^..oooh..aku terlupe, esok presentation gne transparency jah..dah avataraang cepat amik marker pen tulis cepat2..avataraang wat bahan, esok kawan-kawan tolong present..^_^ terbaek dari ladang..

‘hujan makin dekat, bau makin kuat, guruh makin cepat’

***sekian***